"Dia macamni, ada sorang tu kan? Lawa sangat-sangat." Areysa yang mendengarkan itu hanya memandang tajam.

"Dia macam bidadari."

"Okay then? Why abang cerita dekat Eysa? Kalau dia lawa sangat asal tak kahwin je dengan dia?" soal Areysa dengan dingin.

"Sabar jangan marah." Areysa hanya mendengarkan sahaja.

"Dia tu lemah lembut. Sopan santun dan--"

"Kalau nak makan penampar Eysa, curang lah. Bukan setakat penampar je Eysa bagi. Tapi Eysa pijak lumat-lumat korang dua ekor." laju sahaja Areysa membidas.

Zarith yang mendengarkan itu menelan air liur dengan perit. Dia mahu membelai rambut isterinya, tetapi laju sahaja Areysa menepis.

"Alamak, abang gurau je sayang. Takkanlah abang nak curang dengan sayang. Nak dapatkan sayang bukan petik jari, kena ada effort. So kalau abang curang, sia-sia je effort abang." Zarith membela dirinya sendiri.

"Tau pun. Kalau Eysa dapat tahu memang lumat Eysa kerjakan."

Laju sahaja Zarith menjatuhkan kepalanya sebagai tanda faham. "Okay, dah malam jom tidur." ajak Zarith.

Baru sebentar Areysa melelapkan matanya. Zarith bersuara lagi. "Nak storytime lagi tak?"

"Tak payah! Tidur."

"Alah yang nakla--"

"TIDUR ZARITH ADHAM!"

Zarith terdiam dan laju sahaja dia melelapkan matanya. Tak mampu untuk bersuara lagi, dia takut. Bini dia garang.

Areysa berjalan kearah dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Areysa berjalan kearah dapur. Terlihat suaminya didapur. "Abang.." seru Areysa. Zarith yang sedang mengambil air di coway terus memusingkan badan.

Membulat matanya. Dia meletakkan cawan lalu meluru kearah isterinya. Zarith mengepung isterinya agar tidak dilihat oleh orang lain. Areysa memeluk tubuh Zarith.

"Hey kenapa keluar hm?" soal Zarith dengan lembut.

"Eysa cari abang."

"Abang kenapa kepung Eysa?"

"Sekarang kitakan dekat rumah bonda. Sayang lupa ke? Dalam rumah ni kan ada Zarif." balas Zarith.

Areysa menganggukkan kepalanya. "Buat apa dekat situ tu? Jom lah makan." ajak Tuan Arel. Zarith memusingkan badannya.

"Hah kejap. Ad dengan Medina naik bilik kejap. Kejap lagi kitorang turun."

Mereka menganggukkan kepalanya. Zarith berjalan menutupi aurat isterinya dari abangnya melihat. Sampai sahaja dibilik, Zarith terus mengambil tudung sarung isterinya dan dipakaikan di kepala Areysa.

"Sayang pergi basuh muka. Kita turun sama-sama." Areysa menganggukkan kepalanya lalu berjalan ke kamar mandi.

Setelah itu, mereka turun bersama-sama. Mereka labuhkan punggungnya dikerusi kosong. Zarith mengambil cawannya kembali.

Dia mencedokkan nasi lemak kedalam pinggan isterinya. Suasana di meja makan hanya sunyi sahaja.

"Ad, Ad ada plan ke nak bawak Eysa pergi honeymoon?" soal Tuan Arel. Zarith mengangkat mukanya.

"Dah." jawab Zarith sambil menanyangkan senyuman.

"Pergi mana?"

"Paling tidak kami pergi France je." balas Zarith.

"Eh nanti bawak lah balik ole-ole dari sana. Makanan ke orang sana ke." kata Zarfina.

"Ehem." tegur Zarif. Zarif memandang wajah adiknya itu. "Gatal eh kau?"

Zarfina senggih seakan tidak bersalah. "Habis orang dekat Malaysia tak sudi nakkan Fina, Fina carilah orang luar negara. Yeke idok?"

Zarif dan Zarith hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Manakala Ayra dan Areysa tertawa halus.

"Ada-ada je budak ni. Kerja pun tak dapat lagi. Ada hati nak kahwin." bidas Tuan Arel. Zarith dan Zarif tertawa terkekeh-kekeh.

"Takyah nak gelakkan oranglah." kata Areysa. Zarith memandang wajah isterinya itu. "Alah yang, budak tu bukannya selalu kena dengan abi."

Tajam sahaja Areysa memandang wajah suaminya itu. Zarfina mencebikkan bibirnya. "Fina nak kerja dengan abi. Tapi abi mana kasik."

"Bukan tak kasik ta--"

"Dah makan!" kata Tengku Zanira. Suasana yang bising tadi menjadi senyap apabila Tengku Zanira menegur. Mereka menyambung nenjamu selera.

Selepas sarapan, Areysa mengambil keputusan untuk duduk di luar rumah. Dia merendamkan kakinya kedalam kolam.

"Eysa okay kahwin dengan Zarith?" soal Ayra.

Areysa mengangkat wajahnya dan tersenyum. "Okay je. Lagipun abang soft spoken. Eysa suka."

Ayra tersenyum. "Alhamdulillah bagus lah tu. Lagipun dia memang nakkan Eysa dari dia balik France haritu." cerita Ayra.

"Maksud akak?" berkerut dahi Areysa.

"Eysa taktahu ke?" Areysa hanya menggelengkan kepalanya.

"Zarith memang dah plan nak dapatkan Eysa masa dia balik France. Dia cerita dekat kami tentang Eysa. Dia pun ada cerita time Eysa confess dekat dia." merah wajah Areysa.

"Akak janganlah cerita tentang confess tu. Segan lah Eysa."

Ayra tersenyum. "Takpelah. Itu tandanya Eysa berani buat sesuatu."

"Lagipun dia memang mintak tolong kami untuk dapatkan hati Eysa. Dia banyak mintak tips dekat kami."

Areysa yang mendengarkan itu terharu. Tubir matanya berkolam. Ayra yang melihat itu menjadi panik.

"Akak ada salah cerita ke?"

Areysa tertawa apabila melihat wajah panik Ayra. "Taklah. Eysa terharu sebab abang sanggup tanya orang semata-mata untuk dapatkan Eysa." Ayra menganggukkan kepalanya.

"Dia memang sanggup buat apa-apa sahaja demi apa yang dia mahukan." beritahu Ayra lagi.

haii!! selamat petang sayang!vote & comment <33

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


haii!! selamat petang sayang!
vote & comment <33

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now