"I'll talk to her first."

"Kau dekat kelas pun boleh bercakap dengan dia. Jom, Delilah!" Merengus geram, Diaz tarik tangan Delilah buat kesekian kalinya.

Qash pula kekal dengan pendiriannya. Turut dipaut lengan gadis itu namun pantas ditepis oleh Diaz.

"Eh, eh.. no touching!"

Hampir terbeliak mata Delilah saat Diaz menolak tubuh Qash ke belakang. Pegangan jejaka itu pula semakin erat di tangannya.

"Diaz!"

Dua jejaka itu saling berlaga mata. Qash dengan tenungan datarnya, manakala Diaz pula merenung tajam dan geram. Delilah tahan Diaz yang seakan mahu membaham Qash.

"Aku pergi kelas dengan Qash." Putusnya laju. Tidak mahu kedua-duanya semakin tegang.

Pandangan Diaz jatuh pada Delilah. Hendak tak hendak, dia akur dengan permintaan gadis itu. Sempat dia memberi jelingan sinis kepada Qash sebelum menghayun kaki dengan laju. Tak puas hati!

Qash dan Delilah berjalan seiring dengan senyap menuju ke bangunan kelas mereka. Langsung tiada sebutir kata untuk beberapa minit. Delilah diam berperang dengan perasaan sendiri. Kehadiran Qash di sebelahnya kini buat dia tidak senang hati. Gusar dan gelisah tak tentu hala kerana dia tahu, Qash pasti akan menyebut perihal gambar kelmarin.

"Kau tumpang dia?" Tiba-tiba Qash bersuara. Tak nyaring. Tak juga perlahan.

"Ha'ah.." Delilah menyahut sepatah. Dia tak rancang pun nak menumpang Diaz sebenarnya. Pakcik Razak sick leave jadi Tuan Amza memberi arahan untuk mereka ke kolej bersama. Anehnya, Diaz langsung tidak membantah.

"So it's true.."

"What?"

"Kau dengan Diaz.." Lambat-lambat Qash mengucap kata.

Delilah terpempan bila dia dikaitkan dengan Diaz. Apatah lagi melihat renungan Qash kala ini. Pandangan yang sukar dimengerti. Seperti kecewa. Seolah meminta kepastian.

"Tadi.. kau nak cakap pasal apa?" Lantas, Delilah menukar topik. Berbalik kepada tujuan utama mengapa Qash tidak sabar-sabar hendak bercakap dengannya.

"Pasal kita."

"Huh?"

Delilah tak hairan, melainkan terkejut. Betullah sangkaannya sebentar tadi. Qash pasti mahu mengupas tentang gambar yang dia nampak tu.

"Gambar yang kau nampak dalam wallet aku semalam..-"

"Gambar mana?"

Dan entah bagaimana, laju saja mulutnya membalas dengan wajah yang penuh kepura-puraan.

Tidak. Dia tidak bersedia lagi untuk berdepan dengan seorang Yan yang pernah dia kenali suatu ketika dulu. Alasannya biar dia saja yang tahu.

Qash terlihat hairan dan bingung. Langsung tidak menjangkakan ucapan Delilah kerana sangkaannya benar-benar jauh meleset.

"Sorry, aku tak perasan pun. Aku cuma tengok kad kau. Banyak betul! Pinjam seratus, boleh?" Gurau Delilah sambil ukir senyum plastik. Masih berpura-pura tidak mengetahui tentang gambar itu.

"Kau tak nampak?"

Geleng. Berubah riak wajah Qash. Dari riak berharap bertukar sebal dan datar. Dia tertunduk untuk seketika sebelum menyambung kata.

"Tak apalah kalau macam tu."

Senyap lagi. Sedikit sebanyak Delilah mula dihurung rasa bersalah. Silap ke dia menyembunyikan hakikat bahawa dia sudah mengenali jejaka itu sebagai Yan?

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now