PART 34

5.2K 318 39
                                    




CAMELLIA melihat ke arah skrin telefonnya. Langsung tiada apa-apa berita dari Tengku Elhan. Dia berfikir perlu ke dia ke rumah Tengku Aishah?

Tetapi dia takut dengan keluarga Tengku Elhan. Mungkin mereka sudah bencikan dia kerana dia, Tengku Elhan cedera. Sudah sehari selepas dia bagi biskut pada Tengku Elhan.

"Ke Elman tak bagi pada eh?" Gumam Camellia. Dia menggigit bibirnya berfikir.

"Mel.. jom." Carl muncul di sebalik pintu bilik Camellia. Dia mesyuarat untuk dihadiri pagi ini.

Camellia melepaskan keluhan sebelum dia bangun. Apa-apa pun dia kena kerja dulu.

🥀🥀🥀


TENGKU Elhan tiba di port. Hari ini dia mahu mengambil angin lagipun dia mahu selesaikan urusannya dengan Fikri sebelum dia berangkat ke London esok.

"Selamat pagi Tengku." Sapa Zain.

"Hmm.. Elman ada datang sini?"

"Ada Tengku. Dua hari lepas."

Tengku Elhan mengangguk. Dia masuk ke bilik yang menempatkan Fikri. Dia melihat ke arah lelaki yang menunduk lemah dengan tangan yang masih tergantung.

"Macam mana? Seronok duduk sini?"

Fikri mengerutkan dahinya bila terdengar suara. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

Fikri senyum senget melihat Tengku Elhan.

"Senyum? Kita tengok lepas ni kau boleh senyum lagi ke tak?" Boleh lagi Fikri senyum dengan keadaannya sekarang.

"Aku tak faham kenapa kau boleh buat macam tu? Kau tak fikir ke Camellia tu siapa?" Sambung Tengku Elhan lagi.

Fikri ketawa sinis. Dia memang menunggu kedatangan Tengku Elhan.

"Sebab aku fikir aku buat macam tu. Aku dah dengarlah apa yang dia cakap dekat kau. Kau lukakan dia kan? Sebab tu dia tak nak dekat kau? Kan?" Fikri ketawa lagi.

Tengku Elhan memandang tajam pada Fikri. Rahangnya diketap menahan marah.

"Apa? Kau tak puas hati? Kau boleh buat aku macam-macam tapi kau tak boleh sangkal yang Cik Mel sakit sebab kau. Kau memang tak layak dengan Cik Mel. Kau lukakan dia! Kau bodoh sebab kau lukakan orang sebaik Cik Mel!"

Selepas Fikri mengetahui Tengku Elhan pernah melukakan Camellia, dia berdendam dengan dengan Tengku Elhan. Camellia adalah manusia yang paling baik pernah dia jumpa. Tergamak lelaki ini sanggup lukakan Camellia.

Oleh kerana itu dia tidak akan benarkan Tengku Elhan dekat dengan Camellia. Lagipun dia suka Camellia. Dia sudah obses dengan gadis itu.

"Puas dah? Tu je kau nak cakap?" Tangan Tengku Elhan mencengkam kuat leher Fikri.

Melihat Fikri terbatuk-batuk, Tengku Elhan melepaskan tangannya. Dia tak mahu Fikri mati semudah itu.

"Walaupun kau kaya.. ada duit.. ada harta. Kau tak boleh bahagiakan dia Tengku Elhan.."

Fikri mengambil nafas sebentar sebelum dia menyambung.

"..tapi aku boleh. Kau nak tahu? Dia selalu senyum bila dengan aku.. dan aku boleh jaga dia lebih baik dari kau jaga dia."

"Zain!"

"Ya Tengku." Zain memandang kepada Tengku Elhan. Dia dapat rasakan Tengku Elhan akan melakukan sesuatu nanti.

"Buka tali tu." Tengku Elhan senyum sinis pada Fikri. Dia mula memakai sarung tangan hitam. Bila Fikri sudah jatuh terjelapuk ke lantai, Tengku Elhan mencengkam kolar baju lelaki itu lalu dia memegang rahang lelaki itu.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now