C74

2.2K 284 66
                                    

ANGIN yang menampar lembut wajah memberi sedikit ketenangan kepada Nufa. Tangan yang sedari tadi memegang pagar beranda mula naik memeluk tubuh sendiri. Mata terpejam menikmati ketenangan itu.

Bunyi derap langkah dari arah belakang menggamit Nufa untuk menoleh. Ada Nadhif yang semakin menghampiri.

"Kau sampai bila nak berdiri kat situ?" Soal Nadhif malas-malas. Topi di kepala dibetulkan sedikit, buat rambut hadapannya sedikit terkeluar dari had topi.

Nufa hanya memandang Nadhif kosong.

"Suka hati aku lah. Kau nak apa ni?" Tanya Nufa, malas-malas juga. Sekali-sekala kena ikut juga energi Nadhif. Biar tahu sakit hati sedikit lelaki itu.

Berdiri di sebelah Nufa, Nadhif mula menyandarkan tubuh ke pagar beranda. Tubuh dipeluk dan Nufa dipandang.

"Kau tak panas ke? Kat luar ni terang-benderang. Dalam tu lagi sejuk. Ada aircond." Nadhif mengajak.

Nufa kerling Nadhif sekilas.

"Kalau datang sini nak duduk dalam chalet aje, baik tak payah datang." Balas Nufa. Sinis sedikit dengan senyuman yang menyenget kecil.

Nadhif senyum senget juga.

"Itu lah plan asal aku. Ingatkan nak bercinta dengan kau dalam bilik aje. Kau tak nak?" Nakal Nadhif mengusik. Bahu Nufa disenggol perlahan.

Nufa langsung menjauh. Muka dah merah dengan reaksi geli yang tak ditapis langsung. Serong sekali pandangannya kepada Nadhif, buat Nadhif terhibur dan gelak kecil.

"Geli betul."

Nadhif senyum.

"Yang geli ni lah kau kena hadap seumur hidup."

Fakta yang buat Nufa mencebik kecil. Tak dapat dinafikan. Jika Nadhif pasangan dunia dan akhiratnya, memang dia kena hadap Nadhif seumur hidup.

Takpe. Nufa rasa Nufa akan okey aje hadap Nadhif seumur hidup.

"Ceh." Nufa berdecit kecil. Kepala menoleh ke arah bertentangan mahu sorokkan senyum yang ingin mekar.

Nadhif senyum sama. Topi dibuka dan disauk ke kepala Nufa, lembut. Lihat Nufa yang langsung tidak membantah, Nadhif terus merapatkan jarak berdiri mereka. Rapat sehingga lengannya bersentuhan dengan lengan Nufa.

Nufa mula dihambat rasa segan. Tangannya dan Nadhif yang kadang-kadang berlaga hantar rasa geli ke perutnya. Bagai digeletek!

Nadhif juga rasa yang sama. Tangannya dan Nufa dipandang sekilas sebelum perlahan jari kelingkingnya menarik jari kelingking Nufa.

Nufa terkedu sekejap. Ke bawah mata pandang tangan sebelum naik pandang Nadhif yang jelas beriak tenang pandang pemandangan laut di hadapan mereka.

"Ehem." Nufa berdehem, menarik perhatian Nadhif.

Kening Nadhif sedikit ternaik menerima pandangan Nufa.

"Tangan ni dah kenapa?" Soal Nufa tanpa nada. Menjuih bibir tunjuk jari kelingking Nadhif yang menggenggam erat jari kelingkingnya.

Nadhif hanya 'huh?' berpura-pura tidak faham. Pandang depan, Nufa langsung tidak diendahkan. Dah rasa rajuk sedikit sebenarnya. Namun, rasa itu langsung hilang tidak dapat dijejaki apabila tangannya rasa digenggam erat oleh Nufa.

Nadhif terkedu. Terkebil-kebil mata memandang Nufa yang tenang memandangnya.

"Nak pegang cakap. Tangan ni kau punya kut, walaupun hakikatnya aku punya." Beritahu Nufa dengan omelan kecil.

Dari terkedu, Nadhif mula melakar senyum kecil. Genggaman tangan Nufa dibalas erat sama. Kepala tunduk dan dahinya lembut menyentuh dahi Nufa.

Mata galak menentang pandangan mata Nufa yang sekejap-sekejap lari kerana malu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now