PART 13

5.9K 250 37
                                    




GADIS itu berpaling dengan kerutan di dahi. Dia melihat tangannya yang dipegang Tengku Elhan.

"Excuse me sir? My hand?" Camellia cuba menarik tangannya kembali namun Tengku Elhan makin kuat memegangnya.

"Hands off bro." Carl meleraikan pegangan Tengku Elhan pada adiknya. Dia memandang tajam pada lelaki yang suka-suka menyentuh adiknya.

"Sorry. You look like someone I know." Tengku Elhan melepaskan tangannya. Agak malu bila ditegur Carl Harraz. Namun matanya masih tidak lepas menilik wajah cantik gadis dihadapannya itu.

"It doesn't mean you can touch whoever you want." Camellia mendengus dan berlalu.

"Along." Panggil Camellia bila tersedar Carl masih tidak berganjak.

Tengku Elhan cuma melihat kedua-dua orang itu sudah masuk ke dalam dewan.

"Kenapa muka dia macam..." Emir juga seperti keliru dengan gadis yang dilihat sekarang ini.

"Yes. Itu aku tak faham. Muka dia macam Dhea." Tengku Elhan mengeluh. Kalau itu Dhea kenapa Dhea tak kenal dirinya?


🥀🥀🥀🥀🥀🥀


TENGKU Elhan juga melangkah masuk ke dewan. Dia duduk di tempat yang sudah dikhaskan untuknya.

Sesekali dia melihat ke arah gadis tadi. Duduk semeja dengan Tan Sri Edric? Anak Tan Sri Edric? Bermacam-macam persoalan muncul dalam kepala Tengku Elhan.

Bergema dewan dengan tepukan tangan dari para tetamu. Rata-rata terpegun apabila CEO baru diperkenalkan. Camellia Edric?

Tan Sri Edric memang seorang yang perahsia. Dia tak pernah tunjukkan ahli keluarganya pada khalayak ramai.

Majlis malam ini juga majlis tertutup. Hanya orang tertentu sahaja dijemput. Ramai juga yang terkejut apabila dia perkenalkan ketiga-tiga orang anaknya.

Namun Tengku Elhan sudah mengenali COO JM Gallery iaitu Carl Harraz. Lily Hannah juga dia pernah terserempak semasa berjumpa dengan Tan Sri Edric tempoh hari.

Cuma seseorang itu menarik minatnya. Camellia Edric.

"Congratulation." Ucap Tengku Elhan pada Camellia.

"Thank you." Balas Camellia sepatah sebelum dia mencari kelibat alongnya. Tadi Carl Harraz sudah berjanji takkan tinggal dia seorang diri tapi tiba-tiba hilang pula.

"Tengku Elhan." Tengku Elhan menghulurkan tangannya pada Camellia namun gadis itu cuma memandang kosong pada huluran itu.

Tengku Elhan menarik kembali tangannya apabila Camellia tidak menyambut.

"Well.. lepas ni kita akan kerap berjumpa laa Ms Camellia?"

"Why?" Camellia memandang Tengku Elhan mendatar.

"It's been 5 years since JM Gallery using our security service. So-"

"We will see." Camellia melangkah meninggalkan Tengku Elhan terpinga-pinga di situ.

Tengku Elhan merengus melihat CEO baru JM Gallery begitu sombong dan angkuh pada hematnya. We will see Ms Camellia.


🥀🥀🥀🥀🥀🥀


TENGKU Elhan meneguk air mineral dengan rakus. Puas hati bila dapat sparring dengan kawan baiknya, Irfan Danial.

"Kenapa tegang sangat hari ni bro?" Soal Irfan Danial. Berpeluh-peluh dia menerima asakan Tengku Elhan.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now