Apabila kelihat Fadhi hilang, Adra memandang kearah wajah lemah Areysa dan Zarfina. "Kau tahu tak kalau bukan sebab kau dan engkau. Aku takkan jadi macam ni lah."

Adra memandang wajah Areysa dan Zarfina bersilih ganti.

"Meh lah aku story..."

Flashback....

"Weh Eysa, jom pergi library kejap. Teman aku." ajak Adra. Areysa yang sedang menyiapkan kerjanya terhenti lalu memandang wajah Adra.

"Er sorry. Aku tak dapat temankan kau lah Ra. Sorry sangat-sangat." katanya dengan bersalah. Berubah air muka Adra mendengarkan ajakkannya ditolak.

"Kau ada nak pergi mana-mana ke?"

Areysa hanya menganggukkan kepalanya. "Ada. Aku nak teman Fin. Bonda dia kena warded, lagipun aku dah janji dengan dia. Sorry."

Adra terdiam dan tersenyum paksa. "Sokey lah. Nanti kau kirim salam dekat bonda Fin tau. Aku gerak dulu bye."

Adra melangkah pergi. Areysa hanya menghantar dengan ekoran matanya saja. Tiba-tiba rasa sebersalah itu menyerbu.

˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀

Adra mengengam iPhone 11 pro max miliknya apabila melihat posting daripada Zarfina.

Pintu dikuak dari luar. Laju sahaja Adra menoleh. "Kau baru balik ke?"

Areysa hanya menganggukkan kepalanya. "Pergi mana?"

"Pergi Mid Valley kejap tadi."

Adra hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

Sakit.

Sakit.

Sakit.

Sakit.

Sakit sangat-sangat.

Sejak kehadiran Zarfina dalam hidup. Areysa telah mengetepikan dirinya dan melebihkan diri Zarfina.

Dia sudah tidak tahu siapa lagi mengenali. Antar dirinya atau Zarfina.

"Kau pergi lah mandi dulu."

Areysa hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia memang berniat mahu membersihkan dirinya sebelum masuk tidur.

˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀

Adra mengetuk mejanya apabila dia teringat tentang kejadian siang tadi yang Areysa bersama-sama Zarfina pergi ke cafe tanpa dirinya.

Dia mengenggam pen yang dipegangnya. "Tak guna. Kau rampas Eysa daripada aku Fin. Kau tunggu."

Fikirannya merewang tentang Areysa dan Zarfina sentiasa bersama.

Dia seakan tidak dapat menerima itu. Dia fikirkan bila Zarfina masuk dalam geng dorang, mereka akan toleransi antara satu sama lain.

Tapi hakikatnya tidak.

Adra tersenyum sinis. "One day aku akan balas apa yang korang buat."

Terletus tawa sinis dari bibirnya itu. Dia meletakkan pen itu diatas meja lalu bangun dari duduknya dan keluar dari bilik itu untuk menghirup udara segar.

End Flashback...

Adra mengangkat wajahnya dan memandang satu persatu wajah Zarfina dan Areysa. "So dah faham kenapa aku dendam dengan korang?"

Zarfina dan Areysa terdiam. "Aku mintak maaf." kata Zarfina.

Adra tergelak sinis. "Maaf? Eww sorry not available you sorry dude." laju sahaja menapak kearah Zarfina lalu menyepak kuat perut Zarfina.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now