➡14

237 10 0
                                    

Part-1
--

​Inspektor Zulkifli dari VAT 69 atau 69 komando mengambil giliran memberi sedikit penerangan tentang satu-satunya pasukan komando dalam PDRM. Contoh E-SIAR dicetak dan diedarkan kepada kami. Tidak sangka pula ada komando dalam polis. Ingatkan tentera sahaja. Lepas ini boleh kami berjalan mendada dan mengepak di hadapan budak-budak PALAPES. Polis pun ada komando wei!

Semua membaca segala syarat dengan senyap.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempelawa warganegara Malaysia (anggota PDRM) yang berkelayakan untuk berkhidmat di Unit 69 Komando (VAT69)

Tarikh tutup permohonan: Sentiasa terbuka sepanjang tahun.
Lokasi: Seluruh Malaysia.
Sektor: Kerajaan.

PENGAMBILAN PEGAWAI / ANGGOTA UNTUK BERKHIDMAT DI DALAM UNIT 69 KOMANDO (VAT69)

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Polis Diraja Malaysia berpangkat Inspektor, Koperal, L/Kpl & Konstabel (Lelaki sahaja) untuk berkhidmat di Unit 69 Komando (VAT69).

1. Kelayakan diperlukan:
a. Pegawai berpangkat Inspektor umur tidak lebih 32 tahun. Anggota Pangkat Rendah (APR) tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Bersih dari sebarang tindakan tatatertib @ tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
c. Tinggi tidak kurang 165 cm.
d. Pendengaran & penglihatan baik (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap).
e. Boleh berenang & mengapung badan di dalam air.
f. Diakui memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit kronik seperti buasir, batu karang, tekanan darah tinggi, jantung, asma dan lain-lain serta kecederaan akibat kemalangan.
g. Kebolehan bertutur/menulis dalam bahasa Inggeris adalah diutamakan tetapi tidak menjadi syarat utama kelayakan memohon.
h. Semua peserta dikehendaki lulus ujian tenaga & proses temu duga semasa sesi pra pemilihan bagi melayakkan diri ke Ujian Penilaian & Pemilihan Awal (Selection) dan seterusnya mengikuti Kursus Asas Komando.

2. Setiap individu yang berjaya diserapkan ke Unit 69 Komando layak menikmati kemudahan & elaun seperti berikut:-
a. Elaun 69 Komando sebanyak RM600 - RM900 sebulan.
b. Elaun Insentif PGA RM400 sebulan.
c. Elaun Penyelam RM100 sebulan.
d. Berpeluang untuk menghadiri kursus/tugas luar negara.

3. Semua permohonan hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Cawangan / Formasi masing-masing dan dihantar ke alamat:-

KOMANDER 69 KOMANDO
31150 ULU KINTA PERAK
(UP: ASP Latihan Peperangan Khas)

Borang permohonan & tawaran akan dikeluarkan melalui Perintah Pasukan Khas melalui E-SIAR mulai...

4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Cawangan Latihan Peperangan Khas 69 Komando di talian 05-5406767.

• "Kenapa wanita tidak boleh memohon?" Soal Lara.

"Komando tiada wanita, " jawab Inspektor Zulkifli dengan senyuman.

"Kenapa pula VAT 69 tiada wanita?" Lara masih belum berpuas hati.

"Latihannya sangat keras dan lasak. Wanita takkan mampu, " balas Inspektor Zulkifli dengan lembut.

"Belum cuba belum tahu." Asakku pula.

Inspektor Zulkifli memandangku.

"Sudah dicuba dan sememangnya tidak mampu."

"Bukti?" Aku masih berkeras.

"Itu rahsia kami."

"Tang mana yang wanita gagal sebagai komando?" soal Violet pula.

"Saya bagi contoh. Acara paya bakau. Antara acara yang paling mencabar. Para pelatih hanya dibekalkan sebilah pisau, berkasut dan sehelai spender."

"Spender? Untuk?" Khairul Azim mula menyampuk.

"Dipakai."

"Oh... mestilah pakai spender tu. Takkan nak sarungkan di kepala pulak." Hakimi pula menyelit dengan ketawa. Kami pun ikut ketawa.

"Hanya spender. Tanpa pakaian lain."

Ketawa kami terhenti.

"Nyamuk tak gigit?" Soalan lurus daripada Adam.

"Ada caranya. Lumurkan lumpur ke seluruh badan kecuali mata, bibir dan hidung."

Seksanya.

"Berapa hari?" soal Farina.

"Kurang lebih tujuh hari."

"Makan?" Violet pun sibuk.

"Pandai-pandailah mereka cari dalam paya tu."

"Tangan kosong?" serentak semua bersuara.

"Itulah komando."

Mulut kami bulat. Terlopong.

"Jadi, kalau wanita ikut serta dalam latihan paya, sanggupkah mereka hanya mengenakan spender seperti pelatih lelaki?"

Kami menelan nafas seram.

"Takkan tak boleh dikecualikan?" soal Che Amran

"Tiada pengecualian kerana nanti tak adil kepada yang lain."

"Takkanlah." SUKSIS perempuan semua protes!

"Selamat datang ke dunia komando!"

Dipetik dari novel
ILUS Extendard Version 1

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now