➡ 9

334 16 1
                                    

VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Mengenalinya...baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit...masih ada insan yang sanggup berkorban...masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan...meminta nama mereka diabdikan dijalan...meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan...sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat 20. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.

Sampaikan salam kepada mereka yang berkenaan.69 komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikitpun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui...

Kalau padi, katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi,
Kalau jadi, katakan jadi,
Tidaklah saya ternanti-nanti.

"Cukuplah Allah ada
Dan dia ada bersamaku." -The One

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now