➡ 21

34 6 1
                                    

Friday  February 16, 2024

___

Dipetik dari 'MIKAYLA' novel terakhir Melur Jelita.

Gagal!

Akim dan Safar tidak lepas ujian asas 69 Komando.

Gagal lagi.

Mahu cuba lagi.

Dua kali gagal!

               RTU. Return to unit. Balik ke unit asal. Perkataan yang sangat tidak mahu didengar. Daripada jurulatih yang menilai. Gagal! Tetapi yang paling pilu kalau dari mulut sendiri. Angkat tangan, mohon RTU! Dah kalau badan dah tak larat nak bawa, lutut dah tak boleh dibengkok walau semangat membara bagaikan gunung berapi. Walau batin menjerit menghempas-pulas.

           Terpaksalah benci rela di-RTUkan!

           Tetapi Akim dan Safar tetap tidak berputus asa. Persediaan demi persediaan dilakukan untuk mengikuti fasa pra pemilihan 69 Komando seterusnya. Portal PDRM sentiasa dijenguk.  Kut-kut terkeluar E-Siar pemberitahuan sesi akan datang.

          Beria Akim dan Safar menghasut Hardie masuk 69 Komando.

          Setakat ini hasutan mereka belum berjaya.

          Hardie takut hendak masuk. Bukan takut kena dera, takut tidak mampu.

          Melihat Akim dan Safar berjalan kengkang sekembali dari pra pemilihan, belum asas lagi tu, lagilah Hardie seriau.


Mikayla, muka surat 337 - 338


____

                  RAMAI betul polis hari ini di pekarangan IPD Johor Bahru Daerah Selatan. Dengan khemah-khemah yang dipasang besar-besaran, tentu ada program istimewa. Orang awam yang datang berurusan terjenguk-jenguk melihat apakah acara istimewa yang bakal berlangsung. Yang berdiri menunggu di luar menemani saudara-mara atau kawan-kawan pun ramai. Turut sama terintai-intai. Bercakap sesama sendiri.

               "Kejap lagi komando apa entah akan bersiaran." Seorang daripada orang awam bersuara.

            "VAT 69 kut."

            "Mana tau?"

            "Saya dengar pengumuman tadi."

            "VAT 69 tu apa?"

            "Ala... tentera kita yang berperang di Sabah aritu."

            "Komando tentera, kan?"

            "Rasanya... polis..."

            "Yang terkorban dua orang tu. Di Lahad Datu, Sabah. "

            "Bukan tentera ke?"

            "Polis la."

            "Apa ke namanya? Zul. Zulkifli. Seorang lagi Sabaruddin. Gitu la kut."

            Kenal pun tidak, rancak pula para orang awam ini hersembang. Tanpa bersalam dan bertanyakan nama, mereka galak bertukar cerita. Mentaliti orang Malaysia. Lebih selesa tidak memperkenalkan diri tetapi kalau bersembang, macam kenal 10 tahun.

            "Geng kunyit semua ni," sanpuk seorang pemuda.

            "Amende tu ek?"

            "Main belakang." Terang pemuda tadi.

            Kata-katanya menarik perhatian ramai. 

            "Main apa ek?" tanya seorang tua.

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now