chapter ١٥

9K 873 43
                                    

NEUN
The cold angel

Suasana di dalam kereta sunyi sepi, tiada siapa sangka Hira dibuli di sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi, tiada siapa sangka Hira dibuli di sekolah. Remaja itu hanya memendam sakit sendirian, hati tua Raizah tak dapat terima dengan hati terbuka selepas mengetahui kesakitan sang anak terbongkar.

Puan Raizah sebak, keadaan anak remajanya makin memburuk selepas kehilangan Adryan. Hati tuanya merindui riak ceria anak perempuannya. Sedar yang Hira menjauhkan diri dari semua orang, Hira makin kurus, pipi yang dulu nampak berisi kini melekuk cengkung.

Selera Hira hilang, setiap kali dia ajak anak itu makan bersama. Hira geleng, menolak dengan baik.

Kereta berhenti, "Kau ni menyusahkan akulah!" herdik abah. Hira tarik nafas lemah.

Apa lagi yang dia perlu hadap? Bukan salah dia kejadian hari ini berlaku, semua itu di luar kawal dia. Najwa yang melampaui batas apalagi dia sudah lama bersabar. Hari ini Najwa memang melampaui batas, sesuka hati ambil barang kesayangan dia.

"Yang kau belasah anak orang tu kenapa?"

"Dia dari dulu buli Hira-" abah datang dekat tanpa sempat Hira habiskan ayat bela diri-

Pang!

- tamparan pejal memijar pada pipi. Telinga berdesing, pandangan mata kabur. "Ya Allah, abang sudah!" lekas-lekas Puan Raizah menghalang baran sang suami. Berombak kasar dada tua itu, kejantanan tercabar apabila anak perempuannya menjawab.

Tidak pernah walau sekali Hira menjawab, kurang ajar punya anak!

"Eh kau ni menyusahkan aku tak sudah! Bila kau nak mati, masuk kubur hah?! Semua anak aku baik-baik, menyenangkan aku, dengar kata aku, tak membantah. Kau? Aku dah lama bersabar dengan budak sial macam kau! Nasib ada mak kau halang, kalau tak memang mampus aku tangankan kau!" langkah abah berlalu pergi di situ, meninggalkan dua beranak yang saling berpelukan.

Bibir Hira bergetar halus, jantungnya bagai nak pecah. "Hira, anak umi okey? Sakit kat mana?" tubuh Hira dipusingkan 360. Pipi merah berbentuk tapak tangan yang melekap di situ, diusap umi.

Pasti sakit...

"Maafkan umi, umi-" Hira geleng kepala, ingin mengusir kerisauan hati umi. Bibirnya menghadiahkan senyum kelat, yakinkan umi keadaan dia baik. "Hira ok umi, Hira okey..."

Kereta yang tiba-tiba masuk ke halaman rumah berjaya meredakan bahang dua beranak itu. Masing-masing tertanya-tanya dengan kenderaan asing itu.

"Siapa tu?" kereta itu berhenti. Tingkap di bahagian pemandu turun dengan lancar, "Hira Xylia," Hira telan liur mengecam suara garau itu.

Sudah sekian lama tidak bertentang empat mata namun untuk melupakan lelaki itu, tidak mungkin. Meir Adam ialah abang sulung Tuan Mark Adryan. Ada sesuatu yang Meir cari ke sehingga memandu dari bandar ke sini?

NEUNWhere stories live. Discover now