PART 20

4.9K 268 56
                                    





"MACAM mana? Pening kepala lagi ke?" Carl memandang Camellia yang sedang memejam matanya sambil menyandar ke kerusi.

"Sikit je along. Dah makan ubat tadi.." Sejak semalam Camellia tak boleh tidur. Fikir pasal Zahra lagi, permintaan uminya lagi.

Dia yang belum bersedia untuk bertemu dengan Zahra terlalu terkejut sehingga dia lupa siapa dirinya buat seketika. Serabut! Keluhan kasar dilepaskan.

"What's wrong Mel? Kenapa mengeluh? Kalau ada masalah bagitahu along."

Camellia memandang wajah Carl. Carl Harraz merupakan orang yang paling rapat dengannya. Dia tahu lambat laun Carl akan tahu semuanya yang berlaku dan dia takut. Dia tak tahu apa yang Carl atau Tan Sri Edric akan lakukan bila tahu hal sebenar.

"I'm not okay along." Camellia mengetap bibirnya.

"You wanna cry?"

Camellia menggeleng kepalanya. Empat tahun lepas dia sudah berjanji, itu kali terakhir dia akan menangis kerana orang yang lukakan dirinya.

"I won't ask you again.. but you know you have me right? You have baba.. umi.. Lily.."

Camellia mengangguk. Setiap kali dia merasa sedih, Carl akan selalu mengingatkan yang dia sentiasa ada mereka. Keluarganya.

"Along tengok Mel agak lain seminggu dua ni."

"Lain?" Camellia mengerutkan dahi.

"Ya.. Mel macam banyak berfikir.. kadang-kadang termenung.."

Camellia terdiam. Tak sangka Carl memerhatikan dia sehingga sebegitu sekali.

"It just.. I have a lot of work to do along.. rasa tak cukup rest." Ujar Camellia separuh jujur.

"Bukan sebab Tengku Elhan?" Tebak Carl.

Camellia mengangkat wajahnya memandang lelaki yang dipanggil along ini. Along tahu?

"Along cuma teka je. Sebab Tengku Elhan tu macam kenal Mel.. dia macam try hard nak rapat dengan Mel. And I know ada budak-budak dia try cari info Mel." Dua tiga hari ini Carl sudah menghantar orang memerhati gerak-geri Tengku Elhan.

"Along.." Camellia tidak mampu meneruskan kata-katanya.

"Jujur dengan along.. kalau along tak tahu macam mana along nak protect Mel.."

Camellia memandang ke arah lain. Dia cengkam  tangannya dengan kuat.

"Don't do that. You're hurting yourself." Tegur Carl. Dia tak suka melihat Camellia menyakitkan dirinya sendiri. Cukuplah dahulu mereka sekeluarga melihat bagaimana sakitnya gadis di hadapan mereka ini.

"Sorry along.."

Carl senyum. If only he can hug her. Keluhan kasar dilepaskan. Carl bangun dari tempat duduknya.

"Along ada meeting. Along nak jawapan soalan along lepas ni. You know what I mean right?"

Camellia mengangguk. Dia tahu lambat laun dia kena berterus terang juga pada Carl.


🥀🥀🥀


"BABA.." sapa Carl pada Tan Sri Edric. Hari ini dia pulang awal kerana Tan Sri Edric mahu berbincang sesuatu.

"Ni nombor lelaki yang ikut Mel dulu.. baba nak along cari dia. Tanya macam mana Mel boleh jadi macam tu dulu." Tan Sri Edric tunjukkan sampul surat berwarna coklat itu.

Lelaki ini menghilang sebulan sebelum kejadian dia menemui Dhea di rumah adik perempuannya. Kalau ikutkan lelaki ini yang diupah untuk menjaga Dhea dari jauh.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now