Helena geleng kepala perlahan.

" Kau apa pasal lambat? Motor rosak ke? " Helena pula aju soalan. Setengah jam dia tunggu Saleema, sampai nak tertidur dibuatnya. Yang ajak dia keluar ialah Saleema, yang lambat pun Saleema. Semalam berjanji nak jumpa pukul lapan setengah, sekarang sudah masuk jam sembilan.

" Iye, motor aku rosak so aku naiklah teksi. Pakcik driver tu pula orang tua, tak biasa dengan jalan dekat Kuala Lumpur ni, itu yang sesat sikit. " Saleema peluk tubuh kecil Helena dari tepi. Alamak janganlah merajuk, dia dah bagi alasan yang munasabah dah tu.

" Nanti kau balik dengan aku ajelah. " Dengan baik hatinya Helena mempelawa. Lagipun dia ada driver.

" Boleh ke? "

" Tak boleh. " Aish, orang dah ajak boleh pula dia tanya boleh ke tidak. Helena putar bola mata. Beg tangan dibetulkan sedikit.

Saleema kerutkan muka macam asam kecut. Boleh ke tidak ni, jangan buat dia keliru. Kan nanti dia balik naik jetski atas jalan tar macam mana.

" Kau balik aje dengan aku, rumah kita tak adalah jauh mana. Uncle Daim tahu kan rumah kau kat mana. " Kata Helena tenang. Saleema tanya macam dia tak pernah tumpangkan naik kereta aje.

" Okay, thank you so much my sweet little friend. Love you! " Saleema peluk Helena kuat. Sayang betul dengan kawan dia ini.

" Love you more! " Kuat ketawa mereka kedengaran di pintu utama pusat beli belah.


" Mummy. "

Serta merta Puan Dairisya mengangkat kepala memandang seraut wajah kacak anaknya, Hifzan.

" Iye, Hifzan. Kenapa anak mummy ni? " Tanya Puan Dairisya penuh prihatin. Sugul benar wajah putera sulungnya itu. Ada masalah ke?

Hifzan labuh duduk di sebelah Puan Dairisya dan memeluk tubuh itu.

Puan Dairisya terkedu seketika. Dia menepuk belakang Hifzan perlahan-lahan. Memang ada masalah ni... entah masalah di tempat kerja atau masalah peribadi.

Selalunya Hifzan tak banyak tunjuk emosinya, mungkin kali ini masalahnya terlalu berat.

Hifzan benam wajah di bahu ibunya. Dah lama rasanya dia tak bermanja dengan mummy. Perasaan sebak mula menghurung diri. Mungkin dia terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga lupa tentang insan ini yang banyak berkorban untuknya.

" I'm sorry. " Ujar Hifzan dengan suara tenggelam timbul. Makin erat pelukan di tubuh si ibu. Dia takut. Takut kehilangan ibunya yang tersayang. Dia belum bersedia... dia dapat lihat kesengsaraan seorang anak yang kehilangan ibu ketika berkawan dengan Xayn dahulu.

Puan Dairisya usap belakang tubuh Hifzan. Dulu tubuh ini yang selalu digendong ke sana ke mari, kini tubuh ini juga sudah berubah menjadi lebih besar daripadanya. Sihat dan cergas. Tak adalah orang kata anak dia tak cukup makan.

" It's okay, Hifzan... you're not making any fault, why would you cry? I love you okay? " Dia dengar esakan kecil daripada Hifzan. Terasa pula hatinya sebagai seorang ibu. Tak kuat mendengar tangisan si anak.

Kalau ikutkan, Hifzan dan Heidi ialah anak-anaknya yang paling pendiam. Jarang nak senyum dan tunjuk emosi lebih-lebih lagi terhadap orang luar. Walaupun pendiam, ada masanya manja mereka juga boleh mengalahkan kanak-kanak berusia tiga tahun. Ada aje nak menempel di sisi Puan Dairisya.

" No, I'm just too busy... I don't even spend my time with you, I'm sorry mummy. Hifzan minta maaf, Hifzan buat mummy rasa macam Hifzan ni tak ada pun dekat rumah walaupun tinggal sebumbung... " Luah Hifzan bersama esakan yang ditahan. Nasib baik hari ini adik-adiknya semua tiada di rumah kecuali Hafhiz. Dia tahu Hafhiz pasti sedang tidur, jadi tak adalah sesiapa ganggu masa dia untuk bermanja dengan mummy sendiri.

" Tak apa, Hifzan... mummy faham, you sibuk dengan kerja, I know. Dulu, masa daddy terpaksa outstation pun mummy kena tinggal seorang, sebab tak boleh ikut. Hal family Grey. You tahu kan? Mummy kenal anak mummy, you bukannya sengaja. It's okay, at least adik-adik you ada teman mummy. Jangan risaulah! " Puan Dairisya cuba memujuk. Tapi makin dipujuk makin mahu pecah tangisan Hifzan.

" I'm sorry... "

Tiada siapa sedar kehadiran Hafhiz di belakang dinding yang memisahkan ruang tamu dengan bahagian tangga. Diam-diam dia mencuri dengar. Bila dia rasa seperti perbualan Hifzan dengan Puan Dairisya sudah tamat, terus dia masuk ke dapur untuk meneruskan niatnya yang ingin meminum air susu coklat.

Dia bukan seperti Hadif yang suka menyebar aib orang terutama di dalam group adik-beradik. Dalam hal ini, dia diam sahaja. Tak ada langsung niat ingin memberitahu atau membawang tentang kejadian sebentar tadi dengan sesiapa. Dia sangat menjaga privasi dan aib seseorang.

Kecuali kembarnya.

Setelah selesai menjalankan niatnya, dia terus masuk ke dalam bilik. Tiada benda yang boleh dia lakukan selain melayan mummy dan tidur. Kalau ditanya bila nak cari kerja, rujuklah Puan Dairisya... dia tahu jawapannya.

Puan Dairisya merasakan Hafhiz masih muda untuk melakukan suatu pekerjaan, lagipun nanti kalau Hafhiz tiada di rumah, tiada yang akan melayan dan mendengar celoteh dia tanpa memotong sebarang percakapannya.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now