3

33 6 0
                                    

Paws of Joy

" Nini, tolong tutupkan pintu sekejap. Aku nak keluar buang sampah. Nanti ada yang menyelinap keluar. "

Suara Vivian melaung kuat memanggil Nini, tangannya penuh dengan beg sampah hitam yang perlu dilupuskan segera. Itu semua sampah daripada bungkusan makanan milik kucing-kucing yang tinggal di sini. Selain perkhidmatan vet dan spa kucing, hotel kucing pun ada dekat sini. Malah setiap pekerja yang bekerja di bawah Dayini semua ada kucing sendiri. Macam-macam jenis baka, macam-macam perangai!

Nini yang sibuk membersihkan kandang kucing milik pelanggan itu tidak perasan dengan arahan Vivian. Ralit sangat buat kerja dengan telinga disumbatkan dengan airpod. Mulutnya menyanyi kecil. Sudahnya, pintu kedai dibiarkan terbuka begitu saja. Ketika itu jugalah Dior berada di situ. Mata bulat milik si bulus itu seakan bercahaya tatkala melihat pintu kedai terbuka luas. Seakan-akan menarik perhatiannya, melihat kereta yang lalu-lalang dengan laju. Maka, kaki pendek itu laju melangkah keluar dari kawasan klinik itu.

" Eh, mana Dior? "

Dayini yang baru kembali dari ruang belakang tercari-cari si bulus milik lelaki kaya itu. Rasanya tadi dia letak Dior bermain di kawasan ini saja. Menghilang lah pula. Dan, ketika itulah mata Dayini membulat melihat pintu ternganga luas. Mata itu juga menangkap Dior yang makin laju bergerak bebas di luar, menghampiri jalan raya yang semakin sibuk. Peak hour. Orang mula bergerak pulang dari pejabat.

" Ya Allah, Dior! "

Segera Dayini berlari keluar dari situ, mendapatkan Dior. Tidak langsung dia peduli lagi dengan makanan kucing yang berterabur di atas lantai dek kerana tindakan reflex tadi. Apa yang penting sekarang, kucing milik pelanggan itu perlu diselamatkan terlebih dahulu. Bagai The Flash, Dayini kini berada di tengah jalan bersama Dior dalam dukungannya. Itupun tangannya habis dicakar ganas oleh Dior. Geram agaknya si bulus itu bila pergerakannya terbatas. Dayini masih berdiri di situ, tidak sedar trafik mula bergerak semula.

" Hoi! "

Rasa macam badannya ditarik ke tepi, kasar. Hampir saja pelukan pada tubuh Dior terlepas. Terkejut dengan apa yang berlaku. Dayini menutup matanya seerat mungkin, menggigil mahu membayangkan keadaan diri dan Dior jika tiada orang tariknya kembali ke tepi tadi. Tak memasal nanti dirinya menjadi manusia penyet di tengah jalan. Ya Allah, minta dijauhkan. Ngeri sungguh!

" Are you insane? Suicide with a cat? "

Satu suara garau menegur Dayini, lembut tapi sarkastik. Tidak pasti ada apa dengan nada suara itu. Dayini perlahan-lahan membuka mata. Kedua-dua belah lengannya masih digenggam oleh gerangan yang telah menyelamatkan nyawanya yang berada dihujung tanduk tadi. Mata itu menikam tepat ke arah mata milik si dia. Terkedu Dayini. Warna amber. Cantik. Getus Dayini dalam hati. Ralit dia memerhati sepasang mata cantik milik lelaki itu sebelum dia ditegur lagi.

" Hey, are you listening? "

" S–sorry! "

Dayini cepat-cepat menolak badan lelaki yang berada dekat dengannya tadi. Dior dalam dukungan masih dipeluk erat, bagai tak mahu lepas gamaknya. Seriau! Risau si bulus itu terlepas lagi. Lelaki bermata unik itu mengangkat keningnya. Mata ambernya turun, memandang Dior yang diam dalam pelukan Dayini. Senyuman naik di bibir.

" Kucing cantik macam ni awak ajak bunuh diri sama-sama? "

" I'm not! D–Dia terlepas dari klinik. I was trying to get her. Saya lagi sanggup mati daripada biar Dior mati. "

Lantang suara Dayini membalas, cuba menyaingi bunyi bising yang datang dari jalan raya. Garang saja mata gadis itu mencerlung ke arah lelaki tinggi di hadapannya kini. Hilang terus rasa kagumnya pada mata unik milik lelaki asing itu. Sangkanya dia lelaki itu orang luar. Tidak serupa orang Melayu. Tinggi dia juga lain macam. Tinggi Dayini hanya paras dadanya saja.

anti-hero.Where stories live. Discover now