chapter ٢٠

10.3K 1K 80
                                    

NEUN
The cold angel

NEUNThe cold angel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buk-buk!

Punching bag yang tergantung ditumbuk bertubi-tubi tanpa henti oleh sang jejaka sehingga terhasil bunyi tumbukan pejal, sudah dua jam dia 'berehat' menenangkan diri. Amarahnya berkecamuk teruk, kesabarannya bagai sengaja dicabar anak-anak buahnya.

Sudah dua hari berlalu, namun pencarian Hira Xylia masih belum berhasil.

Hira, kau pergi mana? Apa jadi pada kau?

"Tuan, boleh saya masuk?"

Habis urat timbul di kedua-dua lengan, peluh mengalir menuruni wajah gerun dingin itu. Melekap singlet yang dia pakai sehingga ketara alur lekuk tubuh tegap itu, urat belirat dan otot yang menonjol tanpa segan.

"Masuk!" kain yang tergantung di leher dia tarik, lap peluh. Seorang anak buahnya masuk dengan tunduk hormat.

"Kami sudah dapat menemui kedudukan budak-"

"Gadis," Hud telan liur. Tegas diksi yang menegurnya. Tidak senang dengan gelaran 'budak' untuk Hira.

Gerun Hud apabila lelaki bertubuh sasa itu berhenti mendadak dari mengelap peluh leher. Sepasang mata itu terus tirus menerkam Hud dengan dingin.

"Ya, maaf Tuan," lelaki itu bangkit.

Deria pendengaran berpusat pada lisan Hud. Dia buka langkah menuju ke tandas kaca di sudut bilik dengan mulut yang terkunci.

"Gadis itu telah kami temui keberadaannya. Dia kini berada di Jalan Pendekar, 1/2 Lorong Drequ, Bandar Luqend. Keseorangan seperti hilang arah. Kami juga telah berjaya godam beberapa kamera litar tertutup. Hira menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki tua, dalam lingkungan 50-an. Kami yakin lelaki tersebut ialah ayah Hira. Lorong yang Hira ditinggalkan tiada cctv, lampu jalan juga tak menyala. Kami hanya berjaya mendapatkan dua klip hasil godaman. Pada klip pertama, Hira bersama ayahnya. Klip kedua, hanya ayahnya seorang diri memandu kereta pergi. Mengikut pengamatan saya, Hira Xylia dibuang oleh ayahnya sendiri kerana lelaki itu langsung tidak datang mengambil Hira selepas itu." jari-jemari digenggam kemas.

"Abdullah Bin Abdul Halim, 54 tahun. Ayah kepada Hira Xylia," maklumat ringkas Abdullah.

Si tua bangka tu buang Hira? Itu anak dia, tegar buang begitu saja...

"Tuan mahu kami turun selamatkan atau sebarang arahan untuk tindakan seterusnya?" tab di tangan Hud genggam kemas.

Bunyi air mengalir menampar telinga Hud, diam selepas itu.

Semerbak haruman garang yang sebati dengan jejaka dingin itu, "Sentiasa kemas kini aktiviti serta lokasi Hira kepada aku. Teruskan memerhati, jangan sampai hilang jejak. Nanti aku turun sendiri, terima kasih untuk kerja keras kamu semua," beritahunya melabuhkan punggung di kerusi.

NEUNWhere stories live. Discover now