UR 44

3.1K 201 6
                                    

Riuh rendah suara kedengaran dari sebalik pintu bilik. Dia masih sedang bersiap bersama Aira disamping. Hari ini gadis freehair itu mengenakan shawl putih. Tersenyum Khalea melihat kecantikan Aira yang sedang bersinar bersama kulit putih mulus dia.

Pernikahan dijalankan di masjid besar berdekatan, jadi seluruh sedara mara sudah berpakat bersiap dan akan berangkat tidak lama lagi. Hakeem sudah siap dengan baju melayu warna coklat persis seperti dia.

Khalea terus melangkah keluar sesaat dia sudah berdandan. Keluarga mereka separuh sudah pun berada di masjid itu bagi menyiapkan perkara akhir.

"Fei, Ez mana?" dari dalam dia dengan suara Puan Sri Amina bertanya pada anak sulungnya.

"Dia dekat masjid dah mi" balas Hakeem perlahan. Khalea terus mendekatkan diri dengan keluarga itu.

Puan Sri Amina laju menoleh kearah Khalea yang baru sahaja menyentuk jejari kecil dia. Hakeem disitu sudah tercengang bersama mata yang membulat besar.

"Cantiknya sayang umi" pipi gadis itu disentuh lembut. Saling mendengar pujian Puan Sri Amina, Khalea tersenyum manis.

"Terima kasih umi...Khalea curi kecantikan umi sikit hehe" Hakeem tidak habis menoleh dua wanita kesayangan dia dihadapan. Sungguh hati dia berbunga-bunga.

---

"What the fxck" sepatah demi sepatah perkataan itu keluar tanpa suara. Masuk sahaja kedalam masjid, bukan pasangan itu yang menjadi perhatian dia tetapi kawan baik dia sendiri. Aileen.

Mata tegak merenung Aileen yang sudah tersengih-sengih memandang dia. Tangan Khalea ditarik perlahan untuk masuk bersama. Dia duduk bersebelahan dengan Puan Sri Amina manakala Aileen hanya beberapa orang diantara.

Mata dijeling kepada Aileen dengan mulut yang sudah terkumat kamit. Aileen datang bersama siapa? Khalea boleh agak mestilah bersama-sama Mr Crush dia kan.
Untunglah crush bawa datang ke rumah family...

Terasa lengan dia disentuh oleh Puan Sri Amina laju dia menoleh. "Kenapa umi?" soal Khalea pelik. Puan Sri Amina sudah mengangkat kening dan memuncung bibir ke suatu arah.

Tanpa menambah soalan Khalea mata mencari arah yang dituju Puan Sri Amina. "Tak lepas tenung kamu" hasil dari pencarian, wajah Hakeem yang dia lihat. Hakeem tersenyum dia juga membalas senyum.

"Ish jangan senyum...biar dia main sorang" marah Puan Sri Amina. Terus kendur senyuman Khalea. "Dasar gatal" membesar mata Khalea mendengar sambungan kata Puan Sri Amina. Adakah Puan Sri sedang mengutuk anak dia sendiri?

"Semua dah ada? Boleh kita mulakan?" semua disitu hanya menganggukan kepala sebelum tok kadi memulakan kerja dia.

Sepanjang doa dan acara penikahan, tangan Khalea langsung Puan Sri Amina tidak lepas. Dia menggengam sepenuh hatinya. Hati Khalea lapang dengan kehadiran wanita sebaik Puan Sri Amina yang sanggup terima dia seadanya.

Wanita ini juga penguat dalam dia meneruskan hubungan bersama Hakeem. Sekiranya dia harus berjuang sendiri, dia juga tidak mampu melawan belitan mulut manusia.

"Aku terima nikah Alesha Nafia binti Nazim dengan mas kahwin berjumlah 22.50 ringgit tunai"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Dengan itu selesai pernikahan Anaqi dan Alesha. Cucu pertama Nek Mun. Melihat tangisan pada wanita tua itu lelas Khalea mula mengosok belakang badan Nek Mun untuk menenangkan.

"Cucu nenek yang ni bila?" tangan Khalea yang sibuk mengosok badan dia capai. Dielus elus lembut tangan mulus itu sebelum dia lontarkan senyuman manis pada Khalea.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now