"Sorry.. saya cuma.. terharu." Perlahan nada Myra. "Selain Intan, kaum perempuan yang saya anggap betul-betul kawan hanya awak. Awak nampak saya macam rapat dengan semua orang, tapi sebenarnya saya sentiasa rasa was-was."

Terdiam Delilah dibuatnya. Agak terkejut dengan pengakuan Myra. Jelas gadis itu sedang mengukir senyuman hambar.

"Orang sentiasa letak expectation yang tinggi pada saya, Delly. Parents saya bekerja dalam bidang Pendidikan, bidang yang orang sanjung tinggi. Jadi, bila saya ada buat silap, orang sentiasa akan pandang serong."

"Peristiwa yang saya cakap tadi, sebenarnya saya tak sengaja putuskan rantai Diaz. Daddy saya dengan baba Diaz sahabat karib jadi boleh dikatakan saya dan Diaz pun rapat juga. Tapi disebabkan hal tu, hubungan kami renggang. Diaz mengamuk besar. Disebabkan peristiwa itu jugak, ramai budak-budak lain mengata saya."

Perihal rantai Diaz itu, Delilah tak hairan kerana Qash juga sudah memberitahunya. Tapi ayat terakhir Myra buat dia tertanya-tanya.

"Saya tahu ramai yang berpura-pura baik dengan saya, Delly. Mereka berpura-pura tersenyum dan ramah di depan saya hanya kerana saya anak pengetua Inca College dan seorang guru. Tapi di belakang, mereka puas mengata. Kesimpulannya, saya perlu berhati-hati untuk tidak berbuat sebarang kesilapan yang akan menjadi buah mulut mereka." Terang Myra, padat dan ringkas.

Reaksi Delilah masih tidak berubah. Hilang punca. Rasa tak percaya. Dia.. tak pernah menyangka selama ini Myra perlu menghadap situasi yang sebegitu rupa. Dia fikir Myra hanya seorang gadis periang yang disenangi ramai.

"Awak rasa awak sentiasa perlu tampil sempurna? That makes you a people pleaser, Myra. Awak sedar tak?" Sejenak dia berkata keras. Menyelar si gadis yang sudah tercengang di tempatnya.

"Awak tak perlu jadi manusia yang sempurna demi kesenangan orang lain. Cukup jadi diri sendiri, orang yang ikhlas akan terima awak seadanya. Kenapa nak takut mereka akan pandang serong atas kesilapan yang awak buat?" Getus Delilah lagi.

"People make mistakes, Myra. We all make them. Sebab itu yang membuatkan kita jadi manusia. Kalau tak buat silap, maknanya dia bukan manusia. Jadi tak perlu malu. Yang sepatutnya malu tu adalah orang yang menghakimi kesalahan orang lain.. rasa diri tu baik sangat!" Terselit nada geram di hujung bicara Delilah. Sepasang mata Myra yang tampak berkaca itu ditatap tegas.

"Jadi berhenti hidup macam tu, Myra. Nanti orang akan ambil kesempatan dan manfaatkan awak."

Ucapan Delilah akhirnya membuahkan senyum. Myra kesat laju air mata yang hampir menitik.

"Thank you, Delly." Tuturnya ikhlas. Mula sedar bahawa sememangnya selama ini dia terlalu takut untuk berdepan dengan manusia hipokrit sehingga memaksa diri sendiri untuk menjadi sempurna. Saat ini, dia benar-benar rasa beruntung kerana mengenali Delilah. Seolah dia tidak perlu risau lagi akan tanggapan orang lain. 

"Pasal Diaz, awak nak saya tolong tak?" Delilah mengutarakan soalan cepumas.

"Ha?" Myra terkulat-kulat tidak mengerti.

"Nak saya maki dia balik ke?" Usul Delilah, disambut dengan ketawa Myra.

"Tak gentle langsung mamat tu! Sekalipun sakit hati, tak boleh ke berlembut sikit dengan perempuan?" Gerutu Delilah. Turut terzahir satu dengusan geram mengenangkan perangai perengus Diaz.

"Awak suka Diaz, Delly?" Rendah saja suara Myra menyoal.

Mata Delilah membulat.

"Celah mana pulak yang awak nampak saya ni sukakan mamat tu? Dah lah tak handsome!"

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now