chapter ٣٦

8.2K 838 79
                                    

NEUN
The cold angel

Sembilan bulan kemudian...

Seorang gadis berhoodie hitam serta penutup muka hitam berjalan tanpa arah tuju. Sekejap mata melilau ke kiri. Sekejap ke kanan. Begitu santai kaki yang melangkah, tidak tahu dia mencari apa. Malah kedua tangannya menyeluk dalam poket hoodie, berjalan sambil merehatkan tangan.

Berjalan tanpa teman. Lorong gelap menjadi pilihan hati. Bunyi tikus lorong mencari makanan bagaikan lagu yang menemani gadis itu.

“Halwa telinga yang manis.” Ucapnya sendirian.

Mata malamnya masih berfungsi dengan sangat baik, dalam malap sinar malam dia boleh mengecam sesuatu objek yang jauh mahupun dekat. Tidaklah terlanggar atau masuk ke dalam longkang.

Sampai di satu lorong, bersimbahkan lampu jalan yang terang. Sekujur tubuh terbaring kaku. Gadis itu tertarik untuk melihat gerangan seperti magnet, ringan saja hayunan kaki mendekati objek itu.

Bahaya? Oh, tidak sayang. Bahaya itulah yang menyeronokkan jika ilmu mendampingi kita. Jangan bertindak melulu tanpa memikirkan risiko kerana kelak boleh mengaitkan manusia lain ikut bersama ke jurang masalah.

Tambahan pula, gadis itu bukan membuta tuli ke sini. Seni mempertahankan diri telah dia kuasai, bukanlah semua aspek tetapi cukuplah untuk bangkit demi mahkota diri.

“Ouh perempuan.” Dia menganalisis lekuk badan yang terbaring di ceruk bangunan usang.

Ya Allah apa wanita itu buat dekat sini?

Perempuan itu memeluk erat baju lusuh yang tersarung di badan, ketara gigilan kecil tangan. Sehelai sepinggang tidur pulas di sini, dia yang mengenakan baju tebal pun rasa sejuk menyeluk kulit apatah lagi jika memakai tudung, baju dan seluar sahaja.

Tiba-tiba suara bayi menangis bergema. Gadis itu terkejut, melihat satu lagi tubuh kecil di sebelah. Wanita itu bergerak lemah dan menepuk lembut bayinya. Apabila bayi itu tenang, terhenti perbuatan menepuk.

Sayu melihat keadaan ini. Di depan mata sendiri, ibu dan bayi tidur di kaki lima. Dia membuka hoodie tebal dari tubuh. Yang tinggal hanyalah, baju t-shirts lengan panjang di tubuh genit gadis itu.

"Assalamualaikum, puan…" Tubuh yang terbaring lemah bergerak sedikit. Lenanya terganggu dengan salam gadis itu. Terpisat-pisat melihat susuk dihadapannya. Dia bangun dengan perlahan, menongkat tangan kiri pada kotak yang menjadi alas lantai.

"Waalaikumsalam…” jawab perlahan wanita itu. Terkesima dia menyaksikan dengan sepasang matanya akan keadaan wanita itu.

Lingkaran gelap yang berlapis-lapis di bawah mata, pipi cengkung yang comot dengan aliran air mata kering, bibir kering menggelupas tidak terjaga dan kulit kusam. Dia terasa terbang ke masa lalu di mana… dia tidur di kaki lima, minum air untuk alas perut, tumpang solat di masjid dan mandi di tandas awam.

A feeling of dejavu. Times flies, doesn’t it?

Bibir merah gelap hampir senget hambar mengenangkan masa lalu. Dia merendahkan diri, “Puan nama apa?”

Lunak soalan yang terlontar. Tunak renungan gadis itu, sabar dia menunggu jawapan. Untuk beberapa saat yang berlalu sepi, gadis itu angguk. Fikir baik sahaja, puan masih mamai dan terlalu penat.

“Maaf kacau tidur puan, saya tengok puan mengigil tadi sebab itu saya pakaikan puan hoodie itu. Maaf sekali lagi ganggu lena puan.” terang gadis itu tanpa dipinta.

Baru saja dia berniat mahu berpamit, ada jawapan melanggar koklea. “Te-terima kasih banyak. Raiha. Nama saya Raiha.”

“Ouh Raiha, cantik nama seperti tuannya. Puan sudah makan?" Mata Raiha bergenang. Dia lapar. Anaknya juga lapar. Sudah dua hari dia kelaparan, hanya minum air bagi mengalas perut. Itu pun dia banyak menidurkan anaknya, mahu berikan susu badan. Susunya mengering, tiada apa lagi yang boleh diberikan kepada anaknya.

NEUNWhere stories live. Discover now