TAKDIR 21

8 1 0
                                    

Pagi menjelma. Langit di luar masih gelap seperti waktu malam. Terjaga di atas katil, dia menoleh ke kiri. Jamnya menunjukkan pukul 6 pagi. Dia bangun daripada katilnya, menadah tangan, melafazkan "Alhamdulillah" dan sapu ke seluruh badan.

Hilal bangun daripada katilnya, masuk ke dalam bilik air dan terus mengambil wudhuk bagi menunaikan solat fardhu subuh.

Siti masih sedang tidur, dia tidur sedikit lambat semalam, memgemas barang-barangnya. Dia tertidur di sofa kira-kira dalam pukul 1 pagi.

KRING

Bunyi penggera daripada telefonnya berbunyi. Dia kemudian terjaga daripada tidurnya. Perempuan itu menudukkan badannya di atas katil. Siti menoleh ke kanan dan mengambil telefonnya.

"Ah, dah subuh. Ambil wudhuk dulu," katanya dan terus bangun menuju ke bilik air.

Selesai sahaja, dia melangkah keluar. Air menitik-nitik ke lantai akibat wudhuknya tadi. Tiba-tiba, dahinya berkerut.

"Sebentar, macam mana aku ada di bilik? Tidak silap aku tertidur dekat sofa malam tadi." dia berfikir panjang sebelum memakai telekungnya. Matanya perlahan-perlahan membesar, nampaknya dia teringat kejadian tersebut.

Kelihatan Siti tersengguk-sengguk. Matanya sudah tidak bermaya untuk dibuka. Badannya kemudian terus menjadi lemah dan terbaring di atas sofa.

Hilal, yang kebetulan baru selesai perjumpaannya bersama ahli-ahli jawatankuasa syarikat Mattari yang lain, tersempak dengan isterinya.

"Astaghfirullahalazim, buat apa dia tidur di sini?" dia mendekati perempuan itu.

Perlahan-perlahan dia cuba mengejut Siti untuk pulang ke biliknya.

"Awak, bangun. Tidak elok tidur di sini, nanti sakit belakang dan tengkuk." dia kekal cuba mengejutkan isterinya.

Siti kekal tertidur. Nampaknya dia begitu penat selepas perkahwinan mereka hari ini. Hilal mengukirkan senyuman nipis. Dia menundukkan badannya, sama tinggi dengan sofa.

"SubhanAllah, awak ini. Tidur pun tetap cantik ya? Kalau kata comel nanti saya pula malu." dia tersengih sendirian. Lelaki itu mengusap wajah isterinya dengan lembut. Dia sendiri tidak percaya yang dia telah kahwin dengan perempuan yang dicintainya.

Selepas beberapa minit, dia kemudian mengangkat Siti dengan perlahan supaya dia tidak terjaga. Hilal kemudian melangkah ke arah bilik Siti dengan isterinya di tangannya.

Tiba di dalam bilik, dia meletakkan perempuan itu dengan perlahan di atas katil. Wajahnya mengukirkan senyuman. Dia kemudian mencium dahi isterinya.

"Awaklah antara rezeki yang telah Allah pinjamkan kepada ku. Betapa bersyukurnya aku yang awak ada di sini dengan saya ..." bisiknya.

Hilal kemudian melangkah keluar bilik dan menutup pintu.

Mukanya menjadi merah, dia menepuk pipinya dengan lembut beberapa kali.

"YA ALLAH, MALUNYA. ASTAGHFIRULLAHALAZIM!" jeritnya dengan perasaan yang malu.

Dia kemudian menempatkan tangan di atas dahinya. Tidak berhenti mengusap kulitnya. Dia tersengih sendirian.

Ketukan daripada pintu terdengar. Pintu itu terus dibuka.

"Siti?" tanya Hilal.

"EH!" jerit Siti. Dia terkejut dengan tanyaan suaminya.

"Rasanya, dia nampak ke apa yang aku buat tadi? Aduh, malunya ... " perempuan itu menutup separuh wajahnya.

Hilal tersenyum.

"Sudah lah berangan, mari solat. Nanti terlepas." Hilal memanggil isterinya dan terus melangkah ke ruang solat.

Pertemuan Takdir: Jodoh TuhanWhere stories live. Discover now