C2

4.3K 395 91
                                    

NUFA bawa langkah laju keluar dari situ. Dia tak sangka dengan apa yang dia lihat, apa yang dia dengar dan apa yang dia telah buat. Masih segar raut wajah Mifzal dan Ayesha yang terkejut dengan kehadirannya lalu tiba-tiba sahaja menghadiahkan penampar hebat di wajah Mifzal. Dan masih segar perasaan sakit mencengkam hati melihat pasangan itu. Sakit sampai tak terkeluar air matanya. Itu yang keluar penampar aje.

Ting!

Lif terbuka dan laju Nufa memboloskan diri masuk ke dalamnya. Mujur sahaja tiada orang. Jadi, dia boleh buat drama air mata di situ.

Berada di penjuru lif, Nufa berdiri kejap sebelum lambat-lambat kakinya terasa lembik dan akhirnya dia melorot jatuh perlahan-lahan di situ. Nafasnya naik turun, naik turun dek rasa yang bercampur-baur dalam hati. Tak tahu dan tak dapat nak jelaskan apa yang dia rasa sekarang. Yang pasti ia takde kena mengena dengan perasaan gembira dan yang seangkatan dengannya.

"Tak guna." Bisik Nufa perlahan di bawah nafas. Air mata mula bertakung. Tinggal nak jatuh menitis di pipi sahaja.

Wajah disembamkan pada lutut. Lama sebelum badannya mula terhinjut-hinjut sedikit. Nufa dah tersesak-esak perlahan menangis di situ. Tak endah apa. Hanya terbayang momen manis dan romantis Mifzal dan Ayesha sahaja dalam kepala.

"Tak guna! Mifzal Hafiy tak guna!!!" Nufa dah menjerit-jerit di situ.

Air mata yang mengalir di pipi dia seka dengan kasar. Berdiri dari duduknya, Nufa stabilkan badan. Walau lutut terasa lembik, dia tampung dengan memegang dinding lif. Mata yang merah pula tajam memandang pintu lif. Lambat lagi nak buka sebab masih belum sampai di aras bawah.

"Kau ingat romantik ke makan kat tingkat 51 macam ni, hah?" Jerit Nufa geram.

Air mata yang curi-curi keluar sekali lagi dia seka kasar. Tak nak menangis sebab Mifzal Hafiy itu.

"Dasar lelaki tak guna! Jerk! Total jerk! Mifzal Hafiy jerk!!!" Jerit Nufa kuat. Tak peduli apa dah. Biar! Lagipun dia seorang sahaja yang ada di sini.

Ting!

Dan sedang dia menjerit itu, tiba-tiba sahaja pintu lif terbuka. Terkaku Nufa di situ. Lagi terkaku lelaki yang berdiri tegak di hadapan pintu lif. Masing-masing kaku memandang sesama sendiri.

Nufa yang dah hangat wajah kerana malu terus tundukkan wajah. Laju mulut sumpah seranah diri sendiri.

Buat tak endah dengan pandangan lelaki itu, Nufa kakukan diri di penjuru lif. Sempat dia perasan pandangan atas bawah lelaki itu kepada dirinya. Pelik gamaknya tengok dia. Mesti selekeh kan? Make-up dia mesti comot dah sebab menangis. Tudung bawal pun mesti dah senget benget.

Lelaki itu masuk diam-diam dalam lif dan berdiri betul-betul depan pintu lif yang dah mula tertutup. Langsung tak menoleh pandang dia. Dan Nufa berterima kasih untuk itu. Bagus betul mengamalkan amalan orang zaman sekarang. Tidak kisah dengan keadaan sekeliling.

Nufa diam. Namun diam itu buat hatinya makin sakit. Dia perlu lepaskan rasa sakit ini dengan menjerit. Memang kebiasaannya begitu. Tapi, sekarang dah ada orang satu lif dengan dia, macam mana dia nak menjerit? Tadi pun menjerit, tak sampai suku pun rasa geramnya pergi.

Nafas ditarik dan dihembus setenang yang mungkin. Sambil itu, tangan di sisi dah menggenggam erat penumbuk. Mata pula laju pandang skrin lif yang menayangkan nombor tingkat mereka berada sekarang. Lambat lagi weh nak sampai. Hish!

"Jerk!" Kata Nufa tanpa peduli apa-apa. Nampak lelaki itu macam menoleh sedikit tapi Nufa tetap buat tidak hairan.

Rasa geram kembali membuak-buak dalam hati. Tak boleh tahan lagi dah. Dia perlu lakukan sesuatu. Terus telefon dibawa keluar dari poket seluarnya lalu nombor Sayf dicari. Naik turun nafasnya menanti penuh sabar panggilan bersambung.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now