01

8 3 0
                                    

"KENAPA abang tak bagitahu Ain awal-awal? Kenapa kena tunggu semua benda jadi baru nak meluah?!" tengkingnya kuat. Mata bertentang mata, masing-masing memancarkan sinar kemarahan yang semakin menjadi-jadi.

"Cut! Suara pecah." Sekelip mata, laungan itu mematahkan karakter keduanya. Wajah berang, mata yang sarat dengan emosi, semua lenyap begitu saja.

Asyraf mendekati wanita yang sedang mencekak pinggang itu. Jelas wajahnya terselit kekecewaan.

"Sorry," tutur Erlina sepatah kepada lelaki gandingannya itu. Tekak yang bergelora diusap perlahan.

"Erlina?" soal Malik yang sudah turun daripada kerusi director dan melangkah mendekati dua insan itu.

Asyraf menepuk-nepuk lengan rakannya. "Boleh lagi tak ni? Suara you macam makin pecah je." Penuh kerisauan dia bertanya.

Erlina senyum segaris. "Sorry, Asyraf. Malik—"pandangan beralih, "tekak I sumpah sakit," beritahunya. Kali ini, wajah yang berkerut itu tidak lagi cuba disorokkan.

Malik mengangguk. "Takpe, takpe. Kita kasi rest dulu. Take five everyone!" Tangan ditepuk memberi arahan kepada crew yang lain.

Asyraf memandang Erlina. "You pergi minum air dululah. I tengok recording tadi." Gadis itu melontar senyum kecil seraya mengangguk. Tekak yang pedih masih tidak dilepaskan.

Langkah dibawa ke belakang set, kerusi yang kosong diduduki. Erlina pegang kepala yang sudah mula berdenyut.

Kenapa pulak ni... Berdecit dia memegang kepala yang tiba-tiba rasa berpusing. Kerutan di dahi bertambah. Namun tatkala ada yang mendekati, cepat-cepat tangan dibawa jauh daripada muka. Wajah cuba dikawal sebaik mungkin.

Alin, assistant director, datang dengan kertas skrip di tangan. Erlina tutup gugup dengan meneguk air mineral yang diberikan oleh crew.

"Erlina? Kalau masih tak okey, kita boleh take scene lain dulu. You okay with that?" soal Alin dengan nada yang agak terburu. Jika mahu tukar scene, segala prop perlu dialihkan ke tempat yang seterusnya. Banyak juga kerja.

Erlina terus menggeleng. "No, it's fine. I okay je. Banyak sangat jerit tadi," guraunya dengan sengihan kecil. Tertahan-tahan aliran tekaknya mahu menghadap pedih yang teramat.

"Alright, then. Be there in three minutes, kay?" Erlina mengangguk. Sekali lagi melontar senyum kecil.

Melihat Alin semakin menjauh, Erlina kembali ke wajah asal. Air mineral diteguk sebanyak yang boleh. Ini last, Erlin. Lepas ni kau boleh minta nak balik. Sedaya upaya dia mengagahkan diri.

"Alright, lock it up." Memastikan semua orang sudah berada di posisi, "Scene four, take five. In three, two, one... action!" Malik menuturkan arahan. Asyraf lantas memulakan skripnya, sementara Erlina menggayakan ekspresi kecewa.

"Abang dah lama cari masa yang sesuai tapi Ain tak pernah cuba faham..." Entah kenapa, suara kuat Asyraf tiba-tiba kedengaran perlahan di telinganya. Erlina tidak tahu mahu ke arah mana, namun segalanya seperti sudah mula berpusing.

Sakit, kepala dia sakit. Air liur masih perit untuk ditelan. Kali ini, tubuhnya rapuh ditarik bumi. Bunyi kuat terhasil. Pengsan.

"Erlina! Ya Allah!" Alin dan yang lain terus menerpa.

"Erlina!" Asyraf melutut, kedua belah tangan memegang bahu Erlina yang sudah longlai. Jelas, wajah jelita itu kelihatan pucat.

Malik mengambil tindakan. "Emergency team! Ambulance!"

Di sebalik kekecohan yang berlaku di dalam, dua orang beranak baru saja tiba di luar rumah agam tersebut beberapa minit selepas itu.

Kaisar membaca mesej daripada Direktor Malik pagi tadi. Memang ini tempatnya.

ERLIN [2024]Where stories live. Discover now