The reunion, the last hope ²

100 24 0
                                    

Khairy cuci mukanya, timba air diangkat tinggi ke atas kepala lalu menyerami satu badan. Lega badannya mendapat air sejuk itu kerana hari panas.

Panas? Tidak, mereka berempat baru lepas tadi sedang bermandi manda dekat sungai. Puas hati setelah dapat berenang meski dia betul tak selesa dengan rambut panjangnya. Cuma sekarang dia nak bersihkan rambut dia ni.

Pintu bilik mandi berupa kayu buluh tiba-tiba terselak dari luar.

Kedua-dua mereka bertatapan.
"ARGHHHH!"

Jeritan mereka bersatu akhirnya.

.
.

Danny gosok rambutnya basah. Dia melihat Melati sediakan makanan petang, cucur pengat pisang memberi haruman kelezatan. Nak terleleh air liur Danny. Baru nak ambil satu, terdengar jeritan dari luar rumah, yang pastinya bilik air ditempatkan di luar. Dia yang berada di dapur menghela nafas penat. Melati sudah tercengang habis.

"Arghhhhh! Kau dah kenapa masuk Is?! Aku nak mandi gila!"

"Apa salah aku!? Kau yang tak kunci pintu!"

"Keluarlah gila!"

"Kaulah blah! Aku nak terkucillah pompuan!"

"Pompuan otak kau! Buta ke tak nampak burung aku ni ha!?"

Pening kepala Danny, malas dia nak melayan dua ekor tu. Memekak je. Melati sudah berubah riak risau. Takut gaduh je tu.

Baru saja tadi Danny hendak menyuap pisang ke dalam mulut, sekali lagi terdengar jeritan dari luar rumah. Kali ini orang lain pula. Tak jadi dia makan. Danny rasa nak hentak kepala tiga-tiga ekor mangkuk hayun tu.

"Tuan Derahim.." Melati tutup mulut, kelakar mungkin.

.
.

"Weh Ry, mana tuala aku? Kau kebas ke.. ARGHHHHH!"

"ARGHHHHH!" Tiga ketul manusia tu menjerit bersama.

"Danny! Is dengan Khairy buat khalwat!" Pekik Danial dek terkejut melihat situasi dihadapannya.

"Otak kau!" Khairy dan Is mencarut sama. Dituduh khalwat oleh Danial memang satu topik luar alam.

.
.
.
.
.
.

Dia tak jadi balik, lebih kepada melepak di rumah keluarga Danial. Kali ini, suara mereka saja rancak berbual di ruang tamu. Ahsan mahupun Salehuddin tidak mencelah, mereka berada di dapur. Agak hairan mereka apabila melihat keakraban empat anak muda itu lain sangat.

"Melati? Apa yang terjadi kepada mereka?" Tanya Ahsan pelik.

"Melati juga tidak tahu, selepas mereka pulang dari mandi sungai petang tadi, kelakuan mereka seperti itu." Jelas Melati menundukkan sedikit kepala.

Dia yang dingin itu pun sedikit terhibur dengan perangai gila-gila mereka.

"Hairan benar aku melihat mereka, lagi-lagi Daeng itu. Ku sangkakan dia sudah pulang, rupanya dia kembali lagi." Salehuddin sedikit pelik.

Daeng dilihat tengah memaki hamun Tun Isyak. Tun Isyak pula dengan selamba korek telinga. Mohd dan Derahim rancak pula boraknya sambil saling menolak kaki. Gaduh kah?

"Korang ni, aduh pening aku." Danial stress.

"Aku jugak ke? Si Is ni problem." Danny selamba sepak pinggang Is. Buatkan Is duduk bersila itu tertolak ke sisi melanggar tubuh Khairy.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now