UR 42

3.1K 198 7
                                    

Selepas sahaja selesai kerja di pejabat, dia langsung pulang kerana dia perlu berangkat ke johor bersama Khalea selepas magrib. Hanya lakukan apa yang patut, Hakeem bergegas untuk menjemput Khalea dirumah sewanya. Ahli keluarga yang lain sudah bergerak awal.

Kereta mula memutar tayar disepanjang tiada penantian jalan. Kali pertama dia dah Hakeem bersama akan pulang ke kampung halaman lelaki itu untuk majlis perkahwinan sepupu Hakeem. Sepatutnya hanya Hakeem yang pergi namun Puan Sri Amina mendesak untuk membawa Khalea bersama. Dia sendiri yang memujuk gadis itu.

Mereka bergerak sesudah magrib supaya sebelum pukul 11 sudah target untuk sampai ke tempat majlis berlangsung. Keadaan agak bergegas dimana mereka berdua pulang agak lewat dari kerja pada petang tadi.

"Sayang" tegur Hakeem. Tangan menghantar Al Quran pada Khalea. Terjungkit kening gadis itu menonjolkan reaksi.

"Kenapa?" Soal suara lembut Khalea.

"Saya tak sempat mengaji tadi sebab tergesa-gesa" Hakeem menoleh sekilas. Mata masih fokus memandu.

"Checkkan bacaan saya boleh?" tak mampu menahan Khalea tersenyum lebar.

"Bolehh" dia excited.

تَبٰرَكَ  الَّذِيْ  بِيَدِهِ  الْمُلْكُ   ۖ وَهُوَ  عَلٰى  كُلِّ  شَيْءٍ  قَدِيْرُ  

Sebaris ayat pertama dari surah Al-Mulk, Hakeem baca lancar. Tenang hati dia mendengar ayat suci itu lancar keluar dari persisir bibir lelaki yang bakal menjadi imam hidupnya.

ٱلَّذِيْ  خَلَقَ  الْمَوْتَ  وَا لْحَيٰوةَ  لِيَبْلُوَكُمْ  اَيُّكُمْ  اَحْسَنُ  عَمَلًا   ۗ وَهُوَ  الْعَزِ يْزُ  الْغَفُوْرُ  

Alis mata Khalea hampir tertutup akibat perang rama-rama yang bermain diperutnya.

Lepas sebaris demi sebaris lancar sahaja setiap bacaan.
"Kalau saya cepat sangat bagitahu tau" tegur Hakeem.

Khalea hanya mengangguk berserta senyuman manis. Suara Hakeem merdu. Jantungnya berdegup kencang setiap baris dilafaskan bibir lelaki itu. Husband material sangat!

"Boleh saya habiskan lagi dua mukasurat?" soal Hakeem sejenak. Risau menyusahkan gadis itu. Setiap bacaan Hakeem Khalea susun dihati.

"Boleh awak" sisi wajah Hakeem ditenung redup. Khalea khayal dalam alunan surah yang menenangkan.

Magrib berlalu begitu sahaja. Hakeem berhenti membaca sesaat azan isyak dari telefon berkumandang. RnR dicari untuk berhenti solat. Kereta diberhentikan disisi jalan.

Hakeem keluar dari pintu terus ke bonet kereta untuk mengambil beg telekung Khalea untuk dibawa bersama.
Pintu bahagian Khalea dibuka perlahan. Senyuman berbalas senyuman.

"Jom, kita solat dulu" ajak Hakeem seraya Khalea keluar dari kereta. Mereka bergerak bersama beriringan. Khalea hanya mengikut.

"Nak pergi mana?" tanya Khalea melihat jalan mereka kearah tempat makan yang dipenuhi orang yang turut berhenti rehat.

"Saya solat dulu...love tunggu sini. Nanti saya siap, saya teman love solat. Bahaya duduk dalam kereta...tempat tu gelap" terang Hakeem.

Hati Khalea sudah berbunga bak musim bunga dijepun. Mekar. Bersama warna yang menyinar.

Khalea duduk dimeja makan melihat sekeliling. Tiada yang menarik perhatian dia walaupun perut sudah berbunyi sejak dari rumah. Bunyi tangisan dan gelak tawa kanak-kanak mengukir senyuman dibibir Khalea.

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now