Setelah berjumpa dengan Zarfina dan Adra, Areysa pergi ke pejabat abangnya. Semasa dia ingin masuk kedalam pejabat itu, dengan tidak sengajanya dia terserempak dengan Zarith.

Mereka membalas pandangan. Zarith tersenyum, manakala Areysa hanya menanyangkan wajah biasanya sahaja.

Dah beberapa kali dia datang office Aisaar, mesti terserempak dengan si Zarith ni. Dia takde kerja lain ke?

"Awak kerja apa sebenarnya ni? Asyik jumpa awak je bila saya pergi office abang saya." soal Areysa dengan dahinya berkerut.

Zarith tersenyum. "Saya? Kerja apa? Meh saya bagitahu. Kerja saya sebenarnya mengejar cinta awak kembali. Disebabkan awak penat kerja cinta saya, biar kalini saya kejar cinta awak. Cia cia cia."

Tercengah Areysa mendengarkan itu. Dia sebenarnya tidak faham dengan jawapan lelaki itu.

Dia hanya merenung sahaja anak mata Zarith. Lama dia berdiam diri. "Sumpah tak kelakar." kata Areysa.

Zarith sudah tertawa kecil. "Saya ada je kerja. Tapi tulah setiap kali saya free je, mesti akan terserempak dengan awak."

"Tu pickupline juga ke?"

"Kalau awak rasa ya, ya lah kot haha."

Areysa hanya menjeling sahaja kearah Zarith. "Awak dah fikirkan ke lamaran tu? Apa jawapan awak?" tanya Zarith

Areysa menghela nafasnya. "Kamu nanyak?"

Zarith tersenyum dengan tingkah Areysa. "Jawab betul-betul lah."

"Kamu nanyak?"

"Eh kau tunggu nanti aku dah dapat kau memang aku babap kau Medina." kata Zarith dengan perlahan. Ayatnya itu dapat didengari oleh Areysa.

"Apa awak kata? Saya kurang dengar lah."

Laju sahaja Zarith menggelengkan kepalanya. "No no takde pape."

Areysa mengecilkan pandangannya.

"Awak dah fikir belum sayang?"

Areysa hanya mengangkat bahunya sahaja dan meninggalkan Zarith dibawah. Sampai sahaja di tingkat yang ingin dituju. Areysa menolak pintu bilik Aisaar.

Dia meloloskan dirinya masuk kedalam. "Abang ada buat appointment dengan Zarith?"

Aisaar memandang wajah Areysa. Dahinya berkerut. "Appointment dengan Zarith?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Takdelah."

"Habistu tadi dia dekat bawah--"

"Assalamualaikum papa Aeman dan suami Aafyah!!" sapa Zarith dengan cerianya.

Areysa dan Aisaar memandang kearah Zarith yang sedang berdiri dipintu.

"Kau lain kali jangan sergah boleh tak?"

"Waalaikumusalam." jawab Areysa.

Zarith hanya menggarukan belakang lehernya.

"Kau ada apa datang sini?" soal Aisaar.

"Saja je datang jumpa bakal abang ipar."

Areysa hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Eysa balik dululah bye abang."

Zarith dan Aisaar hanya melihat sahaja pemergian Areysa. Apabila bayangan Areysa sudah hilang, Zarith datang kearah Aisaar lalu melaburkan punggungnya dihadapan Aisaar.

"Kau dah dapat jawapan?"

"Dia tak jawab." jawab Zarith. Dia mengambil pen diatas meja Aisaar lalu memusingkan pen itu.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now