chapter ٣٥

9.1K 719 20
                                    


NEUN
The cold angel

Carla berdiri, mata menilik satu demi satu tahanan yang baru sampai dari negara seberang. Tahanan Ziella dihantar ke Qeouland melalui jalan darat akibat beberapa masalah yang timbul di sana di mana bangunan tahanan ditemui pihak berkuasa Ziella.

Atas asbab itu, bangunan mereka diletopkan setelah para tahanan diarahkan mengosongkan bangunan. Ada tiga orang lelaki menolak sebuah motor penyejuk yang berfungsi untuk mengekalkan suhu rendah. Ada bilik baharu yang akan menjadi bilik penyimpanan organ-organ rakyat Ziella yang sudah melalui proses penuaian organ.

Di mana organ-organ ini akan pergi? Organ ini akan masuk ke dalam pasar gelap dan diperdagangkan di sana. Mahu apa?

Buah pinggang belah kanan, sepasang buah pinggang? Ada, mereka boleh sediakan. Hati ialah organ terbesar di dalam abdomen pun mereka ada. Ada golongan vvip didiagnosis penyakit autoimun seperti primary biliary cholangitis (PBC) kerana kerap merokok? Bukan hal kecil, mereka boleh tawarkan organ dari masa ke masa.

Mereka ada semua organ, senaraikan. Mereka tidak akan kecewakan para pelanggan terhormat yang penting ongkosnya tinggi. Mahu jantung? Mereka boleh bedah pada waktu itu juga dan hantar menggunakan helikopter yang Syed sediakan untuk mereka.

“This world is abnormal.” Komen Carla.

Berkerja di sini, berada di sini, tidur di sini, makan minum di sini dan melihat tawanan disiksa di sini hingga jasad yang mengelupur terseksa saat sakaratul mengejung tanpa nyawa… Carla tidak pernah merasa ketenteraman dalam jiwanya.

“Carla?” tegur Roy. Dari jauh lelaki itu perhati Carla yang termenung jauh. Mata itu sarat dengan kecewa dan gelodak emosi yang tidak berpenghujung.

Menoleh Carla apabila Roy menyapa, “Hi!” Dia memasang kuntuman senyum palsu.

“Hi, kau okey?” Carla terpenpam, hampir sedihnya tumbuh mekar namun laju dia naturalkan wajah.

“Okey, Roy. Kau ok?” dia pula memulangkan soalan.

“Hmm, penat Carla. Hari ni aku kena uruskan tahanan Ziella mengikut kategori. Tiba-tiba ada makcik meroyan taknak berpisah dengan anak, aku cuba tenteramkan keadaan tapi makin teruk pulak. Herzy ada dekat situ, jadi dialah yang uruskan. Lepas tu, aku juga kena pastikan stok buah pinggang 100 pasang untuk hantar pada negara luar. Lori dah siap, ada yang hantar pakai kereta… kita akan hantar organ-organ ini secara berperingkat, sampai pengkalan akan ada yang uruskan jadi kerja aku setakat itu jelah. Macam biasalah. Petang nak kena hantar perempuan ke geng bapak ayam dekat geng Allen, si tua bangka Syed nak seorang. Nanti pembantu dia sampai. Fuh mental kerja sini…”

Carla berpaling ke arah tingkap, senyuman hanyut dibawa kekesalan. Roy yang nampak mengikut sama merenung luar tingkap. Langit hari ini biru dan cerah.

“Haih…” keluh Carla berat.

“Sampai bila Roy?” bibir pemuda itu terkatup rapat.

“Bila kita boleh keluar dari bergelumang dengan dosa ni?” halus luahan itu beralun di koklea Roy.

“Sikit lagi, Carla. Sikit lagi…” bibir Carla menggeletar, sebak menghempas sifat kemanusian sudut hatinya kasar.

Dia benci yang kenyataan dia menjadi sebahagian dari penjualan masyarakat senegaranya walaupun itu jauh meleset dari niat asal mereka. Roy tepuk bahu Carla menggunakan gulungan kertas yang dibawanya ke sana sini.

Mereka wajib kekal kuat, jika tidak bagaimana maklumat dapat dikumpulkan untuk menangkap pelaku utama yang membuat berantakan pada tiga buah negara.

Buk!

NEUNWhere stories live. Discover now