UR 57

3.7K 147 15
                                    

Bunyi kuat membesarkan mata Hakeem sekaligus alis mengikut rentak wajah, tersedar dari lamunan diri, dia mencari punca dari bunyi yang sedikit nyaring tersebut. Hakeem yakin ia datang dari dapur dimana sudah pasti isteri dia turut di situ.

Semakin pantas langkah kaki Hakeem mengejar anak tangga untuk mendapatkan Khalea yang sedang sibuk menyusun dapur. Khalea langsung tidak membenarkan Hakeem untuk masuk ke dapur semasa sesi mendekorasi dan mengemas.

Risau jika lelaki itu tidak setuju dengan idea dia.

"Love" suara lembut Hakeem memanggil isterinya setelah tubir mata menelaah aktiviti yang sedang dilakukan Khalea.

Bersama baju putih Hakeem dan kain pelikat lelaki itu dipakai Khalea, dia menginjit kaki untuk menempatkan tuperware yang dia tahu akan digunakan hanya sekali setahun.

Pantas Khalea menoleh mendengar suara kasar suaminya. Dia lepaskan sengihan.

"What are you doing wifey" mendatar suara Hakeem mendekati isterinya yang wajah sedang comot dengan tepung gandum. Rambut Khalea dicapai lantas dia ikat mudah, bahu Khalea juga digenggam kuat membuat Khalea menoleh kearahnya.

"Ini bukan bedak sejuk sayang nak letak dekat muka" tegur Hakeem bersama jemari mula membuang segala tepung yang ada diwajah Khalea.

"Ada tepung ke?" polos soalan Khalea, tidak dia tahu keadaan wajahnya kini.

"Sayang nak masak apa? Biar abang tolong"

"No no nanti habis berselerak dapur sayang" balas Khalea tidak setuju dengan candangan Hakeem. 

Ternaik alis Hakeem mendengar perkataan berselerak, mata menjenguk ke setiap pelusuk dapur yang saat ini jauh dari perkataan kemas.

"Sayang tengah mengemas ke?" Hakeem menyoal mahu mengusik pemilik hatinya.

"I'm doing both, mengemas dan memasak demi menjadi isteri yang terbaik untuk kamu" sekali lagi Khalea menyengih yakin dengan kebolehan diri sendiri.

"Izinkan beta meringankan beban permaisuri beta" Hakeem membuka kata hikmah.

"EEEEEE geli geli je" Khalea menepis lengan Hakeem yang kian merayap ke perut dia, sekalian geli dan tidak senang dia dengan kerja.

"Sayang abang" panggil Hakeem lembut cuba kembali memeluk pinggang isteri dia dari belakang. Khalea langsung tidak membalas dan hanya meneruskan kerja dia mengaul tepung dan air untuk membuat jemput-jemput.

Hakeem lepaskan dagu sendiri pada bahu Khalea, haruman isterinya dihirup tanpa henti. Menenangkan jiwanya.

"Bila kita nak pergi honeymoon ni" rengek Hakeem. Sudah hampir sebulan perkahwinan mereka, Khalea masih tidak setuju untuk pergi honeymoon, bila ditanya isterinya hanya mendiam tidak berkutik. Hakeem pula tidak mahu memaksa sekiranya isterinya itu tidak mahu.

Walakin di sudut kecil hati lelaki itu terselit rasa yang terpendam.

"Boleh tapi bawa saya jumpa tareq dulu" degupan jantung Hakeem kian pantas mengepam darah ke seluruh badan. Wajah dia mengeras seakan saluran itu terhenti di sekian jalan.

"For wh-what" suara Hakeem hampir tidak keluar apabila Khalea mula merenung anak matanya dalam.

"Tiada sebab...saya cuma nak tahu keadaan dia sekarang" balas Kahalea yakin. Dia cuma ingin tahu apa yang telah terjadi pada lelaki itu.

Hati semakin melontarkan persoalan setiap kali suaminya mengelak untuk berbicara tentang Tareq seolah lelaki itu tidask pernah wujud dalam hidupnya.

"Saya tahu abang ingat, jangan bodohkan saya" tersentak Hakeem mendengar kata isterinya.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now