Areysa punya pipi sudah menjadi merah seperti tomato. Dia malu.

"Ada nak pergi mana-mana lagi?"

Areysa menggelengkan kepalanya. "Okay, saya hantar balik ya? Sebab kejap lagi saya ada meetings."

"Okay." balas Areysa. Mereka berjalan sampai ketempat parking kereta. Mereka meloloskan dirinya masuk kedalam. Kereta Suzuki Swift meluncur kembali diatas jalan raya.

 Kereta Suzuki Swift meluncur kembali diatas jalan raya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Julian tersenyum kearah seseorang jejaka. Mereka berjambat tangan. "Weh bro, lama tak jumpa."

Jejaka itu tersenyum. "Tulah lama tak jumpa." Tidak lekang senyuman dari bibik jejaka itu.

"Kau sihat?" soal jejaka itu.

"Macam ni lah kau nampak Zarith." balas Julian. Zarith menganggukkan kepalanya sahaja.

"Mana Aisaar?" soal Zarith sambil mencari kelibat rakannya lagi sorang. Sudah 4 tahun mereka tidak bersemuka.

Aisaar melangkah kearah mereka. Aisaar tersenyum lalu memeluk dan menepuk belakang badan Zarith. "Ehh lama tak jumpa. Kau sihat?" soal Aisaar.

"Alhamdulillah aku sihat je. Pergh makin sado eh korang lepas kahwin?"

Aisaar dan Julian tertawa. "Aku je makin sado. Julian tu makin boroi."

Terletus tawa mereka bertiga. "Eh boroi-boroi aku pun, Intan still sayang aku tau." kata Julian.

"Aku tak cakap pun kau boroi, Intan tak sayangkan kau." bidas Aisaar.

Zarith hanya menggelengkan kepalanya sahaja. "Rindu sia nak kumpul 3 orang macam ni."

Aisaar dan Julian menganggukkan kepalanya. "Tulah. Rindu." kata Aisaar.

"Tau pun rindu, tapi kau bawak diri sampai ke France tu apahal?" kalini Julian bersuara.

Zarith tersenggih. "Alah aku bawak diri pun just tenangkan diri aku lepas kena curang dengan Faiqah."

"Eleh tenangkan diri konon. Tenangkan diri tup-tup dah 4 tahun kau dekat sana."

Zarith menggaru keningnya. Dia pun tak pernah terlintas mahu duduk di France tu lama-lama. Dia ingat nak duduk sekejap je, alih-alih dah 4 tahun dia bawak diri.

"Kitorang dah cakap dah Faiqah tu curang belakang kau. Kitorang siap bagi hint lagi. Tulah kau, bodoh asyik nampak dia punya perangai yang baik je." sindir Julian.

"Alah mana aku tau--"

"Taktahu konon. Kitorang siap bagi gambar tau yang Faiqah tu curang. Tapi kau kata apa? Maybe orang dalam gambar tu kembar 2 pelanduk dia." sindir Julian lagi.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now