Kereta mereka bergerak sehingga rakan-rakan mereka tidak lagi kelihatan. Perempuan itu kemudian menyandar di kerusinya. Dia menghembuskan nafas yang lemah. Boleh lihat bahawa dia sudah penat hari ini, banyak perkara yang dilaluinya.

Suaminya mengukirkan senyuman nipis. Dia kemudian bersuara.

"Awak tidurlah dulu. Nanti sudah sampai saya kejut ya?" katanya sambil menoleh ke arah Siti.

Isterinya mengangguk, dia setuju dengan kata-kata suaminya. Dengan izin Allah, dia terus terlelap di dalam perjalanan pulang ke rumah. Hilal memberikan pandangan kepada isterinya. Comel sungguh isterinya yang sedang tidur.

...

Selepas hampir 30 minit memandu, mereka akhirnya tiba di Seksyen 18. Hilal memarkir keretanya bersebelahan dengan motosikalnya.

Selesai sahaja, dia terus menoleh ke arah Siti. Lelaki itu mengukirkan senyuman.

"Awak, kita sudah sampai," bisiknya dengan lembut supaya isterinya tidak terkejut. Matanya perlahan-perlahan membuka, kelihatan Hilal betul-betul berada di depan matanya.

Dia sedikit terkejut. "Ya Allah, terkejut saya ..." dia menepuk dadanya berulang kali. Suaminya ketawa nipis, itulah terlelap lagi.

Hilal kemudian keluar daripada keretanya terlebih dahulu bagi membuka pagar kafenya. Rumah mereka berada di atas kafe tersebut.

Siti pula masih di dalam kereta, masih berasa sedikit malu. Bagi dia, ini semua bagaikan mimpi.

Ketukan daripada tingkap kedengaran. Hilal sedang menunggu di luar. Siti kemudian keluar daripada kereta tersebut. Matanya meluas.

Mattari Café, sebuah syarikat kedai kopi yang sangat masyhur. Bukan sahaja makanan dan minumannya sedap, malah telah diikitiraf oleh beberapa agensi-agensi luar negara. Salah satu agensi atau syarikat yang mengiktiraf kejayaan Mattari Café adalah syarikat yang dikendalikan oleh Kevin.

Kafe ini telah dibina hampir di seluruh asia. Sama ada di Jepun, Korea, China, Thailand, Singapura dan lain-lain. Di Europe, hanya dua tempat sahaja syarikat ini dibina, iaitu di Rusia dan Amerika Syarikat.

"Kenapa awak ada kunci untuk kafe ini? Nanti ada orang ingat awak pecah masuk pula ..." dia bersuara dengan perasaan yang ragu-ragu.

Hilal terdiam seketika. Mukanya kemudian berubah. Lelaki itu ketawa sekuat hati.

Siti pula terpinga-pinga, kenapa dia ketawa? Bukankah nanti ada orang berasa curiga dengan mereka?

"Ya Allah, sabar-sabar. Siti, masuk sahaja dulu. Nanti saya cerita ya?" dia menahan gelaknya. Nampak sangat bahawa dia sungguh terhibur dengan soalan isterinya tadi.

Dengan berasa malu, perempuan itu kemudian melangkah dengan cepat. Dia memuncungkan mulutnya.

Hilal menarik tombol pintu tersebut, membenarkan isterinya masuk ke dalam terlebih dahulu.

Perempuan itu melangkah masuk ke dalam. Siti merupakan seseorang yang sangat suka dengan air yang manis-manis. Jadi, semua jenis kafe adalah tempat kegemarannya.

"Wah. Tidak silap saya kafe ini baru sahaja dibuka!" dia melemparkan pandangannya di seluruh kawasan itu.

Hilal ketawa nipis, rupa-rupanya dia tidah tahu lagi bahawa syarikat Mattari merupakan syarikatnya.

"Saya kenal pemilik syarikat ini. Sudah, mari naik ke atas." dia memulakan langkahnya menuju ke belakang kaunter dan menyelak langsir. Dia kemudian naik anak tangga yang ditutupi langsir tadi.

Siti berasa segan, betulkah boleh naik begitu sahaja? Tanpa berfikir panjang, dia mengikuti gerak-geri suaminya.

Tiba sahaja di atas, Hilal menoleh ke arah Siti.

"Sekarang sudah pukul 2:50, ambil wudhuk dan terus solat zuhur," katanya sambil menunjukkan jarinya ke arah tandas. Perempuan itu mengangguk, dia kemudian terus mengambil wudhuk.

Lelaki itu pula masuk ke dalam biliknya dan menyalin pakaian. Dia menggantikan pakainnya tadi dengan baju melayu bagi menunaikan ibadah solat. Dia kemudian keluar untuk menjenguk keadaan Siti. Matanya meluas.

Kelihatan Siti sedang berada dalam keadaan bertelekung, ditutupi dari atas hingga ke bawah. Perempuan itu mendekati Hilal.

"Awak, boleh imamkan saya?" tanyanya dengan senyuman yang manis. Dia ingin bergurau dengan suaminya itu.

Malu, Hilal menoleh ke arah yang bertentangan. Dia kemudian mengangguk perlahan. Mereka kemudian bersedia di dalam saf.

"Allahuakbar." Hilal mengangkat takbir.

...

Malam sudah pun tiba. Kelihatan Siti sedang mengemas barang-barangnya di rumah Hilal. Maklumlah, baru sahaja pindah. Satu per satu, barang kerjanya diletakkan di atas meja yang disediakan oleh suaminya.

"Dia buat apa ya?" tanyanya.

Perempuan itu bangun dan jenguk di satu bilik yang terletak di bahagian hujung kiri. Dia membuka pintu itu dengan perlahan.

"Hilal-" Siti serta-merta menutup mulutnya.

Kelihatan Hilal sedang berada dalam mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa syarikat Mattari. Terlihat kameranya dibuka.

Siti yang tidak bertudung itu terus menutup semula pintu itu dengan perlahan. Tidak sangka Hilal sedang bermesyuarat, malah kameranya dibuka.

Disebabkan masih lagi baru, Siti hanya membuka tudungnya apabila Hilal tidak berada dalam bilik yang sama dengannya. Dia masih malu kerana selama ini dia tidak perlu membuka tudungnya.

"Aku pergi masaklah untuk dia. Selama lapan tahun, banyak resipi yang aku dah belajar." dia mencengkang pinggangnya.

Perempuan itu kemudian melangkah ke arah dapur. Dia mengeluarkan bahan-bahan mentah yang terdapat dalam peti ais itu.

"Hmm, zaman sekolah dulu dia pernah buatkan nasi goreng. Okey lah kita buat itu." dia menggengam tangannya.

Setelah menyediakan bahan dalam keadaan mise en place. Sebaik sahaja dia ingin mula, kedengaran pintu dibuka. Siti menoleh ke arah belakang.

Kelihatan Hilal sedang melangkah keluar dari biliknya. Rambutnya diikiat dengan tidak rapi. Baju yang dipakai nampak seperti dia baru sahaja bangun daripada tidur, tetapi mukanya masih lagi berkilat.

Dengan pantas Siti mengambil kain di sebelahnya dan menutup kepalanya. Perasaan gelisah apabila seorang lelaki melihat auratnya.

Hilal terdiam, dia terpinga-pinga. Mungkin dia malu?

"Erk, awak ini kenapa?" tanyanya.

Perempuan itu menundukkan pandangan. Dia mula berasa malu. Mesti Hilal berasa pelik lihat dia sebegini.

Suaminya mengukirkan senyuman.

"Awak masih malu ya? Perlahan-perlahan, nanti dah lama awak selesa. In Sha Allah." dia memegang tangan isterinya.

Pipi Siti menjadi merah. Mata mereka berdua terkunci antara satu sama lain. Mereka berdua terkaku.

Selepas seketika, Hilal melepaskan tangannya. Dia berasa malu dengan tindakannya.

"Er, maaf-maaf. Apa-apa pun, awak nak buat apa?" dia menjenguk di belakang perempuan itu. Kelihatan bahan-bahan mentah yang diambilnya tadi terpapar di atas meja tersebut.

Dia terpinga-pinga, kemudian menoleh ke belakang dan terus sedar.

"Oh! Saya ingat nak buat nasi goreng untuk awak ..." dia bersuara dengan nada yang rendah.

Hilal tersenyum.

Dia kemudian melangkah ke arah meja masak sambil menarik me Siti dengan lembut.

"Kalau begitu, mari kita buat sama-sama, okey?" dia memberikan pandangan kepada isterinya.

Siti terkedu, hatinya masih tidak boleh proses layanan lembut oleh orang dicintainya.

Perlahan-perlahan, dia mengangguk dengan segan.

"Hehe, jom."

BERSAMBUNG ...

Pertemuan Takdir: Jodoh TuhanWhere stories live. Discover now