Terletus ketawa besar Helena.

" Semua tu mesti Hafhiz yang ajar kan? " Teka Hafiy.

Helena angguk pasti sebelum dia menguap.

" Goodnight. " Helena angkat kaki. Kantuk mulai menguasai diri. Usai mengucap selamat malam pada ahli keluarga, terus dia naik ke biliknya.

" Night, precious. " Hafiy senyum segaris.

Pap!

Bahu Hafiy ditampar seseorang dari belakang.

" Let's have a talk. " Kata Hafhiz diselit nada serius.

Hafiy yang terpinga-pinga di tarik ke tingkat atas. Cukup sampai di tangga tingkat dua, dia menghentikan langkah.

" What? " Hafiy pandang kembarnya atas bawah. Dah kenapa main tarik-tarik ni?

" Bagitahu aku, kau buat apa? " Hafhiz melipat tangan ke dada. Wajahnya serius.

" Buat apa? Aku mana ada buat apa-apa. Kau tu yang kenapa? " Hafiy kerut dahi. Dia tak buat apa-apa pun. Tadi dia bersembang aje dengan Helena.

Hafhiz keluh nafas sedikit.

" Keluar awal pagi, balik lewat petang. Lama dah aku perhati. Kau pergi mana sebenarnya? " Soal Hafhiz. Matanya dipincing tajam.

Hafiy kunci mulut. Itu rahsia besarnya, dia tak boleh bagitahu. Lagipun kegiatan itu baru sahaja lagi. Macam mana Hafhiz boleh kesan?

" Mana ada apa. Macam biasalah, keluar makan. Jumpa Araaf. Cuma kebelakangan ni aku ada hal sikit. Itu yang kadang-kadang balik lambat tu. " Hafiy beri alasan. Rasa gugup ditutup sebaik mungkin. Dia lihat Hafhiz diam tak berkata apa-apa. Mungkin Hafhiz percaya kut. Dia mula buka langkah untuk naik ke bilik.

" Fiy. "

Satu panggilan itu buat langkah Hafiy terhenti. Suara penuh nada keras.

" Kau jadi receptionist? "

Hampir gugur jantung Hafiy. Sepantas kilat dia toleh kepala.

" Macam mana kau tahu? " Hafiy rasa nak menangis. Sumpah dia rasa nak sorok muka sekarang ni.

Hafhiz angkat telefon yang menunjukkan Hafhiz dan Araaf yang berbalas mesej.

Hafiy teguk liur. Tak guna punya member.

" For a woman? Seriously? Aku tak kisah kau nak kerja ke apa, tapi kenapa perlu berahsia? Syarikat daddy pun ada lah, yang kau mengada pergi syarikat orang lain tu kenapa? Lagi satu, mummy dah syak benda bukan-bukan tau. Aku tak tahu aku boleh cover kau sampai bila. Nasib kau baik aje daddy tak tahu. " Marah Hafhiz. Dia geram dengan tindakan Hafiy. Bukannya membenci, cuma kenapa harus berahsia? Dan demi seorang gadis pula.

Hafiy berjalan mendapatkan Hafhiz. Laju tangannya mencapai tangan Hafhiz dan dibawa ke bibir.

" Wahai abang kembarku yang baik hati lagikan amanah. Tolong jangan bagitahu daddy, please! Aku tahu semua tu tapi now is not the right time! Aku ada cara aku sendiri nak selesaikan semua ni... please jangan cakap kat mummy. Okay, I'll do anything you ask for but please keep my secret safely... pleaseee? " Pujuk Hafiy. Dia ada sebab dan ceritanya yang tersendiri. Mengapa, bagaimana dan bila.

Hafhiz diam memandang wajah tak berapa tulus Hafiy. Dia hembus nafas panjang.

" Well, I'm sorry with my words too. "

Hafiy sengih. Tak sempat dia nak bergurau Hafhiz berdehem.

" Anything? " Kata Hafhiz merujuk pada permintaan Hafiy tadi.

Hafiy angguk laju. Dia tak kisah, asalkan rahsianya tersimpan rapi.

Hafhiz senyum sinis.

Hifzan yang baru sahaja melangkah melalui bilik tidur si kembar terhenti apabila melihat Hafiy keluar membawa selimut dan bantal.

" Kenapa? " Soalan yang terdetik di hati keluar di bibir Hifzan. Dia pandang Hafiy yang baru saja menutup pintu.

Hafiy tersentak. Wajah si abang sulung dia tatap.

" Tak ada apa. Craving tidur luar. " Kata Hafiy pasrah. Dia kemudiannya berlalu menuruni anak tangga meninggalkan Hifzan yang hairan.

" Craving? "

Bantal ditepuk beberapa kali sebelum kepala dijatuhkan ke fabrik lembut itu. Bertemankan rumput laman yang luas dan juga bunyi cengkerik, Hafiy tatap langit malam yang luas terbentang dihiasi sinaran bintang dan juga bulan.

Indahnya ciptaan Allah.

Hafiy senyum nipis. Fikiran dipositifkan sebaik mungkin. Laman rumah yang gelap hanya ditemani lampu luar rumah agam keluarganya menjadi tempat tidurnya malam ini. Semua gara-gara kembarnya, Hafhiz Daniel.

Suasana malam sangat gelap.

Dan secara tiba-tiba dia merasakan ada seseorang datang menghampiri. Terus dia tutup mata. Mulut terkumat-kamit membaca doa.

" Ya Allah, lindungi aku ya Allah... "

Terhinjut bahunya apabila ada tangan menepuk sisi tubuh.

" Hafiy, nah. Tilam. Nanti gatal-gatal susah. " Kata Hifzan bersama raut wajah seorang abang yang terlihat sangat melindungi adik-adiknya.

" O- okey. Thanks. " Teragak-agak Hafiy sambut huluran Hifzan. Rasa bersalah pula menganggap Hifzan sebagai hantu.

" Okey. " Baru selangkah Hifzan ingin masuk ke dalam rumah, Hafiy memanggil.

" Hifzan. Bawakkan kipas tangan sekali boleh tak? Panas lah. "

Hifzan kemam bibir. Demand pula budak ni.

•••

- ye saya tahu dh lewat malam

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now