Prologue

369 19 0
                                    

"Aku nikahkah dikau dengan anak aku Widad Hafsya binti Wahid dengan mas kahwinnya seperangkat alat solat beserta seutas gelang emas tunai." gugup. Jantung Widad Hafsya bagai tidak berfungsi saat mendengar suara walidnya.

"Aku terima nikahnya Widad Hafsya binti Wahid dengan mas kahwinnya seperangkat alat solat beserta seutas gelang emas tunai." air mata yang ditahan Widad gugur. Mata dipejam bagai menerima hakikat bahawa dirinya bukan lagi seorang wanita yang bebas. Namun dia telah diangkat menjadi seorang isteri.

Sedari majlis bermula, Widad tidak pernah mendongakkan kepalanya walau sekali. Tidak sanggup untuk melihat wajah bakal suami yang telah dipilih oleh orang tuanya.

Ya, perkahwinan ini adalah perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga. Dengarnya, bakal suami Widad itu lebih tua darinya.

Widad baru berusia 25 tahun dan dia masih menyambung pengajiannya di universiti. Tetapi, bakal suaminya sudah berusia 33 tahun.

Perkahwinan ini diatur atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Widad menerima dengan lapang dada kerana dia percaya, jodoh yang dipilih oleh ibu bapa itu adalah yang terbaik buat dirinya.

"Widad, angkat la kepala tu. Suami nak sarung cincin." bicara mama Widad membuatkan dia  tersentak dari lamunannya.

Dengan nafas yang tidak teratur, dia muka mengangkat kepalanya untuk melihat ke depan.

Gulp.

Liur ditelan kesat saat melihat wajah tanpa riak milik suaminya. Suami. Ah, begitu asing perkataan itu baginya.

Widad mengerutkan dahi pelik apabila melihat jejaka itu menghulurkan tangan.

"Huh?" ujar Widad membuatkan mereka yang berada di situ ketawa.

"Astagfirullahaladzim Widad! Hulur la tangan tu. Uziel nak sarung cincin. Dia boleh mengelamun pula." Puan Asma iaitu mama kepada Widad bersuara.

Widad ketawa kekok. Lambat-lambat tangannya dihulur.

Uziel pula hanya menunggu dengan penuh kesabaran. Dia sendiri tidak percaya bahawa dirinya sudah menjadi suami orang.

Perkara yang hanya bermula dengan rancangan Puan Akma kini menjadi realiti.

Saat tangan Widad berada di tapak tangannya, cincin yang dipegangnya tadi disarung kepada jari manis Widad.

Kemudian, kepala Widad menunduk untuk menyalam kekura tangan kekar itu.

Uziel meletakkan tangan kanannya ke atas kepala Widad yang masih menunduk. Terkumat-kamit mulut jejaka itu berdoa.

Air mata Widad gugur sekali lagi apabila dia berasa sebak.

'Moga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.' doa Widad.

Kepala didonggakkan semula usai Uziel selesai membaca doa. Tangan yang berada dalam pegangan Uziel ingin ditarik itu terbantut apabila Uziel menahan.

"Err." Widad sudah salah tingkah.

'kenapa pegang tangan lagi ni !' getus Widad dalam hati.

Persoalannya itu terjawab apabila melihat kotak baldu merah panjang yang dihulurkan kepada Uziel.

Seutas gelang emas terlihat saat kotak itu dibuka. Gelang itu diambil oleh Uziel lalu kotak itu ditutup sebelum diletakkan di tepi. Gelang emas itu kemudiannya dipakaikan di pergelangan tangan kanan Widad.

"Terima kasih." ucap Widad sekadar ingin membuang rasa canggung.

Uziel hanya menganggukkan kepala tanpa bersuara.

Serentak itu, ruangan masjid itu riuh dengan suara Uwais dan Uzair iaitu adik kepada Uziel membuatkan tetamu yang hadir ketawa besar.

"Yeah! Along dah kahwin! Yuhoo, aku boleh conquer rumah." dah boleh agak siapa yang mengujarkan ayat terakhir itu.

Siapa lagi kalau bukan Uzair Zikri. Satu-satunya anak bujang Encik Ukasyah dan Puan Akma.

Setelah itu, bermula lah alam perkahwinan Uziel bersama Widad. Sikap Uziel yang pendiam serta dingin. Manakala sikap Widad yang aktif dan periang.

His Hyper Wife [Complete] ✓Where stories live. Discover now