10

26 4 0
                                    

10:00 a.m.

Airell menapak keluar dari kelas yang kini menjadi tanggungjawabnya. Fuh, first day jadi guru pun kemain penatnya! Tapi, Airell seronok. Bidang pendidikan adalah bidang yang diminatinya selain bidang yang diceburinya sekarang. Tidaklah sia-sia saja sijil DPLI nya selama ini. Airell menukar arah, bergerak menuju ke kafeteria sekolah. Sekarang, waktu rehatnya. Kelas seterusnya bermula petang nanti. Waktu rehat inilah kesempatannya mahu mengorek sebanyak mungkin rahsia sekolah elit ini— dengan mendengar gosip-gosip hangat guru-guru semasa sedang menjamu selera

" Inilah cikgu ganti yang baru tu ya? Muda lagi! "

Tersengih simpul Airell tatkala dirinya ditegur beberapa orang guru senior yang berada di kafeteria. Sejak dia mula melaporkan dirinya di sekolah elit itu tadi, rata-rata guru memuji rupa parasnya yang kacak itu. Tak pernah putus ayat pujian yang dia dengar sejak tadi. Airell tersenyum bangga dalam diam.

" Cikgu ni dah kahwin ke? "

Erk...

Airell terkebil-kebil. Tidak jadi tangannya mahu mencedok lauk-pauk ke dalam pinggan. Brek mengejut! Tidak menyangka pula soalan cepumas itu bakal disoal. Airell tayang senyuman kekok, " Saya bujang lagi, cikgu. Haha. Siapa je nak saya ni. Lagipun, saya baru je tamat belajar. Nak kumpul duit dulu. " Bersungguh Airell memberitahu. Walaupun hakikatnya dia sebenarnya tak perlu simpan duit pun. Bekerja sebagai perisik professional di bawah syarikat milik keluarga Hazer ini sudah lebih dari cukup!

Tapi, macam tak sesuai dengan situasi pula. Tadi, dia datang ke sini dengan kereta mewah miliknya. Mahu dia kantoi dengan cikgu-cikgu di sini. Konon nak simpan duit, kereta sendiri pun dah beribu-ribu harganya!

" Apa pula tak ada orang nak? Cikgu tak nampak ke ramai dah beratur nak tunggu cikgu masuk minang tu? "

Mata Airell beralih ke arah belakang guru bernama Salmah itu. Adalah 3-4 orang staf di situ sedang tersengih-sengih ke arahnya. Melihat pada wajah mereka, rasanya mereka semua juga guru-guru senior di situ. Airell tertawa, terhibur betul dia melayan kerenah guru-guru di sini. Hilang serabutnya tentang misi yang sedang dia galaskan kini. Airell melangkah ke arah satu meja yang sudah diduduki seseorang. Hanya dia seorang. Lelaki itu menghampiri, menyapa gerangan itu dengan pakej senyuman pencair hati.

" Assalamualaikum, boleh saya tumpang makan dengan cikgu sekali? "

Guru wanita itu tersentak, tidak sedar langsung kehadiran Airell di hadapan. Cepat-cepat dia mengangguk, berdehem perlahan, " W–Waalaikumussalam. Er, duduklah. " Airell tersengih, terus dia letakkan pinggan di atas meja. Mata coklatnya cuba mencari nametag milik guru muda bertudung hijau muda itu.

Aiyani.

" Cikgu Aiyani. Cikgu dah lama kerja sini? "

Airell memulakan perbualan. Sebenarnya sejak dia masuk ke dalam ruang kafeteria khas buat kakitangan di sini, matanya menangkap susuk tubuh Aiyani yang duduk seorang diri. Tidak bergaul dengan guru-guru yang lain. Seperti menyendiri. Cepat-cepat saja dia datang ke meja Aiyani.

" Tak lama sangat pun. Dalam 3 bulan macam tu. "

" I see. So, how? You suka kerja dekat sini? Share lah dengan I. You tahu I baru lapor diri tadi, kan? Eh, ya Allah. I lupa nak kenalkan diri I. I, Airell. " Tingkah spontan Airell itu hanya dibalas dengan senyuman nipis milik Aiyani. Entah kenapa Airell merasakan ada benda yang tidak kena dengan gadis itu. Reaksinya. Cara dia bercakap.

Macam ada sesuatu yang Aiyani sorokkan.

" Nice to meet you, cikgu Airell. "

" Oh, please. Call me Airell je. Kita nampak sebaya. Tak perlu formal sangat dengan I. Now, ceritalah dengan I. Macam mana sekolah ni punya environment? You happy kerja sini? "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

anti-hero.Where stories live. Discover now