Bukan dia tak punya idea. Ada sahaja. Cuma, tak salah rasanya dia kembangkan lagi plan bersama kaum yang sejenis dengan isterinya. Perempuan kan paling kenal perempuan.

Halwa mengangguk kecil tanda mengerti. Dan Nadhif hanya diam sahaja.

Pintu bilik yang tertutup dipandang dan untuk kali yang kesekiannya, keluhan lemah dilepaskan.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

T

ERSEDAR dari lena, Nufa terus menoleh ke arah sisinya, lebih tepat lagi ke tempat Nadhif beradu. Berkerut terus dahi bila tiada Nadhif. Terus Nufa bangun dari baring dan badan kaku seketika bila lihat susuk tubuh yang tegak berdiri di hadapan katil.

Nadhif sedang solat.

Mata terus pandang jam dan angka 3:37 tertera di gadjet digital itu. Kemudian, Nadhif yang masih lagi khusyuk dengan solatnya dipandang diam-diam tanpa suara.

Nufa bersandar di kepala katil. Bantal Nadhif ditarik dan dipeluk erat. Entah kenapa hati ini sebu dengan kesedihan melihat Nadhif begitu.

Tubir mata yang sudah mula basah, Nufa lap dengan hujung jari. Pun begitu, dia masih lagi diam-diam memandang Nadhif. Sampai Nadhif beri salam, Nufa masih lagi tidak lepas memandang.

Mungkin Nadhif tifak perasan, kerana itu usai salam Nadhif terus berdiri dan mengangkat takbir. Perlahan sahaja namun cukup menenangkan hati gundah Nufa.

Bantal dilepaskan dan duvet diselak. Tanpa suara, Nufa terus turun dari katil dan masuk ke dalam tandas. Mahu ikut sekali Nadhif solat malam.

Hatinya perlukan itu. Bukan Nadhif sahaja. Dia juga perlukan ketenangan yang sedang diraih Nadhif sekarang.

Keluar dari tandas, Nadhif masih belum selesai solat. Cepat-cepat Nufa tarik telekung dan pakai. Kemudian sejadah dibentangkan dan takbir diangkat.

Sebak terus rasa, buat takbirnya sedikit bergetar. Namun, ditahan sehingga selesai solat malamnya berimamkan Nadhif.

Usai beri salam, Nufa menoleh pandang hadapan. Nadhif masih belum menoleh sebaliknya lelaki itu menadah tangan dan mula berdoa. Perlahan sahaja suara Nadhif, namun cukup untuk Nufa tangkap sekali butir kata doa yang dipinta Nadhif.

"Wahai Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa isteriku, dosa ahli keluargaku, dosa sahabat handaiku, dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, samada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia."

Mata Nufa dah berair.

"Ya Allah, ya Tuhan kami. Tuhan yang membolak balikkan hati, kau tetapkan lah hati kami atas agama-Mu. Wahai Tuhan menggerakkan hati, gerakkan lah hati kami untuk terus mengamalkan agama-Mu."

Nufa mengaminkan perlahan.

"Ya Allah, ya Tuhan kami. Pimpin lah hati-hati kami, pimpin lah diri-diri kami. Janganlah Kau biarkan kami walau sekelip mata, wahai Arhamar-rahimin."

"Ya Allah tenangkanlah hati dan fikiran kami."

Air mata Nufa dah mengalir di pipi. Setitik demi setitik.

"Ya Allah, andai ada yang bersedih di antara kami, Kau gembirakan lah. Ya Allah, andai ada yang sakit di antara kami, Kau sembuhkan lah. Ya Allah, andai ada yang renggang..." suara Nadhif dah bergetar.

Tak dapat tahan, air mata Nufa deras membasahi pipi sehingga terlepas esak kecilnya. Tersentuh dengan doa Nadhif, jua terbit rasa bersalah terhadap Nadhif.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now