chapter ٣٨

10.3K 921 57
                                    

NEUN
The cold angel


Pagi ini juga mereka akan terbang balik ke negara Ziella. Untuk pengetahuan semua, tiada siapa yang boleh merangka apa yang akan berlaku jika mereka terus berada di sini. Tiada jaminan keselamatan, maka untuk mengunci keselamatan mereka harus lesap.

Lagi beberapa minit, azan subuh akan berkumandang. Subuh syarat dalam kapal terbang sajalah. Atas arahan seorang pengawal wanita Neun perlu membersihkan diri dahulu, ya tidak ya. Dia kena hapuskan bau-bau hamis darah yang melekat pada tubuh. Baju Neun akan dihapuskan melalui pembakaran.

Selesai menukar tudung sehingga ke stoking, Neun galas beg bajunya. Sewaktu gadis itu melangkah keluar dari bilik itu, ekor mata melirik beku pada satu jasad tegap yang bersandar pada dinding. Kepala menunduk pada lantai, wajahnya misteri tertutup dengan mengenakan bandana hitam, kedua tangan sasa selesa memeluk pinggang dan kasut boot hitam.

Kaki tetap berjalan mantap dan teguh bagai tidak kisah dengan kehadiran pemuda asing itu, “Cik Neun?” sapa seorang pengawal wanita dari jauh.

Neun angkat tangan kanan seraya orak langkah ke arah wanita itu, “Cik dah siap? Kita akan berlepas tidak lama lagi.”

Neun mengangguk kepala, “Puan Raiha sudah siap?” dia dan Tengku Raiha berpisah kerana bekas permaisuri itu disiapkan oleh pengawal wanita lain.

“Sudah, cik Neun. Semua orang sudah menunggu di dalam kapal terbang peribadi Tuanku Tuan Mohd.Ardhan melainkan cik,” sengaja perkataan melainkan ditekan pengawal itu. Mahu sampai bahawa Neun bersiap dengan sangat lambat walhal masih berbaki 10 minit lagi.

Diam.

Neun tidak dicemari dengan perlian wanita itu. Lagi pula Neun mengalami kecederaan yang agak dalam, dia pasang zip stitch untuk tutup belahan luka di lengan kirinya sendirian selepas basuh bawah air paip dan letak iodin jadi makan masa beberapa minit.

Kesepian perjalanan kaki mereka sangat terasa sehingga sampai tidak berasa kaki akan mendaki tangga jet, Neun mahu melangkah tetapi pergelangan tangan direntap seseorang.

“Maaf cik Neun, saya tak sengaja.” Lalu dengan muka tembok, wanita itu panjat tangga.

Ada yang mahu sukarela menjadi mangsa wanita pertama layangan buku lima Neun? Seperti biasa Neun membiarkan kesabaran sekukuh dinding membasahi diri. Dari melayan karenah manusia, lebih baik dia rehat dalam perjalanan.



“Neun...” tangan Tengku Raiha menepuk bahu gadis yang tenggelam dalam lena bersama Putera Ra’ed Al-Qaan. Jari-jemari runcing Neun merangkul kemas bayinya, cair dia melihat situasi menyenangkan ini.

Ceritanya Putera merengek ribut, dia cuba menenangkan. Diberikan susu badan Putera tolak, cuba menidurkan tidak berjaya serta mengusap belakang Putera untuk meredakan tangisan namun hasilnya negatif. Beberapa pengawal wanita lain juga ikhtiar dan kesudahannya, Putera bertambah kuat berkeriau.

Kerana sifat kasih Neun ambil Putera, malah gadis itu meminta Tengku Raiha dan pengawal lain untuk menutup mata. Biar dia uruskan Putera, ajaibnya Neun dapat menidurkan Putera dalam beberapa minit!

“Neun, kita sudah sampai di Ziella. Kapal terbang sudah selamat mendarat, Neun Nine…” kepala Neun bergerak, perlahan-lahan sepasang mata coklat gelap itu mencelik menyebabkan senyuman Tengku Raiha mekar wangi.

“Tengku?” Neun mengeratkan pegangan pada tubuh kecil di atas dadanya, risau tergolek Putera.

“Ya Neun, ayuh bangun. Kita sudah sampai di Ziella,” Neun angguk.

“Ampun Tengku, patik terlena.” Figura di depan Tengku Raiha sangat polos bila bangun tidur, dahi licin itu juga berpeluh-peluh lebat dan kerutan dahi itu terlihat merisaukan. Dalam kapal terbang tidak pula panas, sangat dingin sehingga mengigil Tengku Raiha di bawah selimut.

NEUNHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin