"Baik Tengku."

Tengku Elhan mengetuk jarinya ke meja. Dia memikirkan caranya bagaimana untuk dia berjumpa Dhea dan gadis itu tidak mengelak darinya.

Minta bantuan bonda?

Tengku Elhan meraup wajahnya. Hidupnya sekarang dipenuhi denagn Dhea sahaja. Dulu bila dia mencari Dhea, dia yakin ada peluang untuknya. Sekarang bila Dhea di depan mata, keyakinannya semakin goyah.



🥀🥀🥀


"GRANDMA tak sihat. Baba nak kita semua balik Scotland lusa." Ujar Tan Sri Edric ketika mereka sekeluarga sedang makan malam.

"Grandma tak sihat? Grandma sakit apa?" Soal Lily. Sudah dua minggu dia tidak menelefon neneknya di Scotland.

"Biasalah sakit orang tua. And dia nak jumpa anak cucu dia. Semua boleh balik kan?"

"Mel ada event CSR lusa." Ujar Camellia.

JM Gallery akan mengadakan Corporate Social Responsibility di rumah anak-anak yatim yang terpilih. Camellia yang bersungguh-sungguh mencadangkan agar JM Gallery dapat memberi sesuatu pada komuniti setempat.

"Along ikut Mel."

"It's okay along. Mel boleh handle. Lepas tu Mel terus balik Scotland."

"Are you sure?" Soal Carl lagi. Dia tak mahu meninggalkan Camellia seorang diri.

"Hundred percent sure." Camellia meyakinkan Carl. Dia tak mahu terlalu bergantung pada Carl. Suatu hari nanti Carl akan ada kehidupannya sendiri juga.

"Okaylah kalau macam tu."

"Takpe. Mel boleh balik lepas tu. Baba prepare ticket untuk Mel nanti. Carl dengan Lily ikut baba dengan umi. Kita balik dulu." Putus Tan Sri Edric. Dia tak risau kerana dia sudah mengupah orang melindungi Camellia.

Mereka semua mengangguk. Kalau kata-kata itu keluar dari mulut Tan Sri Edric maknanya itu adalah arahan.

Camellia menguis-nguis makanan dalam pinggannya.

"Tak sedap ke umi masak Mel?" Tegur Puan Sri Huda. Dia makin risau dengan Camellia yang semakin kurus.

"Takdelah umi. Mel kurang selera." Camellia menyuapkan nasi ke mulutnya walaupun terasa kesat. Dia tidak mahu uminya berkecil hati.

"Mel nak makan apa? Nanti umi masakkan untuk Mel."

Camellia cuma senyum dan menggeleng kepalanya. Bukan kerana dia mahu apa-apa cuma dia memang kurang selera. Banyak yang berada di fikirannya.

"Kak Mel.. bila nak buat cookies lagi? Dah ada customer tanya ni." Soal Lily untuk mengubah suasana. Dia perasan wajah muram Camellia itu.

"Kak Mel busy dua tiga hari ni." Sungguh Camellia juga rindu untuk ke cafe. Dia suka bau biskut yang baru siap dibakar.

"Lepas balik jumpa grandma, boleh Kak Mel datang cafe?" Pinta Lily. Pelanggan hari itu juga ada membuat pesanan katanya tak cukup cookies yang sudah dibeli. Laku keras nampaknya air tangan Kak Mel.

"Boleh Lily. Nanti Kak Mel singgah."


🥀🥀🥀


"CIK MEL, panas ni. Cik Mel rehatlah kat dalam dulu." Tegur salah seorang pekerja JM Gallery. Dari pukul 9 pagi tadi CEO mereka melukis di dinding bangunan itu.

"Takpe. I okay je." Camellia senyum pada pekerjanya itu. Cuaca agak panas ketika itu namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk melukis mural di dinding kosong itu.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now