Bab 25

662 69 0
                                    

Macam ni ke kerja nya kalau berkerja dalam rumah orang yang cerewet ni? Huh. Bayang kan lah tadi kami dah habis semua kerja dan Mrs. Kim masih lagi belum berpuas hati dengan kerja kami? Macam mana? Huh, sekarang jugak lah aku nak mati. Dah lah kami masih lagi di sini walaupun kerja dah habis. Agak agak nya kenapa lah Mrs. Kim tu tak bagi kami orang balik lagi.

Damia menjeling ke arah Mrs. Kim yang sedang menggubah bunga di dalam pasu yang berwarna merah ungu. Serius betul muka dia. Semua apa yang dia buat perlu buat muka serius ke? Cuba lah senyum sikit.

Syaz macam gelabah je saat ini. Mana tidaknya, dia terpaksa menggubah beberapa jambangan bunga yang tadi gara gara Mrs. Kim masih lagi tidak berpuas hati. Apa nak jadi lah dengan Mrs. Kim tu? Kesian aku tengok Syaz. Kau sabar aje lah Syaz.

Tapi nasib baik jugalah dia berpuas hati dengan gubahan bunga kami yang kat luar tu. Kalau tak, boleh koma satu hari kami dekat sini. Banyak gila tu!

Kelihatan Mrs. Kim mengambil langkah ke arah kami. Nak bagitahu sesuatu ke? Mudahan aje lah dia berpuas hati dengan hasil kerja kami. Please please.

"Syaz.." Panggil Mrs. Kim. Syaz mengangkat muka nya.

"Ya, Mrs. Kim?" Jawab Syaz balik dengan wajah yang selamba. Nampak tenang aje kawan aku ni. Tadi gelabah bukan main lagi. Pelik betul.

"Saya berpuas hati dengan hasil kerja kamu. Tetapi boleh kamu letak sedikit baby breathe untuk bunga gerbera dekat atas meja merah tu? Kerana ia nampak sedikit kosong." Ucap Mrs. Kim lincah. Syaz mengangguk beberapa kali sambil tersenyum. Wah, siap menunduk tanda hormat lagi! Hebat kau, Syaz. Hebat. Haha.

Hailah, Mrs. Kim ni. Kata dah berpuas hati tapi suruh si Syaz buat itu, ini, sana, sini, situ lah! Macam macam lah! Sampai aku nak terjun ke dalam swimming pool tu sekarang ni pun ada. Tapi kenapa aku pulak yang perlu terjun? Macam lah Mrs. Kim yang suruh aku. Hoho.

Mrs. Kim mengangguk kepala nya lalu senyuman manis versi datin Kim ini diberikan kepada Syaz.

"One more thing, I'm so satisfied with your help and work. Good job," Kata Mrs. Kim lagi.

"Terima kasih, Mrs. Kim," Serentak kami berdua menjawab pujian Mrs. Kim. Mrs. Kim hanya tersenyum manis lalu berlalu pergi untuk ke dapur.

Damia semakin tidak senang duduk. Dia menilik jam pergelangan tangan nya. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Weyy, lama betul kami dekat sini? Wahh, cepat nya masa berlalu. Pukul berapa lah kami ni boleh balik Mrs. Kim? Saya dah super duper penat dah ni.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now