chapter ٤

13.9K 895 41
                                    


NEUN

The cold angel

Roda motor mereka berputar balik ke rumah masing-masing.

"Kau pergi mana?" Tanya abah dengan riak bengis. Tangan mencekak pinggang.

Siddiq melihat tanpa rasa gerun mahupun takut. Dari kecil Abah memang dah garang. Jadi mereka yang sudah meningkat remaja  makin sebati dengan perangai Abah yang satu itu.

"Pergi memancing.." jawab Siddiq bersahaja.

"Dengan budak Adryan?" Muka Abah masih bengis. Bukan mereka tak tahu, Abah memang anti betul dengan keluarga Adryan. Entah sakit hati apalah.

"Haah. Siddiq ajak Adryan memancing." Ikan yang berjaya ditangkap Siddiq julang depan muka Abah. Suruh ambik bau hanyir-hanyir ikan air tawar.

Kalau boleh selut-selut kelabu sungai dia bawak balik, calit dekat muka abah. Bukti mereka pergi sungai, bukan pergi cucuk bintang. Alang-alang tu boleh kecutkan jerawat-jerawat pasir pada muka abah supaya makin glowing gitu walaupun muka abah bebas dari tawanan tentera jerawat.

"Kau janganlah dekat sangat dengan budak tu! Berapa kali aku nak cakap, entah perangai apa diorang tu!" Meninggi suara pakcik Abdullah.

Habis air liur menegah anaknya untuk tidak berjumpa dengan Adryan. Anak-anak bukan nak dengar, malah makin rapat dari hari ke hari!

“Degil lagi, aku letak dekat rumah anak yatim tahulah!”

Ah, boleh bah. Nanti abah dah tua, nak mampus sakaratul maut, kami adik-beradik hantar dekat rumah warga emas.

Siddiq tidak mengiyakan, tidak menidakkan arahan abah. Malas nak layan baran abah. Penat memancing, balik rumah ingatkan bolehlah makan dan rehat. Alih-alih kena tengking pulak.

Hira di balik dinding pucat lesi mendengar tengkingan orang tuanya. Ini kalau abah tahu dia ikut sekali... memang kena halau merempat tepi jalan mala mini juga.

Abah mendengus kuat sebelum masuk ke bilik.

Hira keluar dari dinding persembunyian. Tangan kecilnya menarik baju abang keduanya. Siddiq beralih pada adik perempuannya yang lebih kecil dan pendek beberapa centimetre darinya..

"Takpalah... biarlah abah tu, Adryan dengan Mariam bukan orang jahat. Abang kenal diorang. Hira pun tahukan perangai diorang?”

Angguk.

Bagai tahu gundah si adik, Siddiq mengusap kepala Hira sambil berbisik perlahan. "Kawan diam-diam je.. okey?”

Cukup perlahan. Hanya boleh didengari mereka berdua di luar rumah. "Okey.." Hira menarik senyum paksa.

"Dah pergi masuk, mandi wangi-wangi. Jangan lupa solat asar sekali." Tak perasan waktu solat asar sudah masuk.

Itulah lelaki. Syok sangat memancing sampai tak pandang jam yang berlilit di tangan. Penuh aktiviti mereka cuti hujung minggu begini. Esok Hira masuk ke sekolah seperti biasa.

Hira benci sekolah. Sekolah adalah rumah hantu, murid-murid di situ adalah pesakit, manakala guru-guru di situ adalah parasite.




Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NEUNWhere stories live. Discover now