Bab 54

705 69 1
                                    

"Starbucks weyh.. Jom pergi Starbucks. Lama betul dah aku tak minum Starbucks." Tangan Lidya ditarik ke arah restoran yang terkenal itu.

KLCC yang menjadi pilihan mereka berdua. Mereka singgah ke situ sebaik sahaja habis waktu kerja. Saja nak jalan jalan. Lagi pun, Damia rasa Taehyung tak kan balik awal punya. Jadi dia mengambil keputusan untuk membawa Lidya ke KLCC.

Ramai betul manusia kat sini. Mungkin sebab hujung bulan? Atau mashyuk? Ke sebab ada jualan murah kat sini?

"Eee.. Kau ni, Mia. Penat aku nak layan kau. Buat macam aku ni PA kau pulak dah," Sempat Lidya mengomel sebelum mengakur kata kata Damia.

"Waaa.. Mengidam pulak dah aku ni." Damia nampak berselera apabila melihat gambar air berkrim coklat itu. Dia memesan air Chocolate Cream Chip dan Lidya pula memesan coffee Cappucino. Dia hanya mengikut kemahuan Damia yang beria-ia sangat nak minum air itu.

"Mengidam? Biar betik kau. Dah pregnant ke?" Lidya mengusik. Damia buat tak dengar. Malas nak layan.

"Haah. Dua belas bulan,"

Lidya ketawa.

"Layan jugak ke lawak bodoh aku?" Soal Lidya. Damia hanya memandang ke tempat lain. Layan si Lidya ni tak kan habis punya.

Apabila pesanan sudah disiap kan oleh para pekerja di situ, Damia mengarah kan Lidya untuk mencari tempat duduk yang sesuai untuk mereka berdua.

"Anyway, Mia. Kau tak minta izin Taehyung ke kau nak keluar dengan aku?"

Damia mengangkat bahu nya.

"Entah. Kenapa?"

"Takde tanya aje. Kut kut dia risau nanti mana isteri kesayangan dia," Damia rasa nak cekik aje Lidya sekarang. Mulut kau, kawan. Nak minta makan cili ke?

"Entah entah, nanti dia keluar dengan perempuan lain macam mana?" Lidya cuba untuk membakar hati Damia. Tetapi Damia sedikit pun tak terasa.

"Apa aku kesah? Sukahati dia lah nak pergi dengan sesiapa pun. Bukan hak aku. Hak dia. Bukan kah itu betul Puan Lidya?"

Lidya yang mendengar pula naik angin. Ini dah muncul balik dah Damia versi lama. Huh. Apa dah jadi dah dengan kawan aku sorang ni. Lidya pandang tepi.

"Weyh.. Aku nampak Taehyung jalan dengan perempuan lain lah!" Lidya terkejut.

"Mana? Mana?" Cepat Damia berpaling ke arah yang dipandang oleh Lidya. Dia tercari cari kelibat Taehyung tetapi tak ada. Aik?

Lidya ketawa.

"Haaa.. Ambik kau. Tahu pun jealous. Tak payah nak jadi Damia versi lama,"

Damia mencebik. Cemburu? Sorry naik lori lah dia nak cemburu. Lebih baik cemburu dengan pak cik yang jual aiskrim kat luar rumah tu. Huh. Damia teringat akan semua perempuan perempuan malang yang pernah di dampingi oleh Taehyung dulu.

"Ada hati nak uji aku. Kang aku doa Fariz jalan dengan perempuan lain baru tahu." Balas Damia.

"Ewah.. ewah.. Cantik nampak. Kejam jugak kau ni eh?"

Damia hanya ketawa.

Dia betul betul tak percaya apa yang dilihat nya sekarang. Dia tertoleh ke kiri, Damia melihat Fariz berjalan dengan seorang perempuan. Mesra berpegang tangan sambil ketawa. Wah.. mesra nampak.

"Ya Allah.. Fariz." Damia betul betul terkejut. Jangan cakap yang doa dia dimabul kan pula.

"Kenapa? Nak prank aku pula ke?" Lidya ketawa melihat muka Damia yang macam terkena renjatan elektrik itu. Bagus betul kalau si Damia ni jadi pelakon.

Damia pula tak tahu nak angguk atau pun tidak. Sudah nya, Lidya turut berpaling ke tempat yang sama. Terus mati senyuman manis nya.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now