Danny as Daeng

158 30 5
                                    

Danny kepenatan. Peluh merenik ke seluruh tubuhnya. Dia kesakitan dalam pada masa yang sama dia lapar.

"Tidak pernah aku melihat engkau sebegitu rajin." Hairan Abit.

"Ni je kerja kita hari-hari?" Danny dengan selambanya baring atas tanah. Kepenatan setelah membersih kuda, membersihkan kandang kuda, buang segala najis kuda dan buat kompos untuk baja.

"Ya.." Abit jawab perlahan. Gaya dan tutur bahasa Daeng baginya agak pelik.

"Lepas ni kita buat apa?" Danny menyoal ingin tahu. Dia kelaparan sangat.

"Dua hari engkau tidak pulang ke rumah." Abit memberitahu. Danny berkerut, pulang? Balik ke?

"Aku, tak ingat." Danny berkata perlahan.

Abit mengeluh.
"Teruk engkau dipukul oleh mereka sampai engkau hilang ingatan sebegini, lebih baik engkau menemui tok dukun. Dia ada penawarnya." Cadang Abit.

Danny mencebik. Dukun? Dulu pun dia pernah kena scam dengan bomoh, nak suruh dia jumpa dukun? Memang tak! Dukun a.k.a bomoh dah jadi musuh terbesar dia!

"Aku hanya nak pulang, kau tunjukkan saja rumahku." Danny berkata berhati-hati dan cuba menguasai beberapa bahasa melayu klasik tersebut.

"Hmm, iyalah."

Petang itu, seperti dijanjikan Abit menghantar Danny ke rumah. Dia berterima kasih kerana Abit membantunya.

Sebaik dia masuk ke rumah kayu kecil yang tak serupa rumah itu, Danny terus ke belakang. Sekadar beberapa timba kosong dan belukar. Danny mengeluh. Macam mana dia nak mandi?

Danny meliar matanya sekeliling.

"Ni bukan rumah dah ni, ni rumah terbiar." Menggeleng kepala Danny. Dia mengemas ruang tamu yang banyak dedaun dan serpih kayu.

Selepas itu, dia hendak keluar mencari sungai. Buat masa sekarang dia harus mengenali dirinya dahulu.

Apa yang dia tahu dia adalah khadam istana. Bekerja membersihkan kandang kuda. Setiap pagi dia kesana. Masuk waktu zuhur dia akan balik.

"Sultan Mansur Shah, zaman mana ek?" Danny keliru. Sejarahnya terhadap Negeri Melaka agak slow. Boleh dikatakan dia jarang bukak buku Sejarah. Tingkatan berapa pun dia dah tak ingat.

Kalau tidak ditanya Abit, sampai sekarang dia tidak tahu dia berada dimana.

Dia tiba di sungai. Tidak jauh juga dengan rumahnya. Timba-timba yang dibawanya diletak sisi sungai dan mengisinya.

Sempat juga dia bermandi manda membersihkan diri. Beberapa makhluk halus disana dipulaukan. Dia tidak mahu berurusan dengan hantu-hantu hutan. Selalunya mereka jenis yang mudah dikawal makhluk iblis.

"Air bersih yang tak tercemar memang terasa segar." Danny gembira.

"Daeng, macam bukan nama orang Islam, jadi macam mana aku nak solat ni?" Danny tergaru belakang leher.

Kesempatan itu, Danny cuba menangkap ikan dengan perangkap bubu yang dia jumpa dirumahnya. Ehem, rumah Daeng.

 Ehem, rumah Daeng

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
PERENTAS WAKTU COpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz