Bab 6

1.1K 116 12
                                    

"Qistina, apa jadual saya hari ni?"

Taehyung yang baru sahaja sampai terus mengambil tempat duduk di atas sofa empuk di dalam biliknya. Komputer riba berjenama Apple dihidupkan. Qistina yang mengekorinya dari tadi lalu berdiri di hadapannya. Entah kenapa lah, dia rasa memang tidak ada rasa semangat nak kerja hari ini.

"Pukul sepuluh nanti, Tuan ada meeting dengan Mr.Jung dekat Jungmall Air. Pukul sebelas nanti pula, Tuan ada meeting dengan Mr.Wong di Qairon Hotel. Lepas tu lagi..."

Taehyung memang sangat sangat bosan dengan semua ini. Begini lah hidupnya. Asyik - asyik mesyuarat. Asyik - asyik mesyuarat. Nak aje aku cancel semuanya lepas tu aku cakap aku demam tinggi dah hilang akal lagi bagus. Tapi, kalau ini memang dah tanggungjawab aku. Jadi kena juga lah aku buat. Sabar aje lah aku.

"Cik Damia, wakil Empire Holdings nanti datang hari ini.."

Sebaik sahaja Qistina menyebut nama Damia, Taehyung duduk tegak. Semangat nampak.

"Call all, meeting off. Say that I'm sorry," arah Taehyung mendatar.

"Tapikan, Tuan. Tuan ada empat meeting hari ni,"

"Just cancel it. Is it hard for you to call them and tell them that I can't attend their meeting? I really need to concentrate on this projek with Empire Holdings." Taehyung memberi alasan.

"Baiklah, Tuan." Qistina menurut kata - kata bosnya. Yelah, takkan nak membatah pula kan? Kang aku kena sepak dari tingkat 18 nanti baru tahu.

"And one more thing, bagitahu Jimin jangan keluar ke mana - mana hari ini. Suruh dia jumpa saya, bawa report tentang hal projek dengan QTP," sambung Taehyung lagi.

"Baik, Tuan," kata Qistina dengan penuh semangat sebelum berlalu keluar dari bilik bos nya itu.

Damia menguatkan semangat. Pintu kayu itu diketuk. Setelah dia dibenarkan masuk, baru dia mengambil langkah untuk masuk.

Taehyung yang sedang khusyuk membuat kerja di atas mejanya itu terus mengangkat muka. Dia tersenyum apabila melihat muka gadis di hadapannya itu.

"Oh Damia. Rindunya awak. Jemput duduk sayang."

Naik marah Damia mendengar ucapan yang telah diucap oleh Taehyung. Nampaknya masih tak ambil hati lagi tentang kejadian semalam. Damia hanya menunduk 80 degree selsius ke arah Taehyung.

"Waa, rasa - rasanya kan, kita ada jodoh tak?" Taehyung terus mengenyitkan matanya ke Damia. Damia hanya berlagak tenang.

"Okaylah, I gurau jelah. Hm, straight to the point Encik Qhairul ada cakap dekat saya yang awak perlu belajar tentang konsep ni." Taehyung mula serius.

"Ya, saya harap awak dapat memberi tunjuk ajar kepada saya sebab saya masih belum tahu sangat tentang projek ni." Akhirnya, suara yang ingin ditunggu tunggu oleh Taehyung bersuara juga.

"Nantilah, saya panggil PA saya untuk tolong awak. Nanti dia akan kenalkan awak tentang hal hal projek ni," tambah Taehyung lagi. Selepas itu, dia mencapai interkomnya untuk memanggil Qistina.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now