"Eh sayang, dah-dah lah tu tunjuk hebat dekat abang. Ke nak suruh abang join sekali? Sayang nak tengok abang buat?" bebel Zarith sambil menutup shower itu.

Baru hendak mendukung isterinya itu, Zarith terlihat ada tompokan darah kering pada kaki dan lantai. Membulat matanya.

"S-sayang? Kenapa ni?"

Zarith menjadi cemas. Laju sahaja di melangkah keluar. "Sayang sabar."

Zarith meletakkan isterinya di seat sebelahnya. Nasib isterinya belum membuka baju. Dan dia tidak kesah akan kerusi itu basah akan sebab isterinya itu.

Sampai sahaja di hospital, Zarith duduk di kerusi luar. Dia menelefon ibu mertuanya dan ibunya.

Zarith beristigfar. Tangannya mengigil.

"Ad." panggil Tengku Zanira. Zarith mengangkat wajahnya.

Zarith melihat ada ahli keluarga isterinya. Cuma Aisaar dan keluarga kecilnya sahaja tiada disini.

"Macam mana dengan Eysa Zarith?" soal Puan Iman.

"Zarith taktahu. Balik je dari kedai Zarith cari Medina. Kat semua tempat takde. Masuk je dalam bilik, terdengar air dalam kamar mandi. Zarith tengok Medina dah pengsan."

"Eysa akan okay. Jangan risau ya?" kata Encik Khai.

"Ad kena banyakkan berdoa." pesan Tuan Arel. Zarith menganggukkan kepalanya.

"Keluarga Puan Areysa Medina?" soal doktor perempuan itu. Zarith menoleh kearah doktor itu dan berjalan kearahnya.

"Macam mana dengan isteri saya? Dia okaykan?"

"Sabar Ad." kata Tengku Zanira.

"Saya ada berita buruk untuk disampaikan untuk kamu semua. Tapi saya harap kamu semua dapat tabah dengan khabar yang akan disampaikan."

Zarith hanya mendiamkan dirinya. "Kenapa?" soal Zarith.

"Puan Areysa keguguran. Kandungan baru sahaja mencecah 7 minggu. Maafkan kami. Saya minta izin dahulu."

"Baik. Terima kasih." ujar Tengku Zanira. Zarith mendiamkan dirinya.

Air matanya mengalir. "Ad sabar."

"Bonda, anak Ad dah tinggalkan Ad bonda. Kami taktahu pun kehadiran dia." bicara Zarith dengan air mata yang mengalir.

Puan Iman didalam pelukkan Encik Khai. Manakala Airiel mendiamkan dirinya.

Tengku Zanira memeluk anaknya itu. "Ad, sabar sayang. Mungkin nanti Allah S.W.T akan bagi bila tepat waktunya sayang. Sabar, kita tengok Eysa dulu ya jom."

Zarith menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan masuk bilik yang ditempatkan Areysa.

Zarith menolak pintu bilik itu. Terlihat isterinya masih belum sedarkan diri lagi.

Zarith melangkah masuk dan melaburkan punggungnya dikerusi disebelah katil Areysa. Zarith menguncup tangan Areysa.

"Sayang. Bangunlah."

"Sabar sayang." pujuk Tengku Zanira.

"Ad tak layak jadi ayah ke?"

"Bukan macam tu, mungkin sekarang bukan waktu yang sesuai Ad untuk jadi ayah. InshaAllah kalau dah sesuai, Allah akan hadirkan malaikat kecil."

Zarith menganggukkan kepalanya. Dia setia masih menunggu isterinya sedar.

Beberapa jam kemudian, Areysa masih tidak sedarkan dirinya. "Ad, kami balik dulu ya? Nanti kalau Eysa dah sedar call kami." kata Tuan Arel.

"Baiklah." kata Zarith. Zarith menghantar pemergian ibu mertuanya dan ibunya di hadapan pintu.

Dia kembali duduk di kerusi dan meletakkan tangan kanannya diatas perut kempis isterinya itu. Dia menggengam tangan Areysa.

Areysa membuka matanya perlahan-lahan

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Areysa membuka matanya perlahan-lahan. Dia berasa ada beban diatas perutnya. Areysa menoleh kearah kanannya terlihat Zarith sedang tidur.

Areysa menggoyangkan sedikit tangan Zarith. Zarith seakan terganggu akan goyangan itu. Dia mencelikkan matanya.

"Sayang nak air?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "A-abang. A-apa j-jadi?"

"Kejap lagi abang kasik tau. Sekarang ni minum."

Areysa meminum dengan rakus. Zarith mengambil cawan dari tangan isterinya itu. "Abang nak bagitahu. Tapi sayang kena tabah."

Areysa berhati-hati menganggukkan kepalanya. Zarith menghela nafasnya. "Sayang baru je keguguran." jawabnya.

Areysa terdiam. Terkilan.

"B-betul ke?"

Zarith masih menganggukkan kepalanya. Zarith memeluk tubuh isterinya. Areysa menghamburkan tangisannya.

"Abang, maafkan Eysa."

"Shh kenapa?" soalnya dengan tenang.

"Sebab tak jaga an--"

"Shh takpe. Bukan rezeki kita, lagipun sayang taktahukan." pujuk Zarith lagi. Dia menepuk-nepuk belakang badan Areysa.

"Takpe. Next time kita buat lagi." terhambur tawa Zarith.

Areysa menjarakkan antara mereka lalu mengesat air matanya dengan kasar. "Eee dia ni kan."

Zarith tertawa terkekeh-kekeh. "Sorry-sorry. Tapi betul lah kan. Sayang nak baby?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "So kena lah buat lagi. Kalau tak macam mana nak ada."

"Ish benci lah dia ni." kata Areysa sambil menolak dada Zarith.

Hello! Happy Reading! HAHA betul lah tu jangkaan kamu semua yang kata Eysa pregnant tu

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Hello! Happy Reading! HAHA betul lah tu jangkaan kamu semua yang kata Eysa pregnant tu. hihi. wa tak reti lah buat pain hm

vote & comment

MRS. ZARITH ADHAM | CΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα