6

37 6 3
                                    

Hazer bersiul santai memasuki ruang tamu kediamannya selepas urusannya selesai dengan si triplets. Pada tangannya masih setia memegang sampul surat berwarna coklat. Tak mahu lepas. Ibarat yang ada dalam sampul itu dokumen projek juta-juta milik syarikat. Walhal yang ada hanya maklumat tentang Dayini saja. Dior turut mengikut langkah dari belakang. Laju si bulus itu naik ke atas sofa, menggesel badannya pada tangan Hazer. Alah, gedik betul!

Mata mummy nya, Datin Esmelranda memerhati anak bujangnya itu dengan pandangan curiga. Terbantut terus fokus pada drama yang ditayang di television. Happy semacam saja Hazer ni. Entah apa yang menggembirakan hati dia tu. Padahal siang tadi, masam mencuka saja wajah Hazer bila namanya dipetik. Menjadi pewaris yang seterusnya.

" You look so happy, son. Sengih macam kerang busuk. Tak nak share good news dengan mummy ke? "

Datin Esmelranda menegur. Anak matanya melekat pada wajah Hazer. Hazer tersengih kekok. Tidak sedar pula kehadiran mummy dekat sini. Dia fikir hanya dia saja di situ, " Good news? Tak ada apa lah, mummy. " Hazer cuba berdalih. Ikutkan hati mahu saja dia minta pendapat Datin Esmelranda tentang Dayini. Tapi, nanti kang dicop gelojoh pula. Gelojoh nak kahwin. Haha.

Tapi, umurnya sekarang dah cukup sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Jadi, tiada masalah pun kalau dia bercakap terus terang dengan Datin Esmelranda untuk bernikah. Silap hari bulan, mummynya terus angguk setuju.

Tumpuan sepenuh hati diberi pada si anak bongsu. Volume television juga diperlahankan, " Mustahil tak ada apa. Cepat, share dengan mummy. Ada kaitan dengan company ke? "

" Bukan, my. " 

Hazer menggosok leher, rasa serba-salah. Tak tahu nak bercerita atau tidak. Malu satu hal. Rasanya selama ni dia tidak pernah pun membuka cerita pasal mana-mana gadis yang dia suka dengan mummy. Sebab dia sendiri tidak berminat. Satu lagi, tiada masa! Waktu pagi, dia suka sibukkan diri di pejabat Hayden. Kalau ada kerja, dia turun padang sampai tak ingat nak balik. Waktu malam pula melepak dengan Adriel, Aideil dan Airell.

Datin Esmelranda mengecilkan mata, tersenyum mengusik, " Hazer dah jumpa bakal menantu mummy ke? "

" Ha? Mummy kenal Dayini ke? "

Spontan, Hazer menyoal dengan mata membulat. Mendengar tawa mummynya yang semakin kuat itu, baru lelaki itu tersedar sesuatu. Dia tersalah mendengar soalan tadi. Memerah padam telinga Hazer. Bibir diketap erat, wajahnya sedikit kelat. Ha, padan muka! Nak sorok-sorok lagi. Sekarang tersasul sendiri.

" Dayini? Lawa nama dia. Bawalah Dayini datang jumpa mummy dekat rumah. Mummy nak jumpa juga orang yang dah buat Hazer gila bayang macam ni. "

Datin Esmelranda tersenyum penuh makna, menyakat. Dalam diam, Hazer menyimpan rahsia yang satu itu. Dia fikir anak bongsu dia ni tahu nak kerja dan melepak saja. Dahlah yang dia melepak tu pun dengan lelaki. Tak ada langsung yang berlawanan jantina. Sampai satu tahap dia fikir Hazer ni tiada rasa suka pada perempuan. Sebijik perangai Hayden. Yang berbeza antara dua beradik itu hanya perangai saja.

Hayden yang tenang, Hazer yang terlebih manja.

" Nak harapkan abang awak tu, sampai ke sudah tak nampak bayang menantu mummy. Keluar masuk Malaysia setiap bulan, tak ada pun bawa balik bini made in Russia ke, made in London ke,  made in Japan ke. Dia bawa balik employee lelaki untuk kerja dekat company adalah. Huh. "

Sempat lagi Datin Esmelranda memerli. Bengang agaknya. Hazer telan air liur. Lain macam bebelan mummy malam ni. Sudahlah yang kena dengar hanya dia seorang. Hayden masih di luar. Daddy sibuk uruskan kerja dekat office di tingkat 1 banglo. Terpaksalah dia menadahkan telinga mendengar mummy berleter. Silapnya juga tadi sebab tersebut nama Dayini. Haih, dah kalau angau setiap masa pun fikir tentang gadis itu.

anti-hero.Where stories live. Discover now