PART 32

4.1K 293 45
                                    




SELESAI menziarahi kubur, Camellia menyuruh Pak Mat membawanya ke satu tempat.

Sampai di sana, Camellia terus turun. Dia membetulkan pakaiannya sebelum masuk ke bangunan itu. Dia terus masuk ke lif dan menekan butang tingkat paling atas. Keluar dari lif Camellia menuju ke satu arah.

"Boleh saya jumpa Tengku Elhan?" Soal Camellia pada lelaki yang melintasinya.

"Tengku Elhan? Dah tiga hari Tengku Elhan tak masuk pejabat."

"Tahu tak dia ke mana?" Camellia boleh agak yang Tengku Elhan tiada namun dia masih mahu mencuba nasibnya.

"Maaf. Kami tak tahu. Boleh tanya Encik Emir. Cuma Encik Emir pun tak masuk lagi hari ni."

"Baik. Terima kasih." Ujar Camellia. Dia ke meja Emir. Kosong. Dia menggigit bibir. Apa yang dia patut lakukan sekarang? Dia tak tahu ke mana lagi harus dia mencari Tengku Elhan. Kenapa lelaki itu matikan telefonnya? Emir pula tiada.

Dalam Camellia berfikir tiba-tiba pintu pejabat Tengku Elhan dibuka dari dalam. Camellia melihat lelaki itu. Dia menelan air liur.

Kenapa muka dia macam..?

"Yes? You nak cari siapa?" Soal lelaki itu pada Camellia. Dia sempat melihat Camellia atas bawah. Cantik. Senyuman terus terukir untuk gadis cantik itu.

"Err I cari Tengku Elhan." Camellia masih menatap raut wajah itu. Persis Tengku Elhan.

"You siapa ya? And ada apa cari dia?" Soal lelaki itu lagi seraya duduk bertenggek di meja Emir.

"I.. I Camellia. Kawan dia." Camellia tidak tahu mahu perkenalkan dia sebagai apa. Kawankah dia dengan Tengku Elhan?

"Camellia? Dhea?" Kening lelaki itu terjungkit.

"You know me?" Camellia sedikit tersentak. Macam mana dia kenal?

"Well.. kind of.. I am Tengku Elman. Tengku Elhan's brother." Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Oo. Sorry.. I am-" Camellia cuma mengangkat tangannya. Walaupun dia macam ni, dia cuba untuk tidak bersentuh dengan lelaki.

"Oh.. my bad. So you dah sihat ke?" Tengku Elman bertanya lagi. Tak sangka dia boleh terjumpa gadis kesayangan adiknya di sini.

"Maksud Tengku?"

"Don't call me Tengku. Kalau you kawan Elhan, you kawan I jugak."

Camellia cuma senyum. Tak sangka abang Tengku Elhan ni peramah.

"I tahu kes tiga hari lepas. Thank God you're safe." Tengku Elman masih tidak boleh proses apa yang berlaku pada Camellia dan adiknya, Tengku Elhan. Dunia ini semakin kejam.

"Alhamdulillah. Err.. boleh I tahu Han dekat mana?" Soal Camellia. Tidak mungkin abang kandung tak tahu di mana adiknya berada.

"Ehem.. sorry Camellia. I tak boleh bagitahu." Tengku Elman menayang riak serba salah. Ini permintaan lelaki itu sendiri, jadi dia turutkan sahaja.

"Tapi kenapa?"

"Tengku." Tiba-tiba ada suara dari belakang mencelah perbualan mereka.

Camellia berpaling ke arah suara itu. Emir.

"Kereta dah sedia kat bawah." Ujar Emir seraya memandang sekilas pada Camellia.

Tengku Elman diarahkan pulang dua hari lepas untuk menggantikan Tengku Elhan di El Force buat sementara waktu. Walaupun lelaki ini ada perkara yang perlu dia selesaikan, dia terpaksa pulang kerana keadaan Tengku Elhan sekarang.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now