"Eh kita tanya dia, dia tanya kita balik." kata Zarith. Areysa tersenyum seakan tidak bersalah.

"Kalau Eysa, Eysa tak kesah pasal tu."

Zarith tersenyum nakal. "Ouh jadi boleh lah eh?"

Areysa hanya menjeling sahaja. "Kalau bab tu laju eh tanya itu ini. Dahlah abang Eysa ngantuklah."

Zarith menganggukkan kepalanya lalu membaringkan kepala isterinya diatas pehanya. Dia mengusap pipi isterinya itu.

Areysa sudah terlelap dengan sentuhan lembut daripada Zarith. Zarith yang melihat isterinya sudah terlelap. Tangannya masih ligat mengusap rambut panjang isterinya itu. Zarith menyandarkan kepalanya disofa lalu dia pun turun terlelap juga.

Beberapa jam kemudian, Zarith terdengar bunyi riuh diruang tamu. Dia membuka matanya dan terlihat Tengku Zanira dan Tuan Arel termasuk juga Zarif dan anak isterinya.

Membulat matanya dia terus memandang wajah Areysa yang masih terlelap. Dia terus menutup rambut dan aurat isterinya itu.

"B-bila korang balik?"

"Setengah jam yang lepas." jawab Zarif. Zarith menganggukkan kepalanya.

"Akak pinjam tudung." minta Zarith. Ayra hanya menganggukkan kepalanya lalu berjalan kearah biliknya. Beberapa minit kemudian, Ayra membawa tudung dan diberikan kepada Zarith.

"Terima kasih." ucap Zarith. Ayra tersenyum dan menganggukkan kepalnya dan berjalan kearah suaminya itu.

Zarith memakaikan tudung sarung pada isterinya. Lalu mengejut Areysa. "Sayang bangun.."

Areysa merenggek kecil. Semua disitu sudah tersenyum. "Manja betul eh isteri Ad? Selalu macam tu ke?" soal Tuan Arel. Zarith memandang wajah abinya dan menganggukkan kepalanya.

"Haah selalu macam ni."

Dia masih mengejut isterinya. Beberapa minit kemudian, Areysa membuka matanya. "Duduk yang." pinta Zarith. Areysa akur. Dia bangun dari duduknya dan menggesat matanya.

Pandangannya terhidang dengan ahli keluarga suaminya itu. Dia yang melihat itu terus menyebamkan wajahnya di lengan Zarith. Dia malu!

"Kenapa awak tak kejut?" bisik Areysa.

"Dah kejut lah. Dia yang tak bangun."

Areysa menjarakkan dirinya. Dia memandang wajah bonda dan abinya dan tersenyum. Mereka membalas senyuman itu.

 Mereka membalas senyuman itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now