"Hm...Ada logik juga cakap kau ni Damian. Esok aku suruh Muqris kentut jela. Membazir beli gelang semata-mata untuk acara batal air sembahyang." Taufiq menyokong kenyataan Damian. Mereka berdua melakukan high five.

"Dari kau suruh Muqris kentut, baiklah kau suruh dia 'unboxing' Ashal terus. Alang- alang dah batal air sembahyang, boleh mandi wajib."kata Dylan pula.

Ya Allah!

Aku rasa nak luku mereka bertiga. Ada ke patut dia cakap benda macamtu depan perempuan? Semua sepupu aku yang perempuan menunduk malu. Kak Yana pun buat -buat tak dengar. Aku? Rasa nak selam kepala dalam kolam tepi rumah.

"Ada yang nak kena halau rumah karang. "Aisya mengugut.

Taufiq, Dylan dan Damian bila bergabung boleh terbakar rumah ni. Puas aku halau Taufiq untuk balik tadi. Rupanya sebab ada D twins! Huh!

Tangan kanan yang siap berinai aku angkat. Diletakkan pula tangan kiri. Tiba- tiba bunyi telefon berbunyi untuk diangkat. Taufiq bercakap seketika sebelum dia menekan butang video call.

"Hello, future wife!" suara garau Muqris menyapa kuat kedengaran.

Sepupu aku yang lain sudah mula menyakat.

"Kenapa call?"soalku. Macamlah dia tak tahu malam ni aku sibuk. Dia tak apalah goyang kaki je.

"Saja. Rindu."

Jawapannya membuatkan sepupu- sepupu aku semakin galak menyakat.

Rindu kepala acik ko la!

Suasana di belakangnya tidak sesibuk suasana di rumah Angah. Patutlah boleh call.

"Esok jumpa kan. Apa masalahnya?"

"Esok dah jadi isteri orang. Malam ni belum lagi."katanya bersama sengihan.

Alamak! Apahal aku tengok dia handsome sangat malam ni? Aku alah betul kalau rambut dia jatuh depan.

Dahiku sedikit berkerut bila ternampak Nadiah membuat wajah meluat. Aik? Aku nak bercakap dengan abang askar aku tak boleh ke?

"Mana inai? Nak tengok." Dia cuba mengintai.

Taufiq ingin menukar kamera ke belakang tetapi aku menegah.

"Mana boleh. Tunggu esok."ujarku.

"Aku rasa macam nak nikah malam ni terus, Lan." Dia berseloroh.

"Boleh! Kalau tok kadi ada."balas Dylan.

Nak tergelak aku bila Muqris panggil Dylan dengan panggilan Lan. Macam Lan Todak je aku dengar. Hancur nama estetik Dylan.

"Dahlah. Pergi tidur awal, bangun awal. Boleh bangun solat sunat." Aku menghalaunya. Solat sunat tu alasan je sebenarnya. Aku dah bosan dengar sepupu- sepupu aku yang lain duk menyakat.

"Jumpa esok, future wife!" Panggilan dimatikan.

Selang beberapa minit selepas panggilan ditamatkan, Kak Yana siap mengukir inai ditanganku. Boleh tahan laju dia buat kerja. Hasilnya juga cantik dan kemas. Selepas itu, sepupu- sepupu aku yang lain berebut memakai inai. Tidak terkecuali Ayesha dan Husna. Aku tak sangka pula Nadiah pun join sekali. Ingatkan tak nak.

Tak elegant lah. Tak cantik lah. Malas aku layan. Nanti, aku juga yang bayar inai dorang.

Taufiq dan kembar D dah lesap entah ke mana. Dengar cerita pergi 'healing'. Elok juga dari dia kacau mak saudara yang lain. Tak ke naik darah tinggi semua orang tua tu.

Selesai membasuh tangan dari inai, aku menurutkan saja permintaan sepupu- sepupu aku untuk bermain TikTok. Trend terbaru katanya. Habis menurut kehendak mereka, aku duduk di luar rumah mengambil angin malam.

Mr Vader (OG)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon