Ilmu tasawwuf

93 18 0
                                    

Ustaz Saiful duduk bersila. Selesai saja pulang dari surau, dilihat keempat-empat wajah teruja mereka. Nampaknya tiada alasan dia harus batalkan kelas malam itu.

"Ilmu tasawuf ialah ilmu yang khusus untuk membersihkan hati.  Ilmu yang dengannya dapat membersihkan batin daripada segala kekotoran.  Mendalami  ilmu tasawuf sehingga jiwa kita hingga bersih merupakan tuntutan fardhu ain.  Bermakna, ianya wajib dipelajari.  Belajar ilmu tasawuf akan mampu membersihkan hati, menyucikan jiwa dan melepaskan diri dari segala sifat-sifat kekurangan."

"Sesuatu amal itu bertitik-tolak dari ilmu. Mesti ada ilmu untuk membuahkan amal. Tanpa ilmu, sesuatu amal itu menjadi tidak sah; contoh dalam solat tidak sekadar harus tahu tertib solat tapi mesti tahu rukun solat.  Bila elok solat hasil gabungan ilmu fekah dan tauhid namun ianya masih tidak sempurna, kapan masalah hati belum selesai."

"Itu kerna harus mempelajari ilmu tasawuf. Ia dapat membersihkan batin dari segala kekotoran.  Mesti berusaha mencari guru yang mursyid yang bijak mendidik hati manusia kerna ilmu tasawuf ada disiplin-disiplinnya, mesti melalui jalan yang betul.  Ia bukan boleh diukur setakat luaran, bukan hanya sekadar dilihat melalui cara berpakaian seperti jubah, serban tapi lebih dari itu."

"Ilmu tasawwuf yang aku tahu itu pasal sifat ustaz." Khairy yang jarang mempelajari bab agama, ingin tahu tentang ilmu dimaksudkan.

"Iya, Melalui ilmu tasawuf, kita dapat mengetahui cara-cara menyucikan batin.  Melaluinya kita akan dapat mengenal bagaimana sifatnya seperti hasad dengki, menipu, suka pada pujian, sombong, riak, marah, tamak, batil, menghina orang miskin sebaliknya memuliakan orang kaya."

"Menipu di sini bukan menipu hanya pada lisan tetapi termasuk menipu watak contohnya di depan orang tunjuk baik, warak, bercakap lemah lembut, dermawan, namun watak sebenar di belakang orang adalah sebaliknya.  Suka pada pujian pula ialah bila orang puji, senyum suka hat. Namun kapan dicela, marah pula.  Jika bersih hati, orang puji dan orang cela, rasa sama saja tiada bezanya.

"Menghina orang miskin dan memuliakan orang kaya itu juga lumrah dalam kehidupan.  Bila dengan orang miskin, ingin bersalam pun hujung-hujung jari misalnya bila berhadapan dengan orang kaya dari jauh lagi cepat-cepat hulurkan tangan ingin bersalam."

"Begitulah kita bila menghadapi orang kaya, kita bagai memuliakan dia sedangkan dia sendiri bagai rasa kita berhajat padanya.  Berbeza bila kita pandang orang miskin, kita bagai pandang sepi sebab rasa tiada apa-apa yang ada padanya."

"Sesungguhnya yang menyebabkan seseorang itu mulia di sisi Allah ialah sebab ciri-ciri yang Allah pilih yang ada padanya.  Orang miskin yang tawadhuk dan merendah diri jauh lebih mulia di sisi Allah berbanding orang kaya yang sombong dan meninggi diri.  Allah pandang pada hati manusia."

"Allahuakbar.." Serentak Danny, Khairy dan Is mengucap. Mereka kadang pernah menyombong dengan harta sendiri. Pernah rasa riak pada diri sendiri.

Danial tersenyum kecil melihat kawan-kawannya. Meski dia orang biasa, tapi ayahnya kini sudah mampu menjadi orang terkaya. Kini dia bersyukur dan membantu fakir miskin jika berkesempatan.

"Ilmu tasawuf mampu mengosongkan sifat-sifat kekotoran dalam diri seseorang.  Ustaz bagi contohnya, kisah seorang sahabat, iaitu Ibnu Mas'ud yang pada suatu hari semasa keluar dari masjid telah mendapati sebelah dari seliparnya hilang.  Selepas mencari ternyata tiada, maka Ibnu Mas'ud telah berdoa ke hadrat Allah dengan doa. 'Ya Allah jika orang yang mengambil selipar itu memang berhajat kepadanya maka berkatilah dia ya Allah namun jika dia memang berniat jahat melakukan perkara itu maka kupohon agar kau jadikanlah dosanya itu sebagai dosa yang terakhir baginya.' Subhanallah... mari kita bertanya diri kita sendiri jika perkara yang sedemikian berlaku pada kita, adakah kita mampu berdoa dengan doa semacam itu.  Mampukah kita berlapang dada dan bersifat redha bila kehilangan apa-apa yang menjadi milik kita?"

"Jelas doa yang sebegitu hanya dapat dilafazkan oleh orang yang bersih hatinya, yang redha bahawa semua yang terjadi adalah dalam kuasa Allah.  Tidak ada suatu pun perkara yang terjadi di luar pengawasan Allah.  Allah yang gerakkan hati terhadap setiap tindakan dan perlakuan.  Jika kita faham dan mengerti akan hakikat itu maka kita akan sentiasa redha atas setiap apa yang berlaku dari sekecil-kecil perkara.  Contohnya, semasa kita sedang khusyuk mendengar di majlis ilmu datang seseorang yang sering sendawa.  Suara sendawa beliau terus mengganggu perhatian kita yang sebelum itu begitu asyik dan tekun mendengar ilmu.  Fikirkan, siapa yang hantar orang itu kepada kita yang sedang selesa duduk mendengar?  Orang itu tidak akan bangun bergerak sendiri datang, melainkan semua dari Allah.  Maka belajar redha dengan setiap apa yang berlaku.  Pasti ada hikmah yang terkandung dari setiap peristiwa, mungkin Allah nak duga bagaimana keadaan kita menghadapinya, sabar atau tidak. Wallahu'alam."

"Di antara ciri-ciri hati yang bersih ialah tidak memandang dosa-dosa yang kita buat itu kecil.  Pandanglah pada siapa kita lakukan dosa.  Harus sedar kita berdosa kepada Allah, yang kita sebagai hamba Allah tidak selayaknya melakukan itu.  Tapi tiba-tiba kita buat salah kepada-Nya.  Maka perbanyakkanlah istighfar.  Jangan tidak merasa takut, jangan tidak merasa apa-apa bila tersilap buat dosa.  Tanya diri kita, adakah sering kita beristighfar?? Janganlah sampai mengucap istighfar 100 kali sehari pun kita tidak mampu hendak buat."

"Hiasi jiwa kita dengan sifat takwa.  Bila nak melangkah mengadap Allah, kena bersihkan diri.  Perlu kepada bersih. Ibarat kita hendak keluar bekerja, kita mandi bersih-bersih, pakai baju bersih, pakai bau-bauan setiap hari.  Jika baju tidak berganti, tentu lah kita akan berada dalam keadaan yang kotor dan tidak bersih."

"Untuk bersih diri dan hati, taubat mesti duduk di tempat pertama. Hendak taubat kena ada rasa kita tu ada dosa pada Allah. Bila rasa berdosa, kita akan mohon taubat dengan sungguh-sungguh InsyaAllah. Sentiasalah beristighfar. Istiqamahlah kita dalam melakukan amalan ketaatan beserta ikhlas dan redha dengan setiap apa yang terjadi."

"Jangan kita nampak elok hanya pada zahir.  Kalau solat sudah cantik kerna pelajari fekah tapi hakikatnya ia masih belum sempurna kerna hati atau batin kita belum selesai.  Jika ada 'hasad' satu saja pun dalam diri kita, ianya sudah mampu membatalkan pahala ketaatan kita pada Allah Taala. nauzubillah. "

"Orang lain boleh melihat zahir kita baik.  Kita mungkin nampak mulia di mata orang namun kita tidak dapat sembunyikan diri dari Allah.  Bagaimana hati kita, hanya Allah Taala yang tahu."

"Maka usaha bersihkan hati.  Belajar ilmu tasawuf.  Jalan tasawuf akan membawa manusia kepada Allah Taala.   Jangan kita jadi seperti lebah jantan umpamanya yang ligat di siang hari namun pada malamnya sudah malas dan penat.  Sebagai hamba Allah jangan kita hanya cergas di siang hari, berhempas pulas bekerja namun bila malam hari kita sudah tidak larat, malas dan penat untuk bangun beribadat kepada Allah."

Khairy tersentap, dia yang jarang solat itu betul-betul makan hati. Dia menunduk dek menyembunyikan air matanya bergenang.

"Istiqamahlah dalam perjalanan menuju Allah. Jika perjalanan sukar, kena azam, kena sabar, mujahadah sehingga diri selamat dari murka Allah.  Hendaklah kita melalui jalan kebenaran.  Jangan terpedaya, jangan rasa putus asa. Mohon pertolongan Allah dalam usaha untuk sentiasa menyucikan hati kita.  Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan bantuan Allah."

"Aamiin." Serentak mereka berkata. Berkongsi ilmu tasawwuf begini, banyak buatkan hati mereka dilanda kesedihan dan kekesalan pada diri sendiri.

"Terima kasih Ustaz." Danny tersenyum.

"Sama-sama, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk itu kita bersihkan bersama." Ustaz Saiful tersenyum.

"Assalamualaikum!"

Mereka berlima menoleh, seseorang muncul di sebalik kegelapan malam.

Danny mengerut dahi. Dia pernah melihat lelaki itu.

"Abuya?"

Danny, Danial, Khairy dan Is masing-masing berpandangan. Baru je elok nak bincang tentang barang diorang. Tak ke timing pulak ada orang lain datang.

"Nanti." Danny pesan pada mereka dan mengangguk mengiakan.

Bersambung








Bahasa Melayu klasik

Kapan = Bila

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now