"Adu abang ni, jangan lah bukak aib Eysa. Taknak kawan abang."

"Ya taknak kawan sudah lah. Nanti malam nak tidur jangan cari abang pulak sebab nak peluk. Dahlah bye abang nak siapkan manuskrip." jawabnya sebelum bangun dari duduknya.

Areysa memegang tangan Zarith agar lelaki itu tidak berjalan masuk kedalam meninggalkan dirinya. "Alaaa! Abang tunggu! Jangan tinggalkan Eysa. Nanti malam Eysa takle tidur kalau abang takde. Abang kena tidur sebelah Eysa juga untuk jadi bantal peluk Eysa." bebelnya sambil menanyangkan wajah comel kepada suaminya.

Zarith menghela nafasnya. "Sukati je suruh orang jadi bantal peluk dia. Kalau nak bayar lah." Zarith sebenarnya segaja sahaja menuturkan ayat itu.

"Ala abang ni, itu pun nak kena bayar. Habis yang Eysa mengandungkan anak abang ni, ada abang bayar." tanpa sedar, Areysa berkata begitu.

Zarith terdiam. "Ungkit ke?" soalnya.

Areysa laju sahaja menggelengkan kepalanya. "Ish mana ada! Dah lah abang. Abang taknak peluk Eysa takpe, biar malamni Eysa tidur dengan Iriel je bye!" Areysa melepaskan pegangan itu lalu berjalan meninggalkan suaminya.

"Sayang... la merajuk." gumamnya.

Laju sahaja dia melangkah mengikuti Areysa. "Sayang, Iriel mana ada. Yang ada cuma Aisaar aje. Iriel datang esok sayang." terhenti langkah Areysa.

Areysa memandang wajah suaminya. "Esok?"

Zarith menjatuhkan kepalanya. Areysa sudah tersenggih. "Ya eh? Oky lah abang siapkan manuskrip, Eysa tidur."

Sukati je tukar topic la budak ni.

Sukati je tukar topic la budak ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Areysa mencelikkan matanya. Lalu dia mengeliat kecil. "Urgh." Areysa menggosok matanya. Matanya meliar kesemua kawasan didalam bilik itu.

"Abang?" panggil Areysa.

Tiada sahutan.

Kaki menjejakkan dilantai. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari biliknya sambil membetulkan tudung sarung.

Sesampai dibawah, dia memanjangkan lehernya. "Kau cari siapa?" sergah Zarfina.

"Eh Fin." terkejut Areysa. Dia menggosok dadanya. Zarfina menjongkitkan keningnya. "Cari apa? Abang?"

Areysa menganggukkan kepalanya. Zarfina tersenyum. "Dia ada dekat luar. Semua ada dekat kolam."

"Okay. Eh by the way, asal kau bawak dulang ni? Ada orang datang ke?"

Kalini Zarfina menganggukkan kepalanya. Areysa membontoti langkah Zarfina keluar.

Setiba di luar, Areysa agak terkejut dengan manusia diluar itu. Areysa mencuit lembut bahu Zarfina.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now