The reunion, the last hope ⁵

Start from the beginning
                                    

Is meminum airnya yang disediakan Dayang rumah. Dia tersengih tiba-tiba.

"Kita kena perkuatkan diri kita sebelum nak lawan Sadiq. Ustaz Saiful cakap Sadiq kerahkan orang dia cari kita. Jadi sebelum kita dijumpai, better kita pergi dulu selamatkan diri."

Khairy berpeluk tubuh. Ustaz Saiful ada cakap, Sadiq ni orang yang mencari barang-barang sakti tersebut. Dia cuba membayangkan siapa Sadiq ni.

Wajah seseorang menyemak di fikiran.

Dendamnya tiba-tiba muncul. Teringat dirinya diterajang dan disepak Sadiq ketika menjadi tahanan Wei Yang. Oh dia?

"Ry."

Khairy tersedar dari termenung.

"Asal muka kau macam nak makan orang? Dengar tak aku cakap?"

"Ya, ya dengar. Aku ikut." Khairy ubah rancangan. Kalau Sadiq pergi cari Tun Isyak, iaitu Is. Maka dia harus melindungi kawan-kawannya. Dia yakin, Wei Yang juga akan bawa anak buah untuk mencari dan menangkapnya.

"Kalau macam tu, kau bersiaplah. Lepas majlis ni kita terus gerak pergi. Aku dah cakap kat Dani dengan Nial." Is tepuk bahu Khairy lalu pergi dari situ.

Khairy pandang saja belakang Is yang sudah pergi. Seruling di tangan dipusing sedang berfikir bagaimana dia harus melawan Sadiq dan Wei Yang.  Khairy faham kenapa Is nak cepat semacam, sebab tak nak keluarga ini risau.

"Sedap jugak teh dia." Khairy mencicip teh tersebut.

.
.
.

Di halaman rumah tetamu utama, kesemua masih bersiap kemas. Masing-masing sudah pun hendak balik menukar pakaian. Begitu juga dengan Danny dan Danial kini hendak berjalan pulang ke rumah tetamu dihuni mereka.

"Assalamualaikum.."

Danny dan Danial menoleh. Seorang wanita separuh baya ditemani Dayang-dayang di belakang. Siapa? Macam orang penting.

"Apakah tuan hamba berdua ini tetamunya anakanda Tun Isyak?" Tanyanya sopan.

Waktu itulah, Danny dan Danial menganga faham. Lantas keduanya serentak membuat sembah junjungan.

"Ampunkan tuanku tidak menyedari. Iya, kami tetamunya Tun Isyak." Jawab Danial.

"Patik pula khadamnya, ini pertama kali kita bersua muka tuanku." Danny menunduk sedikit kepalanya.

"Mari kita ke rumah tetamu, kami ada menyediakan beberapa persalinan untuk saudara semua." Ajak wanita itu.

"Baiklah Tuanku."

Semasa perjalanan hendak ke rumah tetamu, waktu itulah Tun Iskandar muncul bersama Tun Isyak. Mereka sedang berbual di luar rumah tetamu. Tun Iskandar saat ini sangat kacak dengan persalinan pernikahan.

"Bonda?" Serentak kedua mereka menoleh.

Danial dan Danny ternganga. Apakah yang dilihat mereka.

"Nial, er Dani.." Is tak tahu nak cerita bahagian mana. Tengok-tengok Danny dah tahan gelak di belakang bondanya, Danial tahan perut dari meletus tawa. Dah agak, diorang ni memang.

"Anakanda Isyak berbuat apa disini?" Tanya Sari Kembang.

"Anakanda meminjamkan keris anakanda sebagai perhiasan samping kanda. " Jelas Is sambil tunding jari dekat keris di samping Tun Iskandar. Keris biasa je.

Tun Iskandar ketawa sambil gosok belakang kepala.
"Ampun bonda, anakanda kehilangan kerisnya di masa-masa penting ini." Ucapnya.

Danial mahupun Danny dah melongo kagum. Tak expert ada orang guna muka Is boleh ketawa ikhlas macam tu. Dibandingkan dengan Is gelak macam setan.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now