Delilah terasa hendak tergelak tanpa sebab. Geli hati mengenangkan situasi mereka sekarang. Kenapa dia tak pernah terfikir bahawa Qash Hayyan ini adalah budak yang sama yang pernah dia gila-gilakan dahulu?

"Yan!"

Barangkali urat malunya sudah terputus, selamba saja Delilah menyapa usai mengenakan sneakers. Lebar senyumannya mendekati si jejaka yang langsung terkedu itu.

Detik ini, Delilah bukan saja berhadapan dengan Qash Hayyan yang pada awalnya dia anggap kerek dan digelar mister hot potato. Kini dia berhadapan dengan Yan, budak lelaki yang mencuri perhatiannya beberapa tahun lalu.

Tak berkelip mata Qash merenung Delilah. Mengagumi kemanisan gadis itu buat seketika sebelum tersenyum.

"It's feel like deja Vu."

*****

Dari satu tempat ke satu tempat, Qash memandu mengelilingi kota kecil itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Dia yang sudah berjanji mahu membawa Delilah melihat sekitar bandar kali lepas. Baru sekarang hajatnya tercapai.

Sepanjang perjalanan juga Delilah langsung tak duduk diam. Sibuk bertanya itu ini kepada Qash. Kalau bukan disebabkan Lea berkahwin dengan orang sini, dia tidak akan tahu keindahan kota ini. Kota yang tak terlalu kecil, tak juga terlalu luas.

Desiran air laut sangat jelas kedengaran saat mereka turun dari kereta untuk melepak di jeti. Delilah melabuhkan duduk di tebing menghadap pantai. Terjuntai kedua belah kakinya sambil dia menutup mata sekilas untuk merasai sapaan angin yang sepoi-sepoi.

Qash di sebelah hanya duduk tenang tanpa sebarang suara. Seperti Delilah, dia membiarkan tubuh menikmati tamparan angin yang lembut.

"Sejak bila kau cam aku?"

Satu soalan meluncur keluar dari bibir Delilah. Sudah tiba masanya untuk mereka bersoal jawab setelah sekian lama berdiam diri.

"Sejak pertama kali kita jumpa."

Pantas Delilah menoleh memandang Qash. Malah kejadian pertama kali dia bertemu dengan jejaka itu spontan terlayar di kotak ingatan.

"Dekat Petron?"

Bermakna, jejaka itu sudah mengecamnya dari awal lagi.

Qash mengangguk tanpa teragak-agak. "Cuma waktu tu, aku rasa was-was. Tapi selepas tu, apa yang aku tak sangka adalah bila kita bertembung balik dekat kolej. Waktu aku kembalikan keychain kau yang jatuh tu, aku dah pasti yang kau memang Delilah Lavelle."

"Kau ingat keychain tu?" Usul Delilah lagi. Bulat matanya ketika Qash menyebut tentang itu.

"Ingat.. pencuri keychain itu pun aku ingat. Tak sangka, kau masih simpan keychain tu. Pandai kau jaga.." Dalam Qash memerli, sempat dia memuji.

Kerana keychain koala berwarna kelabu yang sentiasa tergantung di beg gadis itu.. adalah keychain miliknya suatu ketika dahulu.

"Yan.. comellah keychain awak. Beli kat mana?"

Itu ayat pancingan Delilah kepadanya sebelum keychain tersebut tiba-tiba ghaib dari begnya. Tidak pernah dia sangka bahawa hari itu merupakan hari terakhir mereka bersua muka. Delilah berpindah sekolah ketika Qash tidak turun ke sekolah seminggu disebabkan demam panas. Jika diingat semula, mereka langsung tidak berkesempatan untuk mengucap selamat tinggal.

Ketiadaan Delilah membuatkan Qash kembali ke hari-harinya yang asal. Yang tidak berteman. Yang keseorangan. Qash rasa terkilan, namun apalah yang dapat dia lakukan ketika itu. Selang sebulan, dia pula yang berpindah sekolah. Mengikut orang tuanya ke Korea sebelum pulang semula kesini dan tinggal bersama usunya, Mirza.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now