The reunion, the last hope ⁵

Start from the beginning
                                    

Belum sempat Is membalas bertanya lebih lanjut, terdengar seseorang menegur dari arah atas rumah tetamu. Saat ini mereka berdua di tangga.

"Is?"

Kedua beradik menoleh.

Tun Iskandar terkebil-kebil, dilihat satu wajah asing sangat feminin, rambut panjang ke pinggang itu bersama baju hanfu putih terlihat sangat memukaukan. Tun Iskandar terpanar sejenak.

Macam wau gituw..

"Ry? Kau okey tak?" Is menghampiri. Tapi entah mengapa melihat muka terkedu Khairy. Yang pastinya melihat Tun Iskandar yang juga menatapnya.

'Ah, aku lupa memperkenalkan dia ni abang doplegangger aku.'

"Dia Tun Iskandar, abang aku." Bisik Is buatkan Khairy tersentak.

"Hah?" Lah abang? Abang? Muka sebijik macam Is, maksud dia Is yang berada di zaman moden!?

"Ye aku tau kau terkejut, aku lagi terkejut. Benda mustahil pun jadi tak mustahil." Is tepuk bahu Khairy, ni baru Khairy, belum Danial dan Danny lagi. Rasanya reaction diorang lagi teruk dari Khairy yang cool ini.

"......"

"Engkau pulanglah, sebentar lagi harus bersanding." Is dengan selamba mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Tun Iskandar. Dia tersedar selepas itu.

"Aaaa benar juga. Ampunkan aku tersilap langkah kemari." Dia tergesa-gesa pergi, Is buat muka jijik. Jangan jatuh hati kat Khairy sudah.

"Apsal dia?" Khairy bertanya. Dengan kain pelikat je datang. Tahulah rumah sebelah je. Mujur tak ada orang kat kawasan perumahan tu, semua orang sibuk kat bahagian depan halaman rumah besar Temenggong.

"Entah. Lagi satu, kau buat apa-apa ke tadi?"

"Buat apa?" Khairy tak faham.

"Kau mainkan seruling tu." Is juih bibir dia ke seruling hitam dipegang Khairy.

"Haah, boring. Kenapa?"

Is terdiam. Dia tak rasa Khairy tahu apa yang dia dah buat. Rasanyalah.

"Bahayalah kuasa pukau." Tegur Is perlahan buat Khairy yang buat-buat tak faham itu akhirnya tersenyum.

"Oh, tu. Tahu, sorry. Tadi aku berangan nak pukau kau dari jauh bawak makanan kat aku."

"Otak kau." Terkejut Is. Semata-mata tu je?

"Alih-alih orang yang datang tu muka sebijik macam kau. Aku rasa aku silap bayang tu yang dia pulak muncul. Hehehe."

"Uish, power jugak kuasa seruling kau, bahaya kalau kau salah guna." Is teringat riak Tun Iskandar dah serupa orang jatuh cinta, nampak benor love love kat mata dia tadi. Uish, jangan dia macam tu je nanti bila jatuh cinta. Dia sendiri jijik sia tengok muka dia.

"Tahu, jangan risau." Khairy tumbuk bahu Is. Mereka berjalan beriringan ke dalam rumah. Ruang tamu di duduki. Beberapa dayang istana yang lalu di luar beranda sempat diminta berbuat air mereka berdua.

"Lepas habis majlis ni, kita pergi ke bukit chenor yang ada kaki pergunungan. Jauh jugak dari sini." Bincang Is tiba-tiba.

"Eh kenapa?"

Khairy berhenti mendadak, plan nak larikan diri nak balas dendamnya terbatal. Dia tak boleh pergi selagi Is, Danny dan Danial ada rencana lain. Sangkanya mereka akan berlindung dekat situ. Selamat sikit untuk mereka sebab banyak pengawal dan orang-orang penting. Tapi kalau dah pergi tempat lain, dia pulak yang risau.

PERENTAS WAKTU CWhere stories live. Discover now