"Lahh cucu menantu aku. Meh sini cium peluk." kata nenek Asiah. Ayra mencium dan menyalam tangan nenek Asiah.

"Eh Ad. Mana bini kamu?"

Mereka semua mencari dimana keberadaan Areysa. Zarith yang perasan akan ketiadaan isterinya itu terus menepukkan dahinya. "Allah! Ad lupa. Wife Ad dalam kereta tengah tidur." kata Zarith. Laju sahaja kakinya melangkah kearah keretanya.

Dia mengejutkan isterinya itu. Mereka yang melihatkan itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja. "Apa nak jadi dengan anak kamu tu Nira? Sampai boleh lupa isteri dia."

Tengku Zanira menggelengkan kepalanya. "Tahlah mak. Nira pun taktahu."

Areysa merenggek. "Erm."

"Bangun sayang. We have arrived to Kelantan."

Areysa membuka matanya perlahan-lahan lalu merenggangkan badannya. Dia meloloskan dirinya keluar sambil menggosok-gosok matanya.

Dia menyalam tangan nenek Asiah. Nenek Asiah yang melihat itu tersenyum. "Alahai, baru bangun ya? Takpe kalau Eysa ngantuk boleh masuk bilik." kata nenek Asiah. Areysa hanya menganggukkan kepalanya.

Zarith menyalam tangan neneknya. "Nek jangan bagitahu Medina tau yang Ad terlupa dia."

Berkerut dahi nenek Asiah. "Medina? Siapa pula? Budak mana kamu ni? Kamu ni baru kahwin dengan Eysa tu 4 bulan kot takkan lah kamu dah pasang lain?"

Soal nenek Asiah bertubi-tubi. Zarith yang mendengarkan itu terus beristigfar panjang. "Astagfirullah al azim nenek ni. Mana ada Ad duakan Medina. Ad sayangkan dia okay."

"Kata tak duakan Eysa. Nama perempuan lain je kamu sebut. Takde pun Eysa."

"Allah. Nenek, Ad panggil Eysa tu Medina nek. Nama diakan Areysa Medina. So Ad panggil guna second name."

Nenek Asiah yang baru faham itu menganggukkan kepalanya lalu menepuk lengan cucunya itu. "Lain kali beritahu lah. Jangan buat orang salah faham." kata nenek Asiah lalu berjalan masuk kedalam rumah.

Zarith yang melihat itu hanya terkebil-kebil sahaja. Zarith membawa semua bag pakaian kedalam dan dimasukkan kedalam bilik.

Rumah nenek Asiah ni takdelah besar sangat. Setakat 5 ke 6 keluarga boleh lah. Zarith menolak pintu biliknya itu lalu terlihat tubuh isterinya sedang tidur kepenatan.

Dia meletakkan bag ditepi almari lalu dia membuka aircord. Dia menolong isterinya membuka tudung dan stokin. "Haih ngantuk sangat sampai lupa nak bukak stokin dengan tudung. Alahai sayang, perangai pun comel." omel Zarith sendiri.

Dia berjalan keluar dari biliknya. Dia terdengar suara meriah datang dari arah dapur. Dia berjalan kearah dapur dan disitu sudah dipenuhi oleh makcik-makciknya.

"Hah Ad baru sampai?" soal Maklong.

Nenek Asiah ini adalah mak kepada bondanya. Jadi senang cerita, Tengku Zanira ni asalnya Kelate lah ya.

"Haa baru sampai maklong." balas Zarith. Maklong atau dikenali Tengku Faizah hanya menganggukkan kepalanya.

"Mana isteri kamu Ad? Dari tadi kami nampak isteri Zarif je ada dekat sini." tanya mak Edah atau dikenali sebagai Tengku Edah.

"Ada dalam bilik. Dia tidur, penat agaknya." jawab Nenek Asiah dahulu sebelum Zarith.

Mereka semua disitu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Zarith melaburkan punggungnya disebelah abangnya itu. Lalu abangnya membisikkan sesuatu.

"Jaga-jaga. Bala kejap lagi sampai."

Berkerut dahi Zarith. "Siapa bala ni?"

"Ala anak makcik. Si Athirah tu."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now