"Lah tinggalkan aku macam tu je?" gumam Aisaar.

Aisaar melangkah masuk kedalam dan mengunci pintu rumah.

Sekarang ni Puan Iman dan Encik Khai tiada di rumah. Mereka ada kerja di Italy.

Zarith menolak pintu biliknya. Dia membawa isterinya duduk dibirai. "Sayang, abang nak pesan. Sayang kalau nak duduk luar kena ajak Aisaar tau."

Areysa menganggukkan kepalanya. "Tapi kenapa?"

Zarith tersenyum nipis. "Dia dah keluar."

Berkerut dahi Areysa apabila Zarith kata macam tu. "Apa yang dah keluar?"

"Fadhi." jawabnya. Areysa terkaku.

"Shh jangan nangis." Zarith meluru kearah Areysa. Tubir mata Areysa berkolam.

Zarith mendakap tubuh Areysa. "Shh abang ada. Abang akan lindungi sayang. Jangan risau."

"E-eysa takut."

Zarith menepuk perlahan belakang badan Areysa. Zarith meleraikan pelukkan itu lalu mengesat air mata Areysa.

"Jangan nangis tau? Wife sayakan strong, mana boleh nangis." ujar Zarith sambil tertawa halus. Dia mencuit lembut hidung Areysa.

"Abang promise dengan sayang yang abang takkan tinggalkan Eysakan?"

Zarith menganggukkan kepalanya. Zarith mencium lembut kepala Areysa.

"Dah sayang penat ni. Tidur ya?" Areysa jatuhkan kepalanya.

Zarith membantu menarikkan isterinya selimut. "Sleep well daisy."

Zarith melangkah kearah kamar mandinya untuk menbersihkan badannya. Selepas beberapa minit didalam, Zarith keluar  dari kamar mandi dengan hanya tuala dipinggang sahaja. Mata pandangannya tertancap pada cermin balkoninya.

Laju sahaja kakinya melangkah kearah itu. Sesekali Zarith mengerling wajah isterinya yang masih lena itu.

"Hey bro, aku akan ambil balik hak aku. And pesan dekat buah hati aku, i miss you."

Zarith mengepalkan tangannya. Dia menutup langsir bilik itu.

Zarith pergi kearah nightstand lalu mengambil iPhone miliknya. "Hello, dia dah berani buat anjing dekat rumah mertua aku." tanpa salam Zarith terus bicara.

"Okay, nanti aku follow dia dari jauh." jawabnya.

"Okay thanks Julian."

"Welcome. Ni Aisaar dah tahu belum?"

"Masih belum. Nanti aku kasik tahu."

"Alright aku matikan dulu." pamit Julian.

"Hm." Julian menamatkan panggilan itu. Zarith meletakkan kembali iPhone diatas nightstand.

Dia berjalan kearah closet untuk memakai baju. Zarith melangkah kearah balkoni bilik itu. Zarith memandang sekeliling kawasan perumahan itu.

Pandangannya terhenti pada sosok berbaju hitam yang sedang memandang kearahnya.

Zarith mengecilkan pandangannya tidak lama kemudian sosok itu lari.

Zarith tersenyum sinis. "Well. Game start."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now